“Sepanjang operasi
menyelamat saya ketuai, pendapatan
tertinggi pengemis pernah kami selamatkan,
di antara RM700 dan RM900 dalam tempoh kurang 12 jam.
Manakala Pendapatan purata pengemis di Kuala Lumpur, dianggarkan kira-kira RM400 dalam
tempoh sama”
Kenyataan itu dikeluarkan
oleh Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Kuala
Lumpur, Tarmizi Ali Razak, sewaktu ditemu bual wartawan Majalah 3, Mazidul
Akmal Sidik.
Barangkali maklumat itu
mengejutkan majoriti kita namun terpaksa ditelan.
Mazidul mula membuat liputan
berhubung kegiatan pengemis di Lembah Klang sejak 3 Ogos lalu. Hasil tinjauan terperinci
dilaksanakan, selain pengemis warga
tempatan, warga asing turut mengambil kesempatan di atas sikap pemurah rakyat
Malaysia. Mereka menagih simpati di lokasi strategik seperti bazar Ramadan,
sekitar institusi kewangan, kaki lima deretan kedai dan tempat tumpuan
pelancong di bandaraya Kuala Lumpur.
Pengemis warga Myanmar,
‘Salma’, 39 tahun, ditemui oleh Mazidul di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, berkongsi sekelumit kisah hidup sebagai
pengemis.
“Hari Raya lalu, saya dan
lima anak mendapat kira-kira RM400, mengemis di antara jam 2 petang dan 7
malam. Hari biasa, kami boleh mengutip
kira-kira RM200. Saya mengemis kerana suami diberkas oleh penguat kuasa Jabatan
Imigresen. Dia didapati menggunakan paspot dan permit kerja palsu. Kini dia di
Penjara Sungai Buloh,” ujar Salma.
Bertujuan membongkar kisah
di sebalik kehidupan pengemis, Mazidul
mendapatkan maklumat tepat dari sumber dirahsiakan.
“Saya berketurunan Kemboja tetapi dilahirkan
di Malaysia. Jadi saya faham bahasa Kemboja dan sering bercampur-gaul bersama
pengemis. Mungkin ramai tidak tahu, pengemis Kemboja mampu menyewa rumah di
Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor dengan kadar ribuan ringgit sebulan. Mereka
dihantar oleh teksi ke lokasi dihuni oleh golongan elit,” ujar ‘Usin’.
Usin, 30 tahun, secara kebetulan ditemui oleh Mazidul sewaktu
dia mengekori pengemis kudung di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya,
Selangor.
“Dia datang ke Malaysia
sejak dua minggu lalu. Kaki dia kudung akibat terkena letupan bom di Kemboja.
Sewaktu mengemis, lazimnya kaki palsu ditanggal dan disorokkan supaya orang
ramai bersimpati melihat kecacatan fizikal dia. Selesai mengemis, kaki dipakai
semula dan dia berjalan seperti biasa. Itu antara teknik digunakan oleh
pengemis dari Kemboja,” jelas Usin.
Berbekalkan informasi
dikongsikan oleh Usin, Mazidul dan jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan, ke Kampung Paya Jaras dan merakamkan visual di
dalam dua unit rumah pegemis.
“Berapakah sewa rumah ini
sebulan?,” soal Mazidul.
“Seribu tiga ratus ringgit. Setiap
pengemis tidur di ruang tamu, membayar RM100 sahaja,” ujar seorang daripada
penghuni.
Di rumah terbabit, visual
empat pengemis warga asing dan tiga anak kecil dieksplotasi atas tujuan
pengemisan dirakamkan.
Menurut Ketua Pengaah
Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias
Ahmad, kehadiran pengemis warga asing ke Malaysia sukar dikenal pasti.
“Mereka ini tidak tergolong
sebagai kelompok dilarang memasuki negara kita. Di pintu masuk seperti lapangan
terbang, perawakan mereka tidak kelihatan seperti pengemis dan memasuki
Malaysia secara sah menggunakan pas lawatan sosial,” ujar beliau.
Susulan maklumat dikemukakan
kepada Datuk Alias, tujuh warga asing berusia di antara 20 dan 47 tahun
diberkas penguat kuasa Jabatan Imigresen di Kampung Paya Jaras Hilir.
Mereka ditahan mengikut
Seksyen 15(4) dan Peraturan 39(B) Akta Imigresen 1959/63.
Manakala dalam tiga operasi
berasingan JKM Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan, 32 pengemis diselamatkan.
Antara individu diperiksa,
remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku diarahkan membuat ‘jualan amal’,
memasarkan minuman untuk menambah kesegaran lelaki dan wanita ‘tonite’ di Bangsar, Kuala Lumpur.
“Saya menghafal Al-Quran selepas
subuh dan kemudian dihantar oleh ustaz ke sini bermula pada pukul 1 tengahari untuk
melakukan jualan amal selama lebih lapan jam,” ujar remaja berasal dari Kedah
itu.
Mazidul juga terserempak remaja
perempuan berusia dan menuntut di sekolah tahfiz sama di Kota Bharu, Kelantan.
“Saya bersama 14 rakan lain
datang dari Kedah dan kini tinggal di rumah sewa di Panji,” ujar gadis berasal
dari Sungai Buloh, Selagor itu.
“Selama lapan jam awak
berdiri di hadapan bank ini untuk jualan amal?,” tanya Mazidul.
“Ya,” balasnya ringkas.
Wajahnya kelihatan lesu.
Barangkali berdiri di lokasi
sama dalam tempoh panjang meragut kudrat tubuh kecilnya.
Eksplotasi terhadap
kanak-kanak di bawah umur seperti itu seharusnya diberhentikan dengan kadar
segera namun setakat ini kegiatan pelajar kerap ditemui di stesen minyak dan di
sekitar institusi perbankan itu masih terus berleluasa.
Tempat mereka di sekolah,
bukan di jalanan.
Di Bazar Ramadan Kelana
Jaya, Selangor, Mazidul terserempak pengemis berasal dari Kelantan.
Warga emas cacat
penglihatan, berusia 80 tahun, dibawa ke lokasi khusus untuk mengemis oleh
wanita tempatan sihat tubuh badan, berusia 47 tahun.
“Dia (pengemis warga emas)
tiada keluarga dan mengemis untuk mendapatkan wang untuk membayar bilik sewa di
Chow Kit, Kuala Lumpur, RM300 sebulan,” ujar wanita terbabit.
Imbuhan diterima oleh wanita
sama, separuh daripada hasil kutipan warga emas terbabit dan dua lagi pengemis
dibawanya ke lokasi.
“Sedekah itu lebih afdal
jika kita mencari sasaran untuk bersedakah seperti rumah kebajikan, rumah anak
yatim, mahad tahfiz atau diberikan kepada mereka berjuang ke jalan Allah
berbanding menghulurkan sumbangan kepada kelompok datang meminta,” ujar
Ustaz Zaharuddin Zainal.
Ustaz Zaharuddin, pendakwah
lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.
Pendedahan eksklusif
berhubung kisah di sebalik tangan yang menadah, bakal dipaparkan di Majalah 3, jam 9 malam ini.
Klik di sini.
“Sedekah itu lebih afdal jika kita mencari sasaran untuk bersedakah seperti rumah kebajikan, rumah anak yatim, mahad tahfiz atau diberikan kepada mereka berjuang ke jalan Allah berbanding menghulurkan sumbangan kepada kelompok datang meminta,” ujar Ustaz Zaharuddin Zainal.
BalasPadamSangat setuju!!
tak sabar nak tunggu majalah 3 malam ni nk tgk zakiah anas hehehe
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com
SMTI.... Mmg terbaek la pendedahan berani Bro Mazidul ..... Selama ni rakyat M'sia di ayam2kan je... Belajar sampai dpt Degree pun tak bergaji sampai RM300 sehari.....
BalasPadamsalam, hati saya sebak dengan anak2 miskin dan yatim dipergunakan oleh pusat tahfiz yg sering bertukar nama jenama produk yg berasal drp kedah ini. sampai malam2 pun masih disuruh jual barang.sy x boleh bayangkan kalau anak2 sy yg diperlakukan begitu.mereka diekploit dan diajar menjawab w/p takut2 menjawab bila ditanya.sekarang ni kalau tanya 'mengapa adik menjual brg,ustaz suruh ker?' jawab remaja itu ' tak,saya sendiri mahu berniaga kerana ianya sunnah rasullullah..' bila ugama menjadi 'bahan' dan permainan beginilah jadinya. sama juga dgn pengemis asing yg memakai jubah ,bertudung.Ya rabbi..!
BalasPadamberbalik kepada pelajar tahfiz miskin/yatim disuruh berniaga ikut sunnah itu,sekarang ni bosnya bertukar jenama ,drp produk almansur ,sekarang SM AMIN pula.kalau x silap saya sekrg sudah menyewa bangunan di seksyen 26(bgn Perwaja steel lama)..Ya Allah,selamatkanlah anak2 itu drp terus dipaksa dan di'brainwash'..!!!
Ada juga tu yg pakai tudung labuh tapi rupanya free thinker.
BalasPadamOrg Islam gemar bersedekah. Pihak yg berada pada saluran yang betul patut mengambil alih tempat2 peminta sedekah ni.. sediakan tabung dan kakitangan di bazar2 ramadan atau tempat2 tumpuan. Biar sedekah itu sampai ke masjid, rumah kebajikan dan lain2. Membiarkan org islam atau yg menyamar menjadi islam berpura2 miskin dan meminta sedekah adalah penghinaan pada agama Islam itu sendiri.
BalasPadamtahniah tuan mazidul saya ada menonton siaran ini semalam, teruskan tuan membongkar segala kepalsuan dan sendiwara manusia yang penuh dengan kepura-puraan, Syhabas tuan
BalasPadamApa yg telah dipaparkan atau dibongkarkan sekurang2nya membuka minda & mata seluruh rakyat Malaysia.. Pelbagai cara mereka mengemis.. Itu belum lg kisah mengemis di kedai makan.. Si Celik memimpin Si buta dari meja ke meja dgn membawa tisu sebeban.. Kumpulan ini juga mungkin mampu meraih berbelas2 ribu ringgit sebulan.. Saya berharap sangat sekiranya kisah ini juga dibongkarkan.. Siapakah mereka ini? Bagaimanakah modus operandi mereka ini? Siapakah dalangnya? Tolong bongkarkan... TK
BalasPadamTuan mazidul sentiasalah berhati-hati ketika menjalankan segala tugasan. tidak mustahil ramai manusia diluar sana yang terbabit merasa dendam dan benci pada tuan. kerana kegiatan songsang mereka ini diselongkar..
BalasPadam