Sebelum ini saya bersama jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan dan juruteknik meninjau deretan rumah sewa warga Kemboja di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor tanpa kehadiran pihak berkuasa.
Sewaktu saya dan kru memasuki rumah mereka, dibawa oleh jiran bersebelahan, saya tergamam ...
"Seribu tiga ratus ringgit sebulan," jawab wanita Kemboja tinggal di rumah terbabit.
Hebat!
Pengemis dan warga asing mampu menyewa rumah dengan harga sebegitu.
11 September lalu, kira-kira jam 11.30 malam, 14 unit rumah sewa diserbu dan diperiksa oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya dibantu anggota RELA dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut gambar di lokasi.

Saya sarankan agar penguat kuasa Jabatan Perhutanan Malaysia menyiasat bagaimanakah kayu gaharu dalam jumlah sebegitu banyak boleh berada di dalam rumah dihuni oleh warga Kemboja?
Adakah mereka diberikan lesen untuk mencari dan membekalkan kayu gaharu di negara ini?
Lebih mushkil lagi, lelaki dikhabarkan kepada saya, pencuri kayu gaharu, saya temui sebelum ini di lokasi sama tidak kelihatan kelibatnya.
Lebih menarik, semua pengemis sebelum ini visual dirakamkan juga tidak lagi tinggal di rumah sewa terbabit.
"Sejak abang datang ke sini, masa bulan puasa, semua pengemis sudah berpindah," ujar lelaki di bawah.
"Mengapakah mereka perlu berpindah? Saya bukan penguat kuasa Jabatan Imigresen. Kalau mereka semua memiliki dokumen perjalan sah, apa perlu takut?," celah saya.
Pengemis kudung saya temui pada 9 Ogos lalu, juga tidak kelihatan di rumah didiami sebelum ini.
Mulutnya berbau arak.
Spontan, saya terfikir.
Jika dia tinggal di Kemboja, kehidupannya pasti sengsara. Apabila diberikan peluang bermastautin di Malaysia, dia menjadi kaki botol biarpun meminum alkohol di dalam tin.
Sewaktu ditemu bual dia mendakwa membantu menguruskan dokumen kemasukan warga Kemboja di kawasan itu.
Apapun, terima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad keran sudi bekerjasama biarpun hanya 7 warga asing sahaja diberkas kerana disyakki melanggar Akta Imigresen 1959/63.
Lelaki di atas enggan digari biarpun gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah ketika diperiksa. Penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa menunggu kakaknya tiba di lokasi membawa dokumen diperlukan.
Saya melihat sebilangan warga Kemboja, bukan berstatus warganegara Malaysia, perangai mereka menjelakkan.
Saya bisikkan ke telinga lelaki berusia 29 tahun itu ...
"Ini negara aku, bukan negara kau. Boleh sedar diri sikit?"
Beberapa minit kemudian setelah pihak berkuasa beredar, saya terdengar lelaki tempatan memarahi kakak lelaki sama.
"Kenapa?," soal saya.
"Melampau Kemboja ini. Dia boleh kata orang sini kurang ajar," teriak lelaki tempatan itu.
Malaysia memberikan perlindungan kepada pelarian Kemboja buat sekian lama tetapi nampaknya sebilangan mereka berperangai bak Belanda dapat tanah.
Jangan lupa menyaksikan laporan penuh berhubung kisah di sebalik tangan yang menadah di Majalah 3, 22 September, jam 9 malam.
Tandakan di kalendar ya ...

Hanya tongkat pengemis ditemui di beberapa unit rumah.
Lelaki berbaju putih di bawah berada di bawah pengaruh alkohol.

smti. Tahniah abg mazidul...mohon tidakan berterusan pihak berkuasa...bongkar habis-habisan kegiatan pendatang asing di Paya Jaras ni...
BalasPadammenjengkelkan..baca pun dah sakit hati..yang menghadap diorang apatahlagi
BalasPadambiar betul sewa sampai rm1300? aku dulu pun sewa rumah rm400 pun dah rasa sakit gila.
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
mak aii...mengemis je leh sewa umah rm1300?
BalasPadamapapun syabas buat abg mazidul atas pendedahan ini....
saya tahu sangat tempat ini..yang pasti owner sewa rumah pun berbangsa kemboja..tokey emas di bukit bintang.. see.. kemboja boleh cari makan n hidup mewah di negara kita.. knp org kita sendiri TIDAK????
BalasPadamSMTI
BalasPadamBila membaca berita mengenai penghapusan etnik Islam di Myanmar, rasa simpati dgn nasib mereka. Tp bila membaca berita ttg bangsa ini yg dtg mencari sesuap nasi di Malaysia, sanggup berbunuh bila bergaduh atas perkara remeh temeh (cemburu)naik menyampah lah pulak.
Serupa juga dgn bangsa arab, terutama Syria dan Iran, bangsa yang sgt angkuh, bongkak dan suka menipu utk kepentingan diri sendiri. Pelajar2nya pun terbawa2 sikap ini walaupun duduk di negara kita.
Saya bukan racist..tp bila difikir2kan buruk2 pun perangai bangsa kita..masih lagi mampu utk hidupan dalam aman damai. Rasa goyah cuma dikalangan ahli politik saja.
dalam malaysia nie saya percaya hanya org mcm mazidul adalah satu2nya yg boleh membongkar segala kegiatan haram pendatang asing. saya benar2 kagum dan hormat dgn mazidul.
BalasPadamtahniah bang. usaha abg ni sedikit sebanyak bole bersihkan negara kita ni daripada masalah pengemis dan yg berkaitan. semalam sya ada tgk malajah 3 pasal pengemis kanak2 di p.pinang. sedih tgk budak2 kecik berlari selamatkan diri n tgk budak ppuan menangis meraung2 bila kena tangkap.tahniah
BalasPadamdah tolong bongkak pulak.
BalasPadamSalam En Mazidul..
BalasPadamSaya merupakan pembaca blog tuan yang baru..ternyata isi kandungan di dalam blog tuan tidak pernah menghampakan pembaca2 seperti kami..isu2 semasa yang tidak diketahui ramai berjaya tuan kemukakan..Terima kasih atas jasa baik tuan..cuma disini saya ada sedikit ingin meminta pandangan tuan mengenai isu Sabah&Sarawak di dalam malaysia..ada pihak tertentu yang mewujudkan petisyen utk diisi oleh sabahan dan sarawakean ini,supaya S&S kelua dari Malaysia..bukankah ia merupakan sesuatu perkara yang sgt serius memandangkan ia melibatkan masa depan anak cucu kita kelak? tuan boleh merujuk di link laman youtube dibawah ini:
http://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI&feature=plcp
Komentar2 di bawah bercakaran dan tiada kesudahannya..Pada pandangan saya sendiri,pihak kerajaan Malaysia perlu memandang serius mengenai isu ini..diharap pendedahan daripada tuan mampu membuka mata masyarakat kita mengenai perkara ini..terima kasih sekali lagi tuan kerana meluangkan masa untuk membaca komen saya ini..
Semoga Allah merahmati tuan..
sepuluh tahun lalu.. saya pernah tinggal kat paya jaras tu.. emm kg kubu gajah.. kat situ bukan sahaja org kemboja.. org bangla dan pakistan pun ramai yg menyewa secara beramai-ramai di situ.
BalasPadamKita yang menyewa kat situ pun naik takut dengan tabiat & perilaku mereka.:(. tak nafikan memang RELA dan IMIGRESEN selalu terjah.. namun pelik betul apsal.. ramai dtg balik. adakah sekadar provokasi atau sekadar sahaja.. mohon perhatian dan tindakan lanjutan dr yang sepatutnya.. jgnlah cakap tak serupa bikin..
mohon abg Mazidul membongkar persoalan ini.. :) thanks a lot.