Khamis, September 20, 2012

MINUM AIR BERCAMPUR MAYAT HAMPIR REPUT

Barangkali majoriti kita tidak pernah meminum air bercampur mayat reput. Pastinya bau air terbabit kurang menyenangkan.


Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Saya tidak pernah meminum air bercampur mayat tetapi pernah mencium bau mayat sepasang kekasih maut di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, lebih 5 tahun lalu.

Gadis berusia 19 dan teman lelakinya, 25 tahun, dilaporkan memandu masuk kenderaan dinaiki ke dalam bengkel. Setelah kenderaan diparkir, shutter bengkel ditutup kembali. Keduanya meninggal dunia dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida dilepaskan oleh ekzos kenderaan sama.

Mayat ditemui kira-kira lima hari setelah kedua merea dilaporkan hilang.

Ketika itu saya bertugas sebagai wartawan program 999 dan menjadi kebiasaan saya berada di lokasi untuk mencatatkan butiran kes bersama jurukamera, merakamkan visual.

Sewaktu polis mengeluarkan mayat kembong, kelihatan cecair berwarna kuning keemasan menitis di atas lantai. Tidak mampu saya gambarkan betapa busuknya bau menusuk hidung, boleh dihidu kira 100 meter radius dari bengkel terbabit.

30 April 2012, penduduk perumahan Taman Titingan, Tawau, Sabah mula membuat aduan berhubung bau busuk air mereka gunakan untuk kegiatan seharian.

Hampir 2 minggu, pekerja Majlis Perbandaran Tawau,  MPT,  menemui mayat hampir reput di dalam tangki takungan air di kawasan sama.

Penduduk mendakwa meminum air tercemar mayat dan kini memfailkan tuntutan saman RM1 juta terhadap  
Presiden MPT dan Jurunilai dan Perunding Hartanah Sabah.

Klik di sini untuk membaca laporan akhbar Kosmo!

13 ulasan:

  1. SMTI: ..bau bangkai cicak kucing pun dh loya.. ni kan pulak bau mayat.. :((

    BalasPadam
  2. Kes ni sama di Singapore kalau tak silap tahun ini juga.

    Hehe tak tahu nak bayangkan lah huhu

    BalasPadam
  3. eiiii cmner la ada mayat dlm tangki air tu...eiiii xsnggup..

    BalasPadam
  4. moga Allah tidak mematikan kita dalam keadaan yang mengaibkan seperti kisah di atas...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. uweeeekkkkk...aduhaiii...ape hukumnye meminum air bercampur mayat agaknye klu kite tak tahu erk?aduhaiii..camne la kesihatan badan...najis..najis...

    BalasPadam
  6. minum,makan,mandi,basuh baju,amek air wudhu'..aduhai...sabaq ja la..

    BalasPadam
  7. 1 juta ke 100 juta bro.. rasanya RM100 juta kan?

    Tapi memang menjijikkanlah.. entahlah apa agaknya berlaku pada mereka yang terlibat.. trauma kot

    BalasPadam
  8. rasa mcm apa yer... bayangkan jus durian dan agak2 mcm tu lah rasanya.. mat salleh selalu cakap bila makan durian .. its taste horrible like dead body.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.