Rabu, Januari 25, 2012

DATUK SERI RAIS YATIM TOLONG KAMI YO

Potang tadi eden sampai di Jolobu.

Ops! Jelebu, Negeri Sembilan.

Dari bandar Jelebu, saya bergerak ke Pusat Penyelidikan Perikanan untuk menyempurnakan tugasan untuk Majalah 3.

Dalam perjalanan, sayup sayup saya melihat keindahan hutan dan gunung-ganang. Suasana hijau mengingatkan saya kepada kampung halaman di Tanjung Malim, Perak.


Kampung saya, Sungai Bill juga terletak berhampiran gunung dan dikelilingi hutan semulajadi. Sungai Bill dihuni oleh petani dan telah melahirkan beberapa jurutera dan ahli politik.

Untuk rekod, kampung kelahiran saya itu mula dikunjungi orang ramai pada tahun 1960 untuk bermandi-manda di sungai mengalirkan air jernih dari gunung.

Air dingin dan menyegarkan.


Baca kisah Kampung Sungai Bill di sini.

Beberapa ekor lembu meragut rumput di tepi jalan di Jelabu menarik perhatian saya awal petang tadi.


Tidak eden sangko, Jolobu banyak lombu.

Pantas saya meminta pemandu memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan gambar berikut dirakamkan.


Kawasan di sekitar lokasi saya duduk ditumbuhi pohon dan rumput menghijau. Saya kagum melihat keindahan alam di Jelebu.

Lebih kagum kerana di kawasan terpencil itu saya berpeluang  melayari INTERNET menggunakan Galaxy Tab.

Saya tidak bergurau, lihat suasana di sekeliling.


Di Jelebu, saya juga terlihat papan tanda berikut.


Maksud saya, papan tanda ini.


Padanlah sebagai pengguna perkhidmatan Celcom, saya mampu berkomunikasi secara jelas sekaligus melayari internet menggunakan jalur lebar.

Terlintas di fikiran saya, Jelebu, tempat kelahiran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Justeru beliau pastinya berasa terkilan andai terputus komunikasi dengan dunia luar, jika pulang ke kampung.

Malangnya, kampung kami tidak sama.

Kampung Sungai Bill sejak berkurun masih tidak mengecapi nikmat sistem komunikasi mudah alih.

Sila baca entri ini DAN entri ini untuk memahami luahan hati saya selama ini.

Ternyata sehingga kini, inspirasi dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dizahirkan di kampung saya.


Biarpun sedikit terlindung dek topi keledar penunggang motosikal itu, saya yakin pelayar entri ini berupaya membaca mesej di papan tanda sebesar alam itu.

'Rakyat didahulukan ...'

... tetapi tidak di kampung saya.

Kami masih lagi seperti sekumpulan ikan hiasan di dalam tangki, tidak mampu berkomunikasi bersama ikan lain di tangki berbeza.


Tolong kami Datuk, saya pun hendak balik ke kampung dan berpeluang bersembang dengan rakan di Kuala Lumpur dan di pelbagai lokasi di pelusuk tanahair.

Lobih sonang eden nak menulis blog ni ha ...

Tolong yo Tuk.

* Terima kasih kepada semua pembaca blog INI.

Semua pembaca dipersilakan untuk menampal entri di blog saya di wall Facebook untuk dikongsikan bersama masyarakat.

16 ulasan:

  1. oghang peghak kalu bab bekias memang handei.

    BalasPadam
  2. apo ulu bonar tompek ekau ni..wakakakaka- kata setiausaha dato rais yatim

    BalasPadam
  3. mungkin lepas pru13 nanti ada pula orang dari tg malim dilantik jadi menteri.tak dapat menteri kominikasi dapat jadi menteri jaga alam sekitar pun jadilah...bolih kita menumpang tuah menteri.memang beruntung orang jelebu...

    BalasPadam
  4. Lumrah manusia.kita tidak mampu buat semua org tersenyum dan ketawa apa lagi menangis sedih dalam waktu yang sama. mungkin inilah cara abg membuka mata mereka untuk membuat satu perubahan. baru lah ada transormasi dan erti pembanggunan selepas itu.

    Entri Terbaru Saya:
    Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain

    BalasPadam
  5. En Mazidul, kenapa tak mengadu ke pihak CELCOM? Saya pasti, mereka tentu teruja untuk mengembangkan lagi liputan komunikasi mereka. Sekurang2nya dapat menambah pendapatan CELCOM. Tak begitu...

    BalasPadam
  6. ~smti : Ya.. tolong Tuk!

    En.Mazidul... Majalah 3 pernah menerbitkan kisah pekerja-pekerja PROPEL / syarikat pembersihan yg memungut sampah-sampah di tepi & tengah pembahagi lebuhraya tak? Apabila melalui lebuhraya di waktu pagi, teringin nak tahu kisah kerjaya mereka yg menggadai nyawa untuk mengutip sampah (mungkin kotak rokok, tisu, surat khabar.. dll). daripada mana sampah itu? dari masyarakat yang kurang / tiada kesedaran sivik?

    mohon maaf jika saya salah saluran dalam memberi cadangan ^_^ sudah lama tidak membaca blog en.Mazidul.

    BalasPadam
  7. Rasanya tak lama lg diaorg dh nak start projek jalur lebar kat kawasan tg.malim..tunggu je la..insya Allah..

    BalasPadam
  8. Rasanya tak lama lg akan mula projek jalur lebar kat kawasan tg. malim kot...tunggu je la..

    BalasPadam
  9. Assalam Bro

    SMTI, sepatutnya semua tempat dah disediakan asses jalur lebar...

    BalasPadam
  10. Wah! Ada gaya Pengembalo Lombu millenium siap ngan gajet yg sodang detect/monitor lombu-lombu eh yg sodang meragut romput kek belakang tu haaa...

    "Heppp... ekau Jang yg bolack (black) tu rontikanlah meragut tu aihhh... bawak2 la minum pulak, udah doket 2 kilo setongah romput ekau tala...! Ingat den tak nampak ko?"

    Org Nogori jgn marah den, kalau ejaan loghat NS den tak botul yo... ampunnn...

    BalasPadam
  11. Kg mertua saya di Bagan Datoh. tiada liputan 3G celcom. pembangunan seakan statik. tiada perubahan besar jika di bandingkan 20 tahun dulu dengan sekarang. sayang sekali Datuk Seri Zahid Hamidi, portfolio menteri pertahanan tu agak besar dlm kerajaan tidak mampu untuk bangunkan Bagan Datoh. Penduduk mahukan pembangunan. cuma ada 1 stesen minyak (Shell) untuk seluruh daerah Bagan Datoh. Mana Petronas? Takkan Datuk Zahid x mampu panggil Petronas untuk buka stesen di Bagan Datoh? Mengapa tidak Pusat Latihan ATM yang akan di didirikan di Sungkai di buat di Bagan Datoh? Bagan datoh cuma boleh berbangga dengan M.Daud Kilau sahaja.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.