Lebih 3 tahun lalu, saya menulis entri pertama berhubung kegiatan pelajar Pusat Tahfiz Amal beralamat di KM17 Jalan Yan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.
Berikut resit 'jualan amal' diberikan kepada pelanggan membeli pelbagai barangan ditawarkan oleh pelajar. Kini, berbekalkan pengalaman dan informasi disalurkan oleh orang ramai, lokasi lazimnya mereka ditinggalkan oleh 'ustaz' atau cikgu telah dikenal pasti. Antara lokasi terbabit, di sekitar stesen minyak, institusi perbankan dan di pintu utama pusat membeli belah atau pasaraya.
Pelajar pertama saya temui, menjual minyak panas kepada pelanggan di stesen minyak. Berikutan itu saya meminta jasa baik rakan, menyamar ingin memasukkan anaknya ke pusat tahfiz sama.
Klik di sini untuk membaca respon kakitangan wanita pusat tahfiz terbabit.
Mac 2010, saya sekali lagi menulis berhuhung kegiatan pusat itu dan menghubungi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Majlis Agama Islam Kedah, MAIK, Sheikh Ismi Anuar.
Ikuti intipati temu bual bersama beliau, klik di sini.
10 bulan kemudian, saya terserempak pelajar perempuan di bawah di Slim River, Perak.
Dia menjual kismis dan VCD, berharga RM10 setiap satu barangan.
Klik di sini untuk membaca respon gadis itu ketika saya dekati. Saya percaya semua pelajar telah diberikan taklimat berhubung kaedah berkomunikasi bersama orang ramai.
Saya dapati selain menggunakan pelajar di bawah umur, pusat sama juga mengeksploitasi warga emas.
Klik di sini untuk mengetahui alasan mengapa pelajar dikerah melakukan jualan amal.
Bukan sahaja di Semenanjung, pelajar turut aktif melakukan jualan amal di Sabah.
Bukan sahaja di Semenanjung, pelajar turut aktif melakukan jualan amal di Sabah.
Sebelum ini, saya dimaklumkan oleh pelajar ditemui, jualan hanya dibuat pada hari cuti namun setelah lebih 3 tahun, senario itu berubah.
Pelajar dikerah berdiri selama kira-kira 8 jam di lokasi ditetapkan oleh ustaz mereka, klik di sini.
Pada Ogos 2011, saya memohon bekas Ketua Pengarah JKM melakukan tindakan wajar bertujuan membendung kegiatan pusat tahfiz terbabit namun ternyata gagal.
Baca di sini.
Semalam saya bertemu bekas wartawan 360, kini penerbit program 999, Harris Farok Alex. Dia pernah berkunjung ke pusat tahfiz terbabit pada Jun 2009 sewaktu melaksanakan tugasan untuk 360.
"Pusat tahfiz itu dibina dari kayu dan ada beberapa pondok di sekitarnya. Berpagar, beberapa penduduk kampung saya temui berkata, mereka tidak mengetahui kegiatan dijalankan oleh pusat itu. Lagipun guru dan pelajar tidak begitu bercampur-gaul bersama orang kampung. Saya dan jurukamera berada di situ di antara jam 8 pagi dan 6 petang. Kami hendak bertemu dengan pengetua tetapi pelbagai alasan dikemukakan oleh ustaz kami temui," jelas Harris.
"Berapakah umur pelajar?," soal saya.
"Paling muda 8 tahun, 20 tahun lebih pun ada, saya anggarkan lebih 300 orang pada ketika itu. Selepas habis belajar, sebilangan pelajar bekerja di situ. Mereka belajar mengaji Al-Quran dan bila sampai pukul 10 pagi, semua berkumpul di dalam dewan dan pengagihan lokasi untuk pengutipan derma dilakukan oleh ustaz mereka. Waktu kunjungan kami (kira-kira 3 tahun lalu) mereka menjual kalender dan balm panas. Pelajar dihantar ke pelbagai lokasi di negeri berbeza dan kemudian bergerak pulang semula ke Kedah pada waktu malam. Abang ingatkan, kes kemalangan maut membabitkan 5 pelajar mereka di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sungkai, Perak? Pemandu van itu, pelajar pusat sama berusia 18 tahun," katanya lagi.
"Oooo Barangkali sebab itu kini pihak pengurusan pusat tahfiz itu mengubah modus operandi mereka. Sekarang pelajar ditempatkan di rumah transit untuk dikerah membuat jualan amal di banyak lokasi. Justeru mereka tidak lagi perlu berulang-alik ke Kedah secara tergesa-gesa," celah saya.
Sesungguhnya mereka belajar dari kesilapan lampau.
"Saya menemu bual Sheikh Izmi Anuar dan beliau berkata pusat tahfiz itu tidak memenuhi syarat untuk berdaftar dengan Bahagian Pelajaran JAIK kerana pelajar disuruh melakukan 'jualan amal' untuk mengumpul dana," kata Harris.
Ramai pembaca mengetahui nama Pusat Tahfiz Amal, peliknya gambar sekolah itu tidak pernah dipaparkan oleh media.
Kerajaan negeri Kedah dilapor pernah mengarahkan pusat terbabit ditutup namun masih lagi terus beroperasi. Sebelum ini, pusat transit di Port Dickson, Negeri Sembilan diserbu oleh pihak berkuasa, sehingga kini dipercayai masih berfungsi.
Pembaca sekelian, banyak sekolah tahfiz di Malaysia.
Itu fakta.
Tetapi mengapakah Pusat Tahfiz Amal SAHAJA mengerahkan pelajar majoriti di bawah umur unutk melakukan jualan amal sehingga sanggup tidak berdaftar dengan pihak berkuasa negeri?
Klik, entri ini.
Saya memohon jasa baik pembaca tinggal berhampiran lokasi pusat terbabit untuk merakamkan gambar sekolah itu dan menghantarkan gambar kepada saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.
Jika ingin menyatakan bantahan terhadap pengeksploitasian kanak kanak berpanjangan itu, sila hubungi 04-7647640 dan bercakap dengan kakitangan sekolah.
... kemudian sila catatkan respon mereka di ruang komen entri ini.
Bersama, InsyaAllah kita mampu mengubah keadaan.

SEBARKAN
salam...
BalasPadamlepas tgk foto resit tu, rasanya penah jumpe jugak kat tganu.. biasanya ada la budak2 mcm diorg tunggu depan area bank kat bandar nie.
yaaa, di tempat saya pun ramai yang macam tu. sanggup berdiri berjam2 lamanya di hadapan bank2 utk meminta derma sumbangan.. paling sedih bila tengok golongan kanak2 dan wanita bawah umur yang terlibat..
BalasPadamminta gejala ini dberi perhatian sewajarnya
smti..
BalasPadamhmmm..
BalasPadampayah jugak masalah mcmni...
kesian pun ada...
"Pusat Tahfiz Amal sahaja mengerahkan pelajar melakukan jualan amal.."
mungkin xcukup dana kot.. bro...
bukanya senang nak urus-selia pusat2 mcm ni..
payah nak ckp la !!!
anak yatim dan anak orang miskin?
BalasPadamoh sedihnya baca...
aku pun ada niat nak hantar anak masuk skolah tahfiz..
sbg ibubapa..sebelum hantar anak belajar ke mana2 check dulu status skolah itu berdaftar ke tidak.
tp kalau anak yatim dan takde sapa nak jaga..sedara mara hantar ke situ ..sgt menyedihkan
pernah jumpa remaja belasan tahun kutip derma dengan resit seakan sama seperti dlm posting ni
BalasPadamJom pakai teori asas ekonomi - ada permintaan mesti ada penawaran (demand vs supply). Kalau semua atau majority ibubapa berhenti menghantar anak-anak ke pusat tahfiz tersebut, boleh ke pusat tahfiz tu mengekalkan operasi?
BalasPadamBetul kata saudara Mazidul. Banyak lagi pusat tahfiz dan sekolah agama yang berdaftar dan tersusun di Malaysia ni. Kenapa perlu ke sana?
Terasa sangat ingin tahu dan nak bertanya kepada ibu bapa yang hantar anak-anak ke pusat tahfiz amal ni, bila anak tu balik ke rumah, macam mana pembelajaran mereka? Ada peningkatan tak? Kalau setiap hari 8 jam dihabiskan dengan menjual barang, bila masa mereka belajar?
kenapa sekolah tahfiz amal yan tu tak minta saja bantuan dari saluran2 yg betul selain dari terpaksa kerah pelajar2nya ke satu malaysia kutip derma?
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Sekolah tahfiz ini pada asalnya ditubuhkan oleh Abdul Wahab yang terkenal dengan ajaran sesatnya.Sebelum ini dia mempunyai banyak syarikat di Sungai Petani dan pada asalnya budak budak ni pun ditempat di pejabat pejabat Al Mansoor di Sungai Petani.Bagi melindungi kesesatan amalan dia, dia telah menubuhkan Tahfiz ini.Walaubagai mana pun apabila ajarannya di sahkan sesat oleh majlis Fatwa, banyak syarikatnya ditutup.yang masih tinggal adalah pusat tahfiz amal ini. Bayangkan berapa banyak duit yang dia kutip dari budak budak ni sampai salah seorang isteri dia yang mohon cerai memohon fasak sebanyak RM1 Juta.
BalasPadamDia tidak dikenakan tindakan tegas kononnya kerana dia mengenali beberapa orang ahli politik dan tidak memberi ancaman kepada pihak kerajaan.Cuba kalau dia buat ancaman kepada kerajaan pastinya dia dan pusat tahfiz ini akan ditutup hingga ke akar umbi
kat area gombak, memang selalu ada kanak2 tahfiz jual brg/mintak derma kat kaki lima CIMB sri gombak..dan kat shell ulu klang (ie yg berdekatan dgn zoo negara tu)
BalasPadamAdakah ini serius azrialiasbob ?
BalasPadamJika benar kata azrialiasbob, mmg sah la Pengetua Pusat Tahfiz Amal ini mempunyai PENGARUH BESAR dlm bidang POLITIK atau perniagaan. Terlalu banyak repot dan komplen. Dan sebab itu masih tiada tindakan.
Benar teori saya ini?
Sekarang apa perlu kita lakukan.
Any idea?
kat mana2 pun bersepah macam nih..memang diketahui eksploitasi kanak2 tapi tak tahu le kenapa yang berkuasa tidak mengambil tindakan dan mereka masih lagi ada di mana2...
BalasPadamSaya menghubungi nombor ini dan dapat bercakap dengan seorang pekerja yang menerima panggilan saya. Perempuan, dengan suara lembut menanyakan tujuan saya. Saya maklumkan saya ingin memberi sedikit sumbangan.
BalasPadamStaf: Encik boleh bank in ke akaun kita.
Saya: Semalam saya temui seorang pelajar yang mengaku kutip derma untuk Tahfiz ni, betul ke ada?
Staf: Betul tu. Encik boleh beri derma melalui dia.
Saya: Mungkin dia menyamar?
Staf: Tak. Kita ada pelajar yang kutip derma seluruh negara. Ia adalah aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.
Saya: Oklah kalau begitu.
Kesimpulannya, saya yakin aktiviti mengeksploitasi pelajar ini dilakukan dengan TANPA RASA BERSALAH oleh pihak sekolah tahfiz. Malah ia dibuat melalui jaringan seluruh negara tanpa musim (sepanjang tahun).
Apa tindakan pihak berkuasa kita?
saya juga pernah beberapa kali terserempak dengan team serupa ini d sekitar bandar Tawau. sedih apabila ada pihak menggunakan nama sekolah pondok atau rumah anak yatim utk menipu. ini memberi kesan negatif kepada pusat agama dan rumah anak yatim yang lain, serta menghilangkan perasaan awam untuk lebih terbuka untuk menderma. semua disebabkan dakyah golongan tidak bertanggungjwb
BalasPadamAssalammualaikum,
BalasPadamSaudara Mazidul,
Saya telah membaca berkenaan Pusat Tahfiz Amal ini telah lama.Sebelum ini,saya juga pernah menderma dan diberi resit seperti di dalam gambar.
Saya sendiri pernah menelefon no.yang tertera diresit tersebut,tiada orang yang mengangkat talian tersebut.
Di sekitar Selangor,anda boleh jumpa pelajar-pelajar ini mengutip derma sekitar stesen pam minyak.Dan saya pernah terserempak mereka mengutip derma di Bangunan Majlis Perbandaran Subang Jaya,USJ Taipan.
Saya amat sedih,mengapa ada pihak yang tidak bertanggungjawap mengunakan anak-anak melayu kita begini?
Kenapa tiada tindakkan undang-undang diambil?
Saya amat berharap Saudara Mazidul dapat membongkarkan masalah ini,dan dipanjangkan ke pihak berwajib biar mereka diambil tindakkan sewajarnya.
Terima kasih.
Saudaram saya selalu didatangi oleh beberapa orang pelajar, juga daripada institusi yang sama di sebuah stesen minyak selepas zoo negara menghala ke selatan.
BalasPadamtgk muka mereka pun macam mereka ni terpaksa je kutip sumbangan...
Sebenarnya Azhar yang menjadi master mind.Azhar ni pegang beberapa orang politik sebab tu dia tak risau.Dia bebas ke sana kesini,Bisnes Al Mansoor dah lama lingkup sebab kedai kedainya dia Sungai Petani sumenya dah ditutup.Tapi dia masih hidup mewah dengan berkereta mewah juga beristeri banyak.Bagaimana dia perolehi kemewahan ini tanpa menjalankan perniagaan.Tak lain tak bukan melalui titik peluh budak budak ni. Semua orang diam sebab dia tak pernah ugut nak jatuhkan kerajaan atau nak jadi PM.Cuba dia buat kenyataan camtu mesti dia dah di kejar sampai kelubang cacing. Saya harap kita di sini dapat lakukan sesuatu.
BalasPadamAzhar ni juga berkeupayaan untuk brainwash orang.Sebab tu mak bapak dan juga budak budak ni cam lembu dicucuk hidung.Depa ni dah jadi cam Al Arqam dulu.Bila kerajaan gempur baru tersedaq
Refer to azrialiasbob note...
BalasPadamSampai ke isu mempergunakn kanak2 mcm ni pun babitkn org2 politik... Patutla takde tindakan .... Kebal sungguh mereka ya
IT'S all about who u know... ingatkn hal2 nk dpt projek dgn tender je terbabit... iskx3
Saya selalu bergerak ikut highway PLUS dari selatan ke utara. saya berjumpa geng depa ni kat stesen minyak seremban, perak dan changlun. operasi mereka ada dari selatan ke utara. macamana budak2 ni boleh mintak sedekah pada hari dan waktu persekolahan??? kalau time cuti tu boleh terima la lagi. pastu boleh ada kat banyak tempat kat malaysia ni??? ni bukan calang-calang punya operasi. takde cover2 langsung. JKM buat apa? Polis buat apa? Jabatan Agama buat apa? rakyat buat apa?
BalasPadam