Selasa, Februari 12, 2013

SIAPAKAH TELAH 'MENYELAMATKAN' BENDERA SELANGOR? (UPDATED)

Lelaki berusia 29 tahun dilaporkan ditahan oleh polis di Pulau Pinang berikutan tindakannya menunjukkan isyarat lucah ke arah konvoii kenderaan DYMM Raja Permaisuri Agong di sekitar Terminal Perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Klik di sini dan di sini.

Klik pula di sini untuk membaca tindakan polis terhadap lelaki secara terang-terangan menghina Islam. Setakat ini masyarakat belum lagi mengetahui fakta, adakah dia akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau tidak.

Berikut pula kisah Jalur Gemilang dikibarkan hambar di tempat awam. Kompleks Muhibbah terbabit menjadi tumpuan ramai setiap malam kerana aktiviri pasar malam, majoriti peniaga  berbangsa Melayu.

Gambar di bawah saya rakamkan di Kompleks Muhibbah Petaling Jaya pada jam 5.23 petang semalam.


Sebelum ini bendera Selangor koyak-rabak dikibarkan bersebelahan bendera Malaysia itu namun sewaktu  tinjauan semalam didapati telah tiada di lokasi asal.

Bandingkan dua gambar di bawah.



Siapakah telah 'menyelamatkan' bendera Selangor itu?

Siapakah pula sepatutnya bertanggungjawab menggantikan Jalur Gemilang itu? Entah! Setakat ini majoriti tidak mengetahui maklumat sebenar,  kecuali pihak tertentu sahaja.

Pihak tidak membenarkan peniaga Pasar Tani menunaikan solat subuh di surau kompleks terbabit.

Klik di sini dan  di sini.

Jam 11.40 pagi tadi, saya menghubungi kakitangan urus setia FAMA, Azman Abdul Rashid.

"Belum ada sebarang berita lagi sebab saya bercuti Ahad lalu," jelasnya.

Adakah pemilik terkini kompleks itu berbangsa Melayu dan beragama Islam? Atau bukan? Kalau bukan beragama Islam, kita tentunya tidak berasa ralat.

Saya mengajukan persoalan berhubung identiti pemilik syarikat kepada wakil rakyat YB Dr. Nasir Hashim pada 6 Februari lalu di blog ini, klik di sini.


... namun masih tidak mendapat sebarang respon.

Tetapi saya tidak berasa hairan kerana desas desus mengatakan, YB Dr. Nasir tidak akan dicalonkan oleh Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Umum 13.


UPDATE

Saya menghubungi Haji Saiful melalui panggilan telefon.

"Alhamdulillah, kami telah dibenarkan masuk ke Kompleks Muhibbah oleh pengawal keselamatan untuk menunaikan sembahyang subuh pada Ahad lalu," katanya.

Syukur.

Perjuangan, biarpun sekelumit cuba, akhirnya didengari dan tindakan wajar dilaksanakan.

Oh! Siapakah sebenarnya pemilik kompleks itu? Ingin saya mengucapkan terima kasih.

7 ulasan:

  1. Malaysia bukan terletak pada bendera tapi pada maruah bangsa, negara dan agama.

    BalasPadam
  2. Tafsiran berbeza tetapi setiap negara di dunia dikenali dengan menggunakan bendera.

    BalasPadam
  3. Ramai yang rasanya tengok apa kejadahnya pasal bendera saja kan..dari entri sebelum ini pun bendera juga.
    Dan aku pasti Bro Mazidul mampu unutk beli dan gantikan bukan sahaja sehelai tapi berpuluh helai bendera Malaysia.
    Tapi adakah dengan menggantikan bendera tersebut akan selesai segala persoalan...dan aku pasti itu yang sedang diwar-warkan oleh Mazidul...
    betulkan kalau salah

    BalasPadam
  4. Identiti negara adalah bendera, jadi amatlah malang kalau mengibarkan bendera yang koyak rabak.

    YB Nasir tidak dicalonbkan untuk PRU akan datang, apakah dia tidak boleh memberi khidmat hingga ke tempohnya tamat?

    Atau adakah PR terlalu yakin kerusi tersebut tidak dapat dipertahankan, lalu dibiarkan sahaja apa jua masalah yang berlaku kepada rakyat di situ?

    Makaseh bro Mazidul, saya share di fb.

    BalasPadam
  5. Admin, sampai ke saat komen ini ditulis, identiti syarikat memiliki Kompleks Muhibbah Petaling Jaya, masih tidak didedahkan.

    Cuma teringin hendak tahu.

    Brahim Nyior, barangkali untuk sebilangan warganegara Malaysia, Jalur Gemilang tiada signifikannya yob.

    BalasPadam
  6. maruah bangsa dan agama terletak pada individu. yes, perlu hormat ketua agama. tetapi, jika dilihat secara keseluruhan yg berlaku pada generasi muda hari ini. siapa yg salah. apakah penerapan yang telah dibuat. liberalisasi secara halus. tanpa disedari dan menjadikannya sebagai alasan menyatu padukan bangsa. sedangkan dlm islam sendiri telah tertulis segalanya. tapi tak di ikut.

    #BANkami


    BalasPadam
  7. Ini cerita tentang bendera ketika perang uhud : "Mus’ab Bin Umair ditugaskan memegang panji-panji Islam dalam Perang Uhud. Dalam perang itu, beliau berlawan dengan seorang tentera Quraisy iaitu Ibnu Qami’ah. Mus’ab memegang bendera dengan tangan kanan dan senjatanya di tangan kiri. Dalam pertarungan yang sengit, tetak-menetak dan libas-melibas pedang, Ibnu Qami’ah dapat menetak tangan kanan Mus’ab sehingga putus. Mus’ab lantas mencampakkan pedang yang berada di tangan kirinya dan segera menyambut bendera Islam yang hampir jatuh.

    Ibnu Qami’ah menetak pula tangan kiri Mus’ab dan bendera itu jatuh ke tanah. Mus’ab merebahkan tubuhnya bagi melindungi bendera dan ketika itulah Ibnu Qami’ah menikamnya untuk menghantar Mus’ab ke syurga sebagai syahid.

    Adakah kita ingin kata Islam bukan terletak pada bendera tapi pada..??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.