"Dul, aku hendak khabarkan berita ...," ujarnya melalui telefon.
"Berapa hari bulan?," pantas saya mencelah.
Entah mengapa, pada usia 45 tahun, jangkaan saya jarang meleset.
"Dua belas Disember," balas sahabat telah lama saya kenali itu.
Di samping dia, saya juga mengenali ibu dan dua adik beradik lelakinya tinggal di Johor Bahru, Johor.
"Hendak berkahwin dengan orang mana?," tanya saya lagi.
"Orang England," balasnya ringkas.
Pertengahan tahun ini, mereka melangsungkan pertunangan di Johor Bahru. Menurutnya, dia menemui Bruce Dargus selepas pulang dari mengerjakan umrah. Lelaki bakal menjadi pasangan hidup sahabat saya, Betty Banafe, berusia awal 30 an.
"Majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Danga Bay Convention Center, Johor Bahru, bermula jam 8 malam," ujar pelakon dan penyanyi itu.
"Selepas bernikah, Betty akan tinggal di England ke?," soal saya.
"Tidak Dul, aku ada orang tua (ibu) dan InsyaAllah akan menetap di Kuala Lumpur," balas Betty.
Berikut gambar Betty dan Bruce, kredit kepada blog ini.
Tahniah!
Klik di sini.
betty dulu rasa macam kenal tapi di mana ya... dulu dia byk berlakon cerita apa ya?
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
kalau jodoh tak kemana..
BalasPadampenah tgok dia kt WHI.dia jadi panel.rasa agk osem la cara dia bercakap.tajuk hari tu tak ingat apa.tp rasanya pasal cinta jugakla..
BalasPadamSalam...klau xsilap sy skrg Betty Benafe dh bertudung kan? if yes, better kongsikan gmbr dia yg sdh bertudung berbanding gmbr di atas...
BalasPadam