Ahad, September 09, 2012

DOAKAN KAMI BERBAHAGIA



"Tolong beri tahu boyfriend, jangan marah kita ambil gambar berdua," ujar saya kepada Dayang.

Dayang, 25 tahun, berasal dari Petrajaya, Kuching, Sarawak dan kakitangan Air Asia.

Dia menjadi pengapit pengantin perempuan, berkahwin dengan anak ibu saudara saya, Sola Azimun Abdul Aziz di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor malam semalam.

Berikut antara gambar pengantin diraikan.


Pengantin lelaki, Qamarul Asraqyusra, 23 tahun dan isterinya warga Thailand, Qaseh Alisya Wanasurya.


Saya pernah bertemu Qamarul ketika dia masih anak kecil lagi.

"Doakan kami berbahagia," katanya.

"May happiness be with you," ucap saya kepada Qamarul dan isteri. 

Nampaknya selepas ini lebih mudah untuk saya membeli belah di Chiang Mai.

Ibu Qamarul berketurunan Bangkahulu, seperti emak saya.


Di bawah, sepupu saya. Dahulu dia juga kecil, kini teacher sekolah menengah agama di Hulu Langat dan  beranak empat.

"Garang di sekolah?," soal saya kepada Lili.

"Tidak, saya rapat dengan anak murid," balasnya dengan senyuman.

Dia peramah dan amat petah bercakap sejak daripada kecil.


Gembiranya ibu pengantin berdiri di sebelah kiri sekali.


Sebaik selesai acara bersanding, adat kaum Bangkahulu, 'mencari cincin dalam beras',  dilaksanakan. Pengantin lelaki dan wanita duduk sambil berebut  mencari cincin di dalam bekas berhias di bawah.


"Mengikut adat tradisi Bangkahulu, kalau lelaki berjaya mendapat cincin itu, dijangka anak pertama mereka perempuan. Andai kata pengantin perempuan mendapat cincin, anak pertama mereka lelaki. Jadi mereka dijangka akan menimang cahaya mata perempuan sebagai anak sulung," jelas ibu pegantin lelaki.


Perut kenyang, pelbagai kuih muih dihidangkan dan saya suka berada di kawasan berhampiran.


Kami pulang setelah anak saudara, menggelar saya 'Pak Long besar' mula mengantuk.


Mulut Rayyan lazimnya bak murai tercabut ekor tetapi sepanjang malam di rumah pengantin, dia hanya mendiamkan diri kerana hormatkan Pak Long besar.

Ops! Ruang iklan di bahagian atas dan kanan blog ini masih terbuka kepada mereka berminat. Sila hubungi saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com atau WhatsApp 0192445354.

Terima kasih juga kepada semua sudi klik iklan sedia ada.

Ingat, dalam apa jua kes, kita harus membaca keseluruhan bahan dipaparkan. Usah membuat tanggapan awal. Mereka berperlakuan sebegitu tidak ubah bak pejuang tersungkur sebelum bertempur di medan perang.

Peace you all!

Klik di sini.


7 ulasan:

  1. smti..setuju..perlu baca keselurahan entri baru buat penilaian peribadi...belajar dari pengalaman dan kesilapan...

    BalasPadam
  2. SMTI: Rupanya bila bergambar bersebelahan dengan perempuan cantik ni MANIS senyuman tu lain ek?? :PPPP

    BalasPadam
  3. SETUJU dengan amelia .. mazidul turut terkena tempias' aura seri' gadis cantik' di sebelah .. lantas senyuman Mazidul pun manis ' lain macam ' .. :) so lepas ni mudah le warga Haat Nyai juga untuk berulang-alik ke Malaysia mungkin boleh rancang buka restoran menu THAI di sini .. pasti sedap.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.