Rabu, September 12, 2012

DIKOMPAUN 3 KALI MASIH BEROPERASI 24 JAM

Berikut emel dihantar kepada saya.

'Assalamualaikum En. Mazidul.

Saya seorang ibu mempunyai anak-anak mula meningkat dewasa.  Alhamdulillah sehingga hari ini saya dapat mendidik anak-anak agak sempurna dalam keadaan saya yang serba kekurangan.  Anak saya yang pertama mula bersekolah menengah tahun 2012.  Di sini saya ingin memberitahu atau memaklumkan ada sesuatu yang saya tidak begitu suka dan berasa agak risau mengenai anak-anak kita. 

Kerisauan ini bermula apabila saya baru mengetahui bahawa anak saya suka mengunjungi cyber cafe, cc yang terletak di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Kerisauan ini bertambah kuat apabila suatu hari saya membuat kunjungan mengejut ke cc tersebut (kebetulan mencari anak saya).  Apabila saya membuka saja pintu cc tersebut mata saya seolah-oleh terpegun dan lidah saya terkedu apabila saya melihat semua komputer yang terdapat di situ semua telah dipenuhi oleh budak-budak sekolah di bawah umur.  Kecewanya saya melihat keadaan ini, kalau kita melihat pusat tuisyen boleh dibilang dengan jari berapa kerat sahaja anak-anak orang melayu yang menhadiri kelas tuisyen, tetapi pusat cc keseluruhannya adalah anak-anak melayu.  Ini menunjukkan anak-anak orang melayu sudah semakin hanyut.

Saya bertanyakan kepada anak saya, berapa bayaran yang dikenakan untuk menggunakan komputer  cc tersebut? Dia berkata, percuma.  Lagi merisaukan saya, kebetulan saya adalah seorang ibu yang bekerja dan selama ini memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anak apabila saya tiada di rumah.  Ini bermakna pusat cc dengan sengaja membuka ruang dan peluang kepada anak-anak Melayu yang kebanyakkannya sekolah menengah rendah untuk sentiasa mengunjungi pusat cc itu.

Saya memohon jasa baik En. Mazidul untuk menjenguk cc itu sekaligus menyelamatkan anak-anak kita.

Sekian terima kasih.

Ibu Kecewa'

Berikut cc dimaksudkan.


Sewaktu saya melakukan tinjauan kira-kira jam 10 pagi semalam, beberapa kanak-kanak didapati berada di premis itu.


"Umur berapa semua ini?," tanya saya.

"Tiga belas," jawab mereka sebelum bergegas keluar.

Namun saya tidak dapat memastikan jawaban itu benar atau sebaliknya.

Berikut informasi ditampal di muka pintu cc itu.


Perhatikan ayat pertama.

Maksudnya premis itu menjalankan perniagaan tanpa henti dan menbenarkan pelajar berada di situ di antara jam 6 pagi dan 1 tengahari pada hari Sabtu dan Ahad.

Sewaktu berkunjung ke premis terbabit, saya memaklumkan pekerja berbangsa Melayu berusia 21 tahun berhubung kandungan emel saya terima. Pada masa sama, saya memohon dia memaklumkan pengurus premis, berbangsa Cina agar tidak meneruskan operasi 24 jam kerana bercanggah dengan undang undang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Selangor.

Sebelum ini, premis berlesen itu telah dikompaun dua kali oleh MBPJ kerana beroperasi melebihi waktu ditetapkan.

Selepas beredar dari premis itu, saya bergerak ke Balai Polis Kota Damansara dan membuat covering report berhubung kunjungan saya ke kafe siber terletak kira-kira 200 meter dari rumah saya.

Kira-kira jam 10 malam tadi ...

"Bang, ada budak Melayu naik ke rumah saya dan bertanya rumah abang di mana? Dia memakai baju purple dan ada tulisan di bahagian dada," ujar jiran saya berbangsa Cina melalui telefon.

Remaja itu turut menemui beberapa jiran lain dan bertanyakan soalan sama.

Berkebetulan, pada waktu itu saya terserempak kru 666, Mohd Farid Hamzah di restoran mamak berhampiran.

Hati kecil saya tergerak.

"Farid, tolong pergi ke cc, tengok, ada atau tidak remaja berbaju purple," pinta saya.

Tanpa berlengah dia bergerak ke cc.

"Bang, ada dan dia baru keluar dari cc ini," lapornya.

"Tolong tanya, mengapakah dia mencari rumah saya"

Itu kenyataan spontan. 

Saya kemudian meminta saksi memastikan identiti lelaki terbabit.

Setelah disahkan, remaja dalam perjalanan pulang ke rumahnya diberhentikan oleh Farid. Kurang seminit, saya tiba di lokasi sama dan cuba mencungkil maklumat tepat.

"Saya pergi ke rumah pak cik sebab pengurus cc itu minta tolong carikan. Dia pergi sekali, berdiri di bawah apartment dan saya naik sebab terlupa mana satu rumah pak cik," jawabnya.

Saya lihat wajahnya gugup, dia takut. 

Usianya hanya 15 tahun dan tinggal di apartment berhampiran.

"Pak cik bukan hendak marah kamu. Kamu tidak perlu menunjukkan lokasi rumah pak cik kepada dia kerana kamu tidak tahu niat sebenar lelaki itu," jelas saya.

Untuk rekod sebelum ini, lelaki Cina itu pernah menemui saya dan menjelaskan, kononnya dia terpaksa membuka cc terbabit 24 jam kerana tidak mampu meraih keuntungan andai dibuka selama 12 jam sahaja.

"Sebelum memulakan perniagaan, masakan awak tidak memastikan, di Selangor, waktu operasi cc hanya sehingga jam 12 malam," kata saya.

Tambahnya, dia telah melaburkan wang kira-kira RM200,000 untuk mengubahsuai premis sebelum diambil alih dari pemilik terdahulu.

"Bang, tolonglah, kalau tidak boleh buka 24 jam, saya memang kena tutup ini kedai, tidak boleh untung dan susah untuk mendapat modal balik," ujarnya.

"Saya tiada kuasa untuk mengarahkan awak memberhentikan perniagaan tetapi saya sebagai penduduk di sini hanya meminta awak mematuhi had waktu ditetapkan oleh MBPJ, itu sahaja," pinta saya.

Kita semua mengetahui, selepas waktu tengah malam pelbagai kejadian tidak diingini mampu berlaku. Premis terbuka untuk disamun dan mengundang gejala sosial.

Sebelum ini beberapa wakil penduduk turut menemui pengurus terbabit dan meminta dia mengikut undang undang ditetapkan di kawasan majoriti dihuni oleh penduduk berbangsa Melayu.

Namun usaha itu bak mencurah air di daun keladi, sia-sia.

Malam tadi, sebaik mengetahui kejadian sebenar, saya bergegas menemui pengurus sama berhampiran cc.

"Mengapakah awak mencari saya?"

Itu soalan pertama dilontarkan.

"Saya hanya mahu berbincang," balasnya selamba.

"Bila awak pergi masuk ke kawasan rumah, tindakan itu menakut dan menggugat keselamatan semua ahli keluarga saya. Kalau awak hendak pukul saya, tidak gentleman pergi ke rumah kerana saya boleh datang sendiri ke sini. Awak tidak perlu mengganggu keluarga saya," saya memperingatkannya. 

Dia hanya mendiamkan diri.

Kira-kira jam 11 malam, setelah menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Kota Damansara, saya difahamkan, dua anggota polis telah bertemu dan menasihatkan pengurus cc itu agar tidak bertindak membuta tuli.

Hampir 3 jam kemudian, sepasukan penguat kuasa MBPJ datang membuat pemeriksaan di premis itu.


Premis itu kemudian dikompaun buat kali ke tiga.

Berikut gambar saya rakamkan kira-kira 30 minit selepas penguat kuasa MBPJ beredar.


Seawal mungkin pagi esok, saya akan membuat laporan polis kedua di atas tindakan pengurus terbabit kerana cuba menghampiri rumah saya. 

Ketika entri ini ditulis, saya tidak pasti, jika nyawa saya dan keluarga tergugut kerana cuba meminta pemilik kafe siber itu mematuhi undang undang di kawasan majoriti dihuni oleh penduduk berbangsa Melayu, siapakah bakal bersama saya untuk mendepani cabaran ini?

17 ulasan:

  1. salam...

    berani nya pemilik CC tu... mcm polis ngn penguasa MBPJ tu bukan sapa2, sbb baru lps di kompaun pun dia selamba buka CC tu lg.... saya mcm tak percaya yg dia tak untung kalu CC nya di buka 12 jam je....

    BalasPadam
  2. I'm with you Bro.. need any help?

    Dr Kamal Shah
    Sutan Rajo Sati
    PERSILEK.

    BalasPadam
  3. smti

    saya pernah mengusahakan cybercafe di masa dahulu. cc saya yg kecil di kawasan kampung pun boleh survive walaupun buka dari 3pm - 12pm sahaja. agak aneh dikawasan begitu 12 jam waktu operasi dikatakan tidak menguntungkan. mungkin tak cukup kaya agaknya.

    BalasPadam
  4. Maaf , saya sebagai penjaga CC . bukan semua cc bersalah. kadang2 budak2 sekolah ini degil nak mampus! berapa kali cakap jgn masuk , melawan nak juga masuk.

    satu hal lagi, zaman moden ni ada ibubapa meninggalkan anak2 kecil di cc utk beberapa jam sebab tak nak bawa anak keluar , umpama CC tempat Asuhan Budak2. Itu Fakta.

    Saya tidak bersetuju budak sekolah tidak dibenarkan masuk , kerana mereka mempunyai tugasan seperti mencari sumber utk kerja sekolah. zaman dah berubah.

    BalasPadam
  5. budak2 ni hebat ni... mesti tere main counter strike.... boleh la lepas ni wakil malaysia hantar bertanding kat WCG (World Cyber Games)

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. saya stuju dgn pendapat Mr. J, bukan semua CC bersalah, terpulang pd niat tuan CC tu, byk software/hardware yg boleh mengawal setiap aktivit pc ataupun blog2 atau website2 tertentu, dan saya pelik mengapa SKMM tidak pantau atau mengambil tindakan terhadap CC samaada CC tu menggunakan software berlesen asli atau cetak rompak...

    BalasPadam
  7. Saya petik ayat wanita yang hantar email tersebut : Saya bertanyakan kepada anak saya, berapa bayaran yang dikenakan untuk menggunakan komputer cc tersebut? Dia berkata, percuma. HAhhh .. kalau dah di bagi percuma, mana nak untungnya ???
    Sebenarnya setiap sesuatu yang dilakukan .. ada baik buruknya. Tanpa kawalan dan dengan niat nak untung saja, maka ' sesuatu yang baik' akan jadi sebaliknya. Betul .. pelajar sekolah perlu kemudahan komputer dan internet untuk memudakan dan melaksanakan tugasan ( kalau di rumah mereka tiada komputer dan talian internet ) TETAPI berat kerat sangat yang ke CC dengan tujuan murni sebegitu. Separuh jalan pasti terbabas juga .. dengan melakukan apa yang tak wajar .. main game contohnya. Kita yang dah beruban ni pun .. boleh leka di depan screen .. apatah lagi kanak-kanak. Saya pernah juga masuk CC untuk check email .. memang terasa macam masuk NITE CLUB .. gelap di dalamnya dan bunyi bising tahap gaban .. pekak telinga ! Semua main GAME dan memang majoriti budak Melayu.

    BalasPadam
  8. Mmg betul pihak cyber cafe tdk ptt dipersalahkan 100%, ibubapa juga ada peranannya. Kita kena saling bekerjasama kalau mahukan anak2 kita 'sihat fizikal dan mental'nya....

    *Saya sentiasa mendoakan org2 yang berbuat perkara murni dipanjangkan umur dan dalam lindungan Allah selalu...

    BalasPadam
  9. assalam bro mazidul ...

    jika ada kelapangan masa .. sila juga "jejalan" di area taman jasmin & kajang prima ...Kajang, situ pun agak byk juga CC, saya tak pastilaaa kalau ada lesen atau tidak ... cuba laa jejalan .....

    Kalau nak kata CC itu betul ... bg saya depa salah, sbb memang dah tertera budak sekolah tak boleh masuk ... jd .. kenapa beri depa masuk ?? depa adalah owner premis tuh ... jd depa ada hak ... kalau dah kata bebudak tuh melawan kata .... kata jee ... saya akan repot dengan Polis atau pbt ...

    fungsi ibubapa .. itu betul juga, tetapi pengaruh kawan paling berbahaya .... seribu kali sebatan mungkin meninggalakan parut jee ... tp nafsunya .. maybe still ada ....

    apapun ... penguatkuasaan semacam tidak menyeluruh ... bermusim dan hanya menanti laporan baru tindakan diambil .... betul ker ???

    BalasPadam
  10. baru shaja pergi di cc yg dimaksudkan, mmg agak ramai pelanggan yang bermain game online disitu, tp tiadalah percuma pun..kena bayar juga, rm2.00/sjam jka tidak silap..dan kalau dilihat dikawasan sana, nampak gayanya ibu bapa kena turut memainkan peranan mereka dengan melarang anak mereka daripada pergi ke cc tersebut. Dua-dua pihak bersalah..

    BalasPadam
  11. Smti-bro, betul tak apa yang saya pernah cakap dan tulis? Siapa dalang kepada semua jenis kejahatan dalam negara termasuk jenayah poltik? Senaraikan 100 jenis kejahatan dan kesalahan, jawapannya afalah satu perkataan dengan empat huruf. Saya bersama anda bro.

    BalasPadam
  12. salam

    saya tinggal di kawasan kota dan umur saya baru sahaja 24 tahun,sekitar 13 tahun lepas fenomena cc ni memang kuat di kalangan anak2 kita terasuk lah saya yang pergi ke cc semata2 nak main game,sebenarnya apayang lebih di khuatiri ialah KETAGIHAN anak2 kita dalam permainan online kerana kebanyakan anak2 ni nak main permainan online yang boleh bermain dengan kawan2 yang lain dalam bentuk pertandingan,saya juga mempunyai adik yang berumur 13 tahun yang gemar bermain permainan online macam Dota,command & conquer dan sebagainya,secara mudahnya untuk mengelakkan mereka kerap ke cc,ibu bapa boleh je membeli satu set desktop yang basic kerana kebanyakkan game yang anak2 ni nak main bukannya pakai setup yang mahal atau kalu susah sangat beli lah xbox atau ps3 sekurang kurannya anak ni boleh bermain di dalam rumah bersama2 dengan kawannya,kalau nak kongkong supaya dia duduk rumah baca buku 24 jam dan mengharapkan dia tdak mengelat,susah lah,saya pun pernah jadi 'junior gamer',peace

    BalasPadam
  13. CC ni hampeh. Hari tu print kena charge sampai Rm4 sekeping. Bapak die!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.