Selasa, Februari 26, 2013

PEROGOL PAPAN TANDA

Kenderaan tidak diparkir mengikut peraturan ditunda oleh kakitangan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ. Untuk menuntut kenderaan dari Depo Simpanan Kenderaan Tunda di Damansara Perdana, pemilik atau pemandu kenderaan harus menjelaskan bayaran saman kira-kira RM300.


Penguatkuasa hanya menjalankan tugas mereka mengikut peruntukan undang-undang. Saya tidak mempunyai sebarang bantahan. 

Sewaktu berada di luar depoh, saya terlihat keadaan pintu panggar premis terbuka itu.


Keadaan pagar depoh kelihatan seperti pagar rumah berpuaka ditinggalkan di kampung pedalaman.


Mungkin MBPJ ingin mengekalkan nilai estatik.


Kira-kira jam 3.30 petang, saya terlihat kakitangan MBPJ menyaman beberapa kenderaan. Mereka melaksanakan tugas, bagus.


"Berapakah bayaran saman kalau meletakkan kenderaan melebihi waktu dicatatkan di tiket?," soal saya.

"Tiga puluh ringgit," jawab petugas.

"Waktu ini ramai orang keluar makan, ruang parkir tidak mencukupi di kawasan ini," ujar pelanggan restoran berhampiran.

Saman banyak dikutip. 

Saman parkir dan kenderaan ditunda kerana melanggar peraturan meletakkan kenderaan namun  pagar depo hampir runtuh dan diselaputi tumbuhan menjalar.


Saya kemudian merayau untuk meninjau kawasan sekitar depoh dan tiba di pintu pagar utama. Gambar di bawah menarik perhatian saya.


Bukan kenderaan ditunda tetapi ...


Lazimnya banting berlesen mempunyai cop atau nama MBPJ tertera di atas iklan itu. Tindakan saya merakamkan gambar di atas sambil  diperhatikan oleh seorang daripada pegawai MBPJ bertugas di depo.

Dia datang menghampiri saya, lalu menanggalkan iklan itu.


Tadaaaaa ....


"Bagus kakitangan MBPJ melaksanakan penguatkuasaan tetapi nampaknya tidak begitu menyeluruh. Iklan tanpa permit digantung di hadapan pintu masuk depo," ujar saya.

Perhatikan juga papan tanda 'ZON TUNDA' di atas.


Papan tanda itu dicemari dek pelekat Ah long dan dikoyakkan secara tidak sempurna. Kira-kira 10 meter dari lokasi terbabit, saya merekodkan pula gambar papan tanda MBPJ  'dirogol' oleh pengiklan haram. 

Maklumat dipaparkan berhubung tindakan menunda kenderaan melanggar peraturan tidak dapat dibaca oleh orang ramai.

Apakah pula tindakan diambil terhadap kelompok pencemar itu? 


Selain daripada itu setakat ini, kakitangan MBPJ belum lagi bertindak menurunkan iklan haram menyakitkan mata berhampiran Salvia Apartment di Seksyen 11, Kota Damansara.


Mungkin kerana tiada kutipan saman, jadi tindakan mereka perlahan, biarpun telah saya maklumkan kepada pihak terbabit pada minggu lalu.

Klik di sini.



6 ulasan:

  1. setuju atau tidak, saya rasakan seolah olah ada ' deal antara pihak berkuasa tempatan & along '...sebab kalau nak detect mereka, mudah sahaja, call sahaja nombor2 itu, buat perjanjian utk bertemu...Naik rimas tgk segala macam papan tanda di tampal iklan along...

    BalasPadam
  2. nilaian yg estatik..hahahahaha...

    PKR ker, kalau dah buat kerja macam xbuat.. pun kena hentam. Harap Khalid lebih tegas pada penjawat MBPJ.

    BalasPadam
  3. Daddy Ziyyad, menalipon tuh senang jer, masalahnya kalau nak masuk mahkamah, along tu boleh kata bukan dia yang tampal. Tapi ada orang yang nak pedajal dia.

    Melainkan ditangkap ketika mereka sedang menampal, itu pon rasanya hanya tukang tampal sahaja yang boleh didakwa, alongnya masih boleh melepaskan diri.

    BalasPadam
  4. Bro MAS, kerajaan Selangor tidak benarkan PBT
    mengambil tindakan undang undang kepada along2, tauke SPA dan pelacuran, lori haram, restoran haram, perampas UpTown, penyeleweng PKNS, penipu yang menipu Melayu sebab semua adalah penyokong tegar (die hard supporter) dan penyumbang dan penaja kewangan wakilrakyat Pakatan dan Kerajaan DAP. Elok dan molek jika Bro MAS dicalonkan sebagai wakilrakyat Kota Damansara dan kawasan sekitarnya. Saya doakan kemenangan Bro MAS.

    BalasPadam
  5. patutnya ikut stail negara china.tangkap pemilik no telefon tersebut dan memaksa mereka menanggalkan setiap iklan yang mereka tampal..senang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.