Selasa, September 11, 2012

LIMA BULAN BERKAHWIN DAN TIDAK PERNAH MENGADAKAN HUBUNGAN SEKS

"Bang, ada wanita meminta bantuan melalui telefon. Dia dan suami, guru dan berkahwin sejak 5 bulan lalu," ujar sahabat saya.

Saya mendengar.

"Sejak bernikah, mereka tidak pernah bersama kerana suami dia gay. Dia terbaca interaksi emel di antara suami dan pasangannya, lelaki Indonesia. Suami dia sanggup terbang ke Bali untuk bertemu lekaki itu," tambahnya lagi.

Saya jelaskan, gay terbahagi kepada 3 kategori. Top, bottom dan fleksibel.

Sahabat saya, peniaga berjaya dan ilmuan agama namun beliau mengambil tahu berhubung gejala sosial berlaku di sekeliling.

"Suami dia bottom," ujarnya spontan.

'Bottom' bermaksud lelaki itu posisinya di bawah ketika melakukan hubungan seks sejenis.

Melalui firasat saya, jika sudah gila punggung, sukar tabiat itu dibendung.

Bagaimanapun kita berhak untuk membantu.

"Kalau boleh abang tolong kongsikan masalah ini di entri blog supaya pembaca berpeluang melontarkan pandangan berhubung kaedah untuk menyelesaikan masalah didepani oleh wanita itu. Kalau dia ke Jabatan Agama, habis kuat diberikan nasihat dan the worse case senario, isteri dinasihatkan menuntut fasak," katanya.

"Sebelum ini, ada kes, guru wanita menghubungi saya. Suaminya kerap meminta tukang urut lelaki datang ke rumah. Kekadang suami meminta kebenaran isteri untuk 'tukang urut' tidur di rumah mereka. Tiba-tiba satu malam, wanita itu terjaga dari tidur dan mendapati suaminya tiada di sebelah. Rupanya dia tidur dengan tukang urut di bilik sebelah," celah saya.

Saya berasa amat khuatir andai guru bernafsu songsang.

Dia ke sekolah, mengajar dan bercampur gaul bersama anak kita.

Bayangkan ...

Jika nafsu kaum Nabi Luth tidak berupaya di kawal.
posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. Usah bertangguh, berikan nasihat kepada suami.

    Jika dia masih tidak berubah walaupun dengan pelbagai kaedah, maka jangan ditunggu lagi - buatlah satu keputusan muktamad mengikut lunas agama & saluran yg betul.

    BalasPadam
  2. Saya bersimpati dgn nasib wanita tersebut. Pasti dia menaruh harapan yg tinggi dlm perkahwinan dia. Malang ia x seperti dijangkakan. semoga wanita terbabit buat perkara yg sewajarnya. Jgn diseksa lagi perasaan yg sedia terluka. Sekarang ni klu nak kawen takutnya saya dgn lelaki skg. Lambat kawen,masy. akan pandang serong. Bila kawen,lain pulak mslh yg berlaku. *geleng kepala*

    BalasPadam
  3. kesian kawin dgn gaybottom... sebenarnya saya pun ada kawan perempuan yg mengalami pengalaman yg sama... dia kawin dgn seorang gaybottom. last2 cerai, kawin tak sampai sebulan pun... sbb lelaki tu tak boleh ubah tabiat gaybottom nya itu... isterinya pun tak pernah disentuh... tak pasal2 jadi janda berhias... kalau saya la jadik laki dia... jgn kata 5 bulan tidak pernah mengadakan hubungan seks... tiap2 hari saya adakan hubungan seks hahaha

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Ada satu kes yg saya dengar suami jenis gay, isteri pula jenis lesbian. Kalau dlm sesuatu majlis nampak kedua-duanya bukan main romantik tapi di rumah kabarnya isteri tidur dgn teman wanitanya manakala suami pula tidur dgn teman lelakinya.

    Dunia dah semakin tua, kiamat semakin dekat...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.