Khamis, September 06, 2012

SIAPA KEBAL?

Saya percaya, ramai telah berpeluang membaca entri berhubung Pusat Tahfiz Amal, klik di sini.

Kini, saya masih menunggu sesiapa berpeluang untuk merakam dan menghantarkan gambar pusat tahfiz terbabit kepada saya.

Berikut emel pertama saya terima daripada pembaca blog ini.

'En mazidul...

Saya ingin memberikan respon terhadap entri di blog En Mazidul berkaitan Pusat Tahfiz Amal di Kedah.


Semua sedia maklum bahawa pusat tersebut menjadi terkenal di seluruh Malaysia kerana kanak-kanak @ pelajar terpaksa menjadi jurujual bagi mendapatkan dana untuk pengurusan pusat  tersebut.


Walaupun banyak kisah didedahkan di media massa namun kegiatan mereka tetap berjalan seperti biasa.


Untuk makluman En. Mazidul, pusat tersebut berdekatan dengan rumah mertua saya dan seringkali saya melintasi pusat  tersebut untuk ke rumahnya. 


Pihak JKM Kedah telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan pusat tersebut bersama Majlis Agama Islam negeri Kdah sejak dari dahulu lagi namun tiada tindakan lanjut dilakukan setakat ini.


Menurut rakan saya dalam JKM kedah yang pernah menjalankan operasi menyelamatkan kutu rayau dan pengemis di Alor Setar, mendapati pelajar-pelajar tahfiz ini seakan KEBAL dari tindakan pihak berkuasa sebab dilindungi oleh pengurusan pusat  tersebut.


Walaupun pelajar-pelajar tersebut telah diserahkan dalam jagaan keluarga setelah diselamatkan namun keluarga tetap menghantar mereka kembali ke pusat tersebut dengan alasan mereka pelajar tahfiz dan belajar untuk berniaga.

Saya juga dimaklumkan bahawa pusat tersebut dilindungi oleh barisan peguam yang handal-handal dan sekiranya pelajar atau pusat tersebut ditahan pihak berkuasa, senang-senang sahaja terlepas dari tindakan mahkamah disebabkan kuasa yang dimiliki oleh peguam-peguam tersebut yang dapat  'challenge'  undang-undang negara.



Jika berkesempatan pulang ke kampung lagi, saya akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung operasi pusat tersebut'

6 ulasan:

  1. "Saya juga dimaklumkan bahawa pusat tersebut dilindungi oleh barisan peguam yang handal-handal dan sekiranya pelajar atau pusat tersebut ditahan pihak berkuasa, senang-senang sahaja terlepas dari tindakan mahkamah disebabkan kuasa yang dimiliki oleh peguam-peguam tersebut yang dapat 'challenge' undang-undang negara."

    biar betul? siapa rasanya peguam2 yg handal tu ye? apa kepentingan yg mereka ada pada pusat tahfiz ini?

    BalasPadam
  2. kalau dah ada peguam handal - diorg ni tak bole sponsor ke student di situ... peguam kan 'masyukkk'... ;p

    BalasPadam
  3. Apa yang dikatakan oleh oleh Pembaca blog tu ada benarnya.Bayangkan Azhar Abdul Wahab telah pun diwartakan sesat tapi dia masih lagi bebas ke sana kemari.Tidak pun dikejar seperti Ayah Pin.Pusat Tahfiz ini tak lain tak bukan hanya untuk dia buat bisnes mudah.Dia goyang kaki tapi budak budak ni yang tersiksa.Dah lama benda ni beroperasi tapi tak dak sapapun yang boleh hentikan.Walaupun tragedi telah pun berlaku.Azhar memang berpengaruh di utara.Dia juga punyai banyak tanah dan ladang. Ada budak budak yng dah dewasa dipaksa bekerja di ladangnya. Dia pulak sibuk kumpul Isteri, berkereta mewah dan rumah yang nilainya juta. Dari keringat anak anak kecil inilah dia kaya..kalau En Mazidul tak percaya cuba beli DVD yang dijual.Lagu dalam tu ditujukan khas buat Azhar..Saya harap En Mazidul dapat hentikan kegiatan ini segera.
    Kenapa kita diamkan diri hanya kerana Azhar ni ada banyak pengaruh dan kenal ramai YB YB dalam kerajaan juga PR. Kenapa dulu Al Arqam kita dan Ayah Pin kita boleh hapuskan.Kenapa tidak dengan Tahfiz Azhar ini?

    BalasPadam
  4. Kalau azhar mangkuk ayun ni sesat.... adakh yg tolong cover his ass tu semua pun pengikut ajaran sesat beliau... Termasuk YB2 sekelian... parah mcm ni

    BalasPadam
  5. Keyword penting!!!

    PENGARUH BESAR = KUASA BESAR = CABLE BESAR = POLITIK

    Sampai mati pon tidak ada tindakan diambil.

    Att: Kepada komentar semua, Tolong jangan tanya lagi soalan berulang-ulang kali "kenapa tiada tindakan pihak berkuasa diambil?"

    Saya dah bagi jawapan di atas.

    BalasPadam
  6. Tunggu je la kalau-kalau ada yg jadi Sivaji The Boss. Habis semua corruption akan dibanteras.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.