Sabtu, Januari 28, 2012

SAYA DIPILIH SEBAGAI CALON BN? PKR? PAS ATAU ...

Seperti saya catatkan sebelum ini, saya tidak akan bergiat di dalam bidang politik.


Tetapi saya dicalonkan.

Bukan calon sebagai wakil rakyat atau Ahli Parlimen malahan lebih bermakna berbanding posisi disandang di dalam parti politik itu.

Blog ini dicalonkan di World Bloggers And Social Media Awards 2012.


Sebagai pengikut setia blog ini, semua pembaca berstatus sebagai pengundi.

Malangnya saya bukan politikus petah bercakap secara lantang dan juga tidak mempunyai wang berkoyan untuk ditaburkan agar saya diundi.

Saya hanya menulis berhubung fakta di blog ini.

Lebih 2,000 entri ditulis sejak tahun 2008, sebilangan hasil tulisan saya barangkali pernah menyentuh hati pembaca.


Dalam kategori Most Vocal Blog, blog ini dicalonkan bersama 8 blog lain.

Jika pembaca berasa blog http://mazidulakmal.com wajar dipilih sebagai blog terbaik, sila klik Most Vocal Blog untuk mengundi.

Ketika entri ini ditulis, blog ini berada di kedudukan tercorot.

Andai pembaca sudi mengundi blog ini, sila catatkan di ruang komen di bawah, 'SUBI' bermakna Saya Undi Blog Ini.

Terima kasih dan penghargaan saya kepada pembaca lama dan baharu.

Sekalung penghargaan kepada semua pembaca sudi menampal entri ini di wall Facebook.

48 ulasan:

  1. memang en. mazidul tidak mana-mana belah pihak politik, tetapi berap kepada pemerintah, apa yang saya baca sini lebih banyak setiap posting yang en. mazidul buat mengenai politik mesti ada pautan kepada blog-blog yang berat kepada pemerintah..

    ...ini hanya pandangan saya sahaja...

    BalasPadam
  2. Kusut, adakah tindakan itu bercanggah dengan mana mana peraturan atau undang-undang di Malaysia atau dunia?

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada semua sudi mengundi.

    Kedudukan terkini 4/9.

    BalasPadam
  4. SUBI... nanti saya akan up pasal vote ni dalam blog saya utk bantu...

    BalasPadam
  5. Kerana saya selalu layan blog ini, so
    SUBI

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. SUBI :-)

    Akhirnya berjaya jg saya mengundi.

    Selamat berjaya!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.