Ahad, September 09, 2012

TUNJUK PUNGGUNG TUNJUK PISTOL (RATED : 18SX)

"Bro, kalau saya menjadi body guard bersenjata awak, bilakah waktu saya boleh mengeluarkan senjata?," soal saya. 

Soalan itu saya ajukan kepada penganalisis jenayah petah berkata-kata, Kamal Affendi Hashim melalui panggilan telefon.

"Bila nyawa majikan awak diancam dan boleh menyebabkan kematian," jawab Kamal ringkas.

Saya mencatatkan kenyataannya di skrin komputer.

"Tetapi kalau saya duduk di dalam bas manakala awak sebagai body guard saya, menaiki kereta, tidak bolehlah awak mengeluarkan pistol sebab nyawa saya tidak terancam," celahnya.

Itu penjelasan Kamal.

Oh! Ada Fan Club, rupanya.


Klik di sini untuk menjadi fan beliau dan klik di sini untuk membaca blog Kamal.


Berhubung kes pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengeluarkan senjata dan mengacu kepada orang awam, klik di sini, saya berasa sedikit hairan.

Adakah pengawal itu menganggap nyawa majikannnya terancam pada ketika itu?

Berikut rakaman visual disiarkan di beberapa blog hari ini.



Pengawal peribadi berusia 37 tahun itu kemudian ditahan oleh polis. 

Terkini, dia dibebaskan dengan jaminan polis.


"Bro!," kata Kamal.

"Ya," jawab saya.

"Dalam kes penari tiang, pole dancers, mereka menari sambil menunjukkan punggung di dalam premis tertutup dan apabila premis diserbu oleh pihak berkuasa, mereka ditahan mengikut Seksyen 21 Undang Undang Kecil 1955. Kalau mempamerkan punggung di khalayak ramai, klik di sini, salah jugalah kan?," soalnya.


"Ya," balas saya.

Entahlah, sejak dahulu lagi, punggung menjadi isu di pelbagai lokasi.


Blogger lelaki, 'Ita Lembut', pada Mei 2010, secara bangga memaparkan di blognya, aksi punggungnya dijadikan pemuas nafsu kaum sejenis.

Bukan nafsu lelaki biasa, lelaki ... klik di sini.

Sila baca juga entri ini.

Jun tahun ini, saya mendedahkan lelaki tempatan berkomunikasi sambil berkongsi punggung di alam maya, klik di sini untuk membaca kisah mereka.

Punggung oh! Punggung.

4 ulasan:

  1. bodyguard tu mungkin kena amik kursus anger management sbb tak tahan sangat dgn provokasi2 orang keliling tu. bodyguard patut kena lebih kental fizikal dan emosi... sama juga seperti polis. kalau mereka ni jenis yg tak tahan sabar dan baran pasti akan mendatangkan masalah.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Dalam isu tunjuk punggung di malam merdeka tu, saya tak begitu hairan sangat kerana yg menunjuk punggung itu adalah seorang pelajar 19 tahun yg boleh dianggap masih belum matang. Pada usia itu biasalah masing-masing suka menunjuk-nunjuk keberaniannya di depan ramai, walaupun ia memang keterlaluan dan patut dikutuk. Nak salahkan ibu bapa kadang2 rasa tak patut juga, mereka tlh memberi yg terbaik kpd anak2 tapi faktor persekitaran terutama kawan2 mungkin banyak mempengaruhi.

    Tapi yg paling memusykilkan atau lebih tepat memalukan saya ialah dlm kes orang2 tua yg beramai2 menunjuk punggung mereka di depan rumah pemimpin wanita India (Ambiga) pada 15 Mei lepas. Kalau punggung sexy tak apa juga, tapi ni nampak macam punggung org berpenyakit aje tapi ada hati nak goyang2 depan orang? Dan nak salahkan sapa pula bila orang2 tua lelaki yang mengaku penyokong kerajaan ini menunjuk punggung hodoh mereka kepada perempuan (Ambiga)?? Salah anak dan cucu merekakah kerana tak pandai jaga bapa atau atok mereka yg spt hilang akal itu????

    BalasPadam
  3. Kalau Pihak Berkuasa tak Double Standard... Pihak Media tak susah berhempas pulas mcm ni nak 'Cover Line' supaya nampak satu pihak akan sentiasa salah dalam setiap perkara....

    BalasPadam
  4. malas nak komen, sebab berita dan cerita yg disampaikan pun tak tepat dan menyeluruh...lu pikirlah sendiri....tak perlu nak perbodohkan orang kalau anda memang sudah dibodohkan:-)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.