Sabtu, Februari 02, 2013

TAPAK UPTOWN D' KOTA KOTA DAMANSARA MILIK SIAPA?



Projek Mass Rapit Transit, MRT sedang giat dijalankan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kira-kira jam 2 petang tadi, saya merakamkan gambar berhampiran Uptown D'Kota.


Terpampang papan tanda 'Kompleks Muhibbah Petaling Jaya' dan logo Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ.


"Projek MRT akan melintasi sebahagian daripada kawasan Uptown ini. Pondok pengawal pun terkena juga," ujar lelaki bersongkok.


Dia menghampiri, sebaik terlihat saya merakamkan gambar papan tanda di atas.

"Peniaga di sini ke?," soal saya.

"Ya. Ada berita ke? Bagi tahulah, operasi ke apa?," tanyanya.

"Tidak ada apa," balas saya.

Saya kemudian merakamkan gambar berikut.


Melihat pintu pagar terbuka,  saya memasuki kawasan berpagar, menempatkan gerai peniaga beroperasi pada waktu malam.

"Tidak boleh mengambil gambar di sini," kata lelaki sama.

"Encik pengawal keselamatan ke?,' tanya saya.

"Ya. Hanya mereka mempunyai urusan dibenarkan masuk dan waktu berkunjung ke sini di antara jam 7 dan 3 pagi," balasnya.

Ternyata kenyataan itu bercanggah berbanding pengakuannya sebelum itu.

"Oh! Tidak pula ada tertulis dilarang mengambil gambar atau dilarang masuk di pintu pagar utama itu tadi," kata saya.


"Ini saya bagi tahulah," katanya.

Lalu saya beredar kerana menghormati permintaan individu lebih tua. Pantas dia menutup pintu pagar.


Mengapakah pengawal keselamatan tidak berseragam? Siapakah majikan lelaki tua itu?

Lebih menarik, saya terlihat keadaan bendera Selangor dan Malaysia uzur tetapi masih gagah berkibar ditiup angin.


Sebelum keluar saya sempat bertanya kepada peniaga ...

"Ini masih tanah milik PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) ke?"

"Bukan, sebab kami membayar sewa kepada syarikat Ilmu Panduan Hidup," jawabnya.

Ilmu Panduan Hidup? Syarikat siapa? Berapakah nilai tanah itu dijual? 

Pada masa sama, beberapa pengerai saya temui merungut kerana sejak diambil alih syarikat terbabit, harga sewa gerai mereka dinaikkan dari RM200 sebulan ke RM500.

Apapun, tunggu ... 

Fakta menarik bakal dipaparkan di sini, Isnin nanti.

4 ulasan:

  1. Kalau tak silap saya uptown d kota telah menjadi kepunyaan warga singapura...ada segelintir orang yang cakap lah...tp tak tahu lah benar atau tidak

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum bro, lelaki tua yang dimaksudkan adalah salah seorang peniaga dan juga AJK persatuan peniaga di uptown D'Kota tersebut.

    BalasPadam
  3. Assalamualikum Bro,

    Kena siasat sampai ker akar umbi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.