Khamis, September 27, 2012

BOMOH KAKI KIKIS

Pagi ini saya membaca emel berhubung  rintihan hati seorang wanita dari Negeri Sembilan.

Biarlah saya menggelar dia, 'Anis' untuk tidak mendedahkan identiti diri wanita itu. Menurut Anis, suaminya, lelaki berpendidikan tinggi, lulusan doktor falsafah dan mula terjebak menggunakan pekhidmatan bomoh, 'Asan'  sejak awal tahun 1980 an.

Asan berasal dari Melaka. Bomoh terbabit didakwa menggunakan kaedah menurun, bergantung kepada jenis sakit, kehendak pesakit dan pelanggan. 

"Jin mendatangi bomoh itu bertukar-tukar. Kekadang jin sami Siam, ada waktunya Puteri Gunung Ledang. Suami saya juga dijanjikan ganjaran wang banyak, kononnya diambil dari Baitulmal di Mekah dan wang itu harus digunakan bagi tujuan kebajikan. Peliknya bomoh itu mengenakan syarat sebelum wang terbabit diserahkan kepadanya. Dia diminta mengahwini seorang lagi isteri di samping disuruh membayar zakat ratusan ribu ringgit kepada bomoh itu. Pada masa sama, suami saya juga dituntut membayar wang kononnya kepada wali, untuk dia berpuasa dan bertapa," catat Anis.

Lebih menghairankan, suaminya menurut semua kehendak bomoh terbabit.

"Pernah sekali, suami  saya terbang ke Indonesia semata-mata untuk menunggu wang didakwa bakal dijatuhkan oleh wali. Berkebetulan lampu dan kipas tertutup dan terpasang dengan sendiri dan sekaligus kejadian itu menyakinkan suami saya kepada kata-kata bomoh itu. Sehingga kini bayang wang dijanjikan itu tidak kelihatan. Malah bomoh terbabit hidup senang lenang. Kalau dulu dia hanya memiliki sebuah rumah flat, kini dia mempunyai tiga rumah sewa di Melaka dan memandu kenderaan mewah dibiayai oleh suami saya. Sedangkan saya dan anak, hidup dalam keadaan ala kadar dan sederhana sahaja. Jika kami meminta dia untuk membelikan sesuatu keperluan, suami berkata, tunggu dahulu sehingga dia mendapat wang dari wali," catat Anis lagi.

Kini suami Anis terlantar sakit.  

"Saya meminta dia ke hospital tetapi katanya, bomoh terbabit menasihatkannya agar membenarkan wali melakukan  rawatan dari jarak jauh selama 3 hari dan upah dikenakan hampir mencecah RM10,000. Bagaimanapun setelah penyakit dihidapinya semakin kritikal, dia meminta saya membawanya ke hospital. Bomoh sama masih tidak berputus asa mengikis wang suami. Katanya, sakit disebabkan buatan orang dan rumah kami harus 'dipagar'. Saya kecewa memikirkan hal ini dan bimbang berapakah jumlah upah memagar rumah bakal dikenakan. Saya tidak mampu menasihatkan suami kerana bimbang akan mencetuskan pertengkaran," kata Anis. 

Tambah Anis, dia telah berusaha menyempurnakan solat hajat dan merujuk kes ini kepada beberapa pihak berkuasa tetapi tiada tindakan boleh dilaksanakan berikutan kekurangan bukti.

Mereka ingin membantu Anis, sila catatkan pandangan di sini.

Klik di sini.

10 ulasan:

  1. bantaknya duit suami dia
    agaknya bomoh tu cuma target org banyak duit

    BalasPadam
  2. cerita puan anis ni hampir sama dengan abang ipar maklong dulu.. sekarang dah tak rasanya.. kalau puan anis perlukan orang untuk membantu halau jin bleh hubungi no. ni 0192840040.. bayarannya seikhlas hati kita..

    BalasPadam
  3. aiii, boleh jadi punca keretakn rumah tangga neh, walau kelulusan tinggi, boelh terpedaya jugak yer, moga2...si suami sedar dgn kesilapan yg telah dilakukan....

    http://nufaha.blogspot.com

    BalasPadam
  4. la.. apa punya nak kaya cepat tapi sendiri jadi susah.. nie bukan dia yang kaya.. bomoh tu yang kaya..

    taksub sangat

    BalasPadam
  5. percaya bomoh syirik , dosa besar menduakan Allah swt, kalau guna jin mmg sah tipu sbb jin bukan kawan kita, unsur api x mungkin boleh baik dgn unsur tanah, dalam al quran ada sebut, jin mula mula ok lepas tu pasti perdayakan kita..

    BalasPadam
  6. pelik... kenapa la masyarakat sekarang masih lagi ada yg percaya bomoh2 yg karut dan tahyul mahyul khurafat ni...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. taksub sungguh suami beliau sampai macam tu sekali......yakin jer la dengan rezeki Allah. tak perlu guna bomoh nak dapatkan duit yang banyak. sudahnya duit sendiri yang banyak dikeluarkan.

    BalasPadam
  8. Geram akak baca kes2 mcm ni...bomoh penipu, nak kaya hasil titik peluh orglain almaklumlah tiada kelulusan so cara mudah utk kaya dgn menipu org kaya tapi rasa2nya suami cik adik kita ni pon dah terkena nasi kangkung si bomoh ni.Takkanlah dah terkena mcm tu sekali masih x sedar...masih hulur leher utk disembelih .... masyaallah. Kesian si isteri yg menderita tu...kena lapor kpd pihak berkuasa. kalau kurang bukti..cuba kumpul dr hari ni.Bertindak sebelom si Bomoh tu buat lebih teruk lagi....grrrrr

    BalasPadam
  9. bodoh...dan sangat2 tidak cerdik, mohon saudara mazidul, bagi info kat polis ntuk ambil tindakan degera....rasanya macam ramai yg dah terkonooo jer...
    abg mazidul saya email mengenai judi dan seks di hotel crystal crown, histana klang xder respn ker.itu leh jadi modal untuk poltik tuuu kasi jatuh sama dap selangor...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.