Jumaat, September 28, 2012

MAXIS LEBIH PRIHATIN BERHUBUNG SISI GELAP ...

Sungai Bil, Slim Village, Perak, kampung kelahiran saya terletak dalam jajahan daerah Batang Padang. Untuk rekod, Sungai Bil menjadi tumpuan pelancong sejak era 60 an lagi.


Air sungai mengalir jernih, dingin dan jika mandi di awal pagi, kesejukan air gunung itu bak menggigit tulang di tubuh. 

Di waktu tengahari, keadaan berbeza.

Dua minggu lalu, saya dan adik bongsu, Mushairil Azmil bersama kru Penyingkap Fakta, Min, menjala ikan di kampung untuk dipelihara di dalam akuarium.


Antara ikan ditangkap, tengas, sebarau, seluang dan selimang.


Di kedai menjual ikan hiasan, sebarau dan tengas dijual dengan harga di antara RM20 dan  RM40 seekor.

Begitulah resam di bandar, walhal di kampung saya, ikan terbabit hanya dimasak gulai dan digoreng rangup untuk hidangan keluarga.

Biarpun keindahan Sungai Bil terserlah, malangnya, kampung kaya dengan khazanah alam itu memiliki sisi gelap tersendiri dan saya terpaksa mengakuinya.

Walaupun menjadi tumpuan pelancong terutama pada setiap hujung minggu, tiada tandas sempurna untuk digunakan oleh pengunjung.  Sampah sarap juga didapati berselerak di beberapa lokasi.

Majlis Daerah Tanjung Malim mendakwa Sungai Bil bukan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu, biarpun dinobatkan sebagai satu daripada lokasi pelancongan di Perak.

Pelik dan ajaib.

Tambah malang lagi, tiada kemudahan talian telefon tetap dan mudah alih  di kampung sama. 

Berikutan itu, saya pernah menulis berhubung isu terbabit berulang kali sebelum ini, klik sahaja di sini, di sini dan di sini.


Eh! Ada lagi, klik di sini dan juga di sini.

Kira-kira jam 12 tengahari tadi, saya menerima panggilan daripaa Azmil.

"Minggu lepas, beberapa pekerja Maxis datang ke kampung kita. Mereka berkata sebelum bulan Disember 2012, Sungai Bil akan dibekalkan dengan kemudahan perkhidmatan jalur lebar," kata kakitangan Kementerian Belia dan Sukan itu, teruja.


Dia adik lelaki tunggal saya dan pada hujung minggu kerap pulang ke kampung bersama emak dan adik perempuan, Maizatul Azlin, untuk membersihkan rumah dan halaman peninggalan arwah abah.

Di entri ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada blogger juga jurutera berpengalaman,  The Red Rambutan kerana bertindak membantu saya mengusulkan masalah kekangan komunikasi didepani oleh penduduk kampung dan pelancong datang ke Sungai Bil kepada pihak kementerian bertanggungjawab.


Selepas ini, sambil mengekori dan melihat Azmil menjala ikan, saya bakal berpeluang mengemaskini blog, status Facebook serta berkomunikasi menggunakan Zello TETAPI terlebih dahulu, talian jalur lebar harus ditukar daripada Celcom ke Maxis.

Tidak salah ...


Bertukar ke talian dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi lebih prihatin. Mungkin Celcom memandang remeh keperluan penduduk kampung dan saya, selama ini.

Mari kita lihat fakta.

Pengasas Maxis Behad  ...


Tan Sri T. Ananda Krishnan

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.


Barangkali kedua mereka tidak mengambil tahu mengenai keperluan penduduk kampung saya, soal remeh  untuk difikirkan oleh mereka berjawatan besar tetapi ternyata kakitangan Maxis cuba memenuhi tuntutan sesama manusia.

Celcom is unable to connect people of Sungai Bil as the company usually claims kononnya 'Connecting people'.

Justeru, terima kasih Maxis. Jika kakitangan Maxis terbaca entri ini, sila sebarkan kepengetahuan pihak pengurusan atasan.

"Penduduk kampung Sungai Bil berapa ramai? Mungkin sebab bilangan mereka sedikit, sebab itu tiada syarikat telekomunikasi ingin membekalkan perkhidmatan mereka," ujar kenalan saya sebelum ini.

Hell ... ooooooooo!

Terfikir, setiap kali tiba waktu mengundi, orang tua uzur di kampung saya, sanggup dipapah menaiki kereta untuk dibawa ke pusat mengundi.

Cuba cakap ...

"Penduduk kampung Sungai Bil berapa ramai? Mungkin sebab bilangan mereka sedikit, sebab itu tidak perlu mengundi"

Pooorah!

Hakikatnya, penduduk kampung saya juga manusia seperti mereka bermastautin di bandar dan bandaraya. Di era teknologi maklumat ini, talian telefon dan jalur lebar dianggap kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, diperlukan oleh semua. Lagipun seperti saya nukilkan sebelum ini, ketiadaan talian telefon bakal menyukarkan komunikasi calon YB untuk berkempen sewaktu Pilihan Raya ke 13 pada Februari 2013 kelak. 

Februari? Hahahahahahahahahaha! Itu sekadar telahan saya sahaja.


Kepada sahabat saya, Kopral  Mohd Azayusrin Kasri, selepas ini andai berkunjung kembali bersama keluarga ke Sungai Bil, tidak perlu lagi berdiri di atas tayar kereta Kembara, hanya kerana ingin berhubung dengan rakan lain.


Buek malu den ajo!

Khamis, September 27, 2012

ARTIS MANAKAH BAKAL BERNIKAH DENGAN LELAKI ENGLAND? (TIADA GOSIP DI SINI)



"Dul, aku hendak khabarkan berita ...," ujarnya melalui telefon.

"Berapa hari bulan?," pantas saya mencelah.

Entah mengapa, pada usia 45 tahun, jangkaan saya jarang meleset.

"Dua belas Disember," balas sahabat telah lama saya kenali itu.

Di samping dia, saya juga mengenali ibu dan dua adik beradik lelakinya tinggal di Johor Bahru, Johor.

"Hendak berkahwin dengan orang mana?," tanya saya lagi.

"Orang England," balasnya ringkas.

Pertengahan tahun ini, mereka melangsungkan pertunangan di Johor Bahru. Menurutnya, dia menemui Bruce Dargus selepas pulang dari mengerjakan umrah. Lelaki bakal menjadi pasangan hidup sahabat saya, Betty Banafe, berusia awal 30 an.

"Majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Danga Bay Convention Center, Johor Bahru, bermula jam 8 malam," ujar pelakon dan penyanyi itu.

"Selepas bernikah, Betty akan  tinggal di England ke?," soal saya.

"Tidak Dul, aku ada orang tua (ibu) dan InsyaAllah akan menetap di Kuala Lumpur," balas Betty.

Berikut gambar Betty dan Bruce, kredit kepada blog ini.


Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Betty dan Bruce, semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Tahniah!

Klik di sini.


CEPAT! PELUANG TERHAD

10 hari lagi, semua peserta CakapDotCom akan bertemu fasilitator ELIT di sesi selama 3 jam di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kepada mereka telah mendaftar menjelaskan pembayaran, terima kasih.


Fasilitator bebas-bosan, Omar Abdullah, Kamal Affendi Hashim dan jemputan khas, Zakiah Anas bakal berkongsi pengalaman mereka sebagai pengucap awam di antara 20 dan 30 tahun di bidang penyiaran.


Penggerak utama CakapDotCom, Azmil Abdul Aziz,  menghubungi saya tengahari tadi. 

"Setakat ini 15 orang telah bersetuju menjadi peserta. Mereka terdiri daripada penceramah televisyen, pengendali lelongan hartanah, penceramah motivasi, ahli perniagaan dan pemilik homestay. Kami masih menunggu 5 lagi peserta bertuah untuk menyertai sesi pada 7 Oktober 2012, bakal berlangsung di antara jam 9 pagi dan 12 tengahari.

Tajuk sesi dipilih, 'Kaedah menjadi pengucap awam lebih yakin'.

Dalam sesi itu, semua peserta diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan mereka ketika berucap di hadapan audien. Pada masa sama, mereka juga berpeluang mempersembahkan kebolehan dalam bidang pengucapan awam dan bakal dinilai oleh fasilitator berpengalaman terbabit.


"Dalam sesi itu, kami ingin semua peserta to have fun sambil menimba pengetahuan tambahan, hasil perkongsian ilmu bersama fasilitator. Kami percaya setiap peserta mempunyai ilmu dan pengalaman tersendiri dalam bidang pengucapan awam, cuma berpeluang untuk diperbaiki mengikut kesesuaian. Kami menjamin sesi itu kelak akan dimeriahkan dengan hilai tawa dan 'bakat' peserta sebelum ini terpendam. Selepas sesi pertama ini, InsyaAllah dengan sokongan ramai, dalam sesi seterusnya, kami bercadang untuk membuka CakapDotCom antaranya kepada pelajar institusi pengajian tinggi, ahli politik dan penguat kuasa di samping orang awam berminat. Sesi CakapDotCom boleh disesuaikan mengikut tuntutan audien, could be customized," tambah Azmil.

Kepada mereka berminat untuk menjadi lebih yakin sewaktu bercakap di khalayak ramai, sila hubungi Azmil di talian 013 63 666 73  atau hantarkan emel ke cakapdotcom@gmail.com pada bila-bila masa.


CakapDotCom 'Penjana Keyakinan Pengucap Awam'


SEMBANG BERSAMA MAZIDUL DI ZELLO

Jika berminat untuk bersembang bersama saya secara langsung, sila muaturun perisian Zello dan daftar sebagai pengguna.

Selepas itu, cari saluran, channel 'Sembang bersama Mazidul'.

Pembaca juga boleh ke channel 'Status Trafik 1Malaysia' untuk mengetahui laporan informasi trafik di seluruh negara.

Terima kasih.

HEBAHKAN

BOMOH KAKI KIKIS

Pagi ini saya membaca emel berhubung  rintihan hati seorang wanita dari Negeri Sembilan.

Biarlah saya menggelar dia, 'Anis' untuk tidak mendedahkan identiti diri wanita itu. Menurut Anis, suaminya, lelaki berpendidikan tinggi, lulusan doktor falsafah dan mula terjebak menggunakan pekhidmatan bomoh, 'Asan'  sejak awal tahun 1980 an.

Asan berasal dari Melaka. Bomoh terbabit didakwa menggunakan kaedah menurun, bergantung kepada jenis sakit, kehendak pesakit dan pelanggan. 

"Jin mendatangi bomoh itu bertukar-tukar. Kekadang jin sami Siam, ada waktunya Puteri Gunung Ledang. Suami saya juga dijanjikan ganjaran wang banyak, kononnya diambil dari Baitulmal di Mekah dan wang itu harus digunakan bagi tujuan kebajikan. Peliknya bomoh itu mengenakan syarat sebelum wang terbabit diserahkan kepadanya. Dia diminta mengahwini seorang lagi isteri di samping disuruh membayar zakat ratusan ribu ringgit kepada bomoh itu. Pada masa sama, suami saya juga dituntut membayar wang kononnya kepada wali, untuk dia berpuasa dan bertapa," catat Anis.

Lebih menghairankan, suaminya menurut semua kehendak bomoh terbabit.

"Pernah sekali, suami  saya terbang ke Indonesia semata-mata untuk menunggu wang didakwa bakal dijatuhkan oleh wali. Berkebetulan lampu dan kipas tertutup dan terpasang dengan sendiri dan sekaligus kejadian itu menyakinkan suami saya kepada kata-kata bomoh itu. Sehingga kini bayang wang dijanjikan itu tidak kelihatan. Malah bomoh terbabit hidup senang lenang. Kalau dulu dia hanya memiliki sebuah rumah flat, kini dia mempunyai tiga rumah sewa di Melaka dan memandu kenderaan mewah dibiayai oleh suami saya. Sedangkan saya dan anak, hidup dalam keadaan ala kadar dan sederhana sahaja. Jika kami meminta dia untuk membelikan sesuatu keperluan, suami berkata, tunggu dahulu sehingga dia mendapat wang dari wali," catat Anis lagi.

Kini suami Anis terlantar sakit.  

"Saya meminta dia ke hospital tetapi katanya, bomoh terbabit menasihatkannya agar membenarkan wali melakukan  rawatan dari jarak jauh selama 3 hari dan upah dikenakan hampir mencecah RM10,000. Bagaimanapun setelah penyakit dihidapinya semakin kritikal, dia meminta saya membawanya ke hospital. Bomoh sama masih tidak berputus asa mengikis wang suami. Katanya, sakit disebabkan buatan orang dan rumah kami harus 'dipagar'. Saya kecewa memikirkan hal ini dan bimbang berapakah jumlah upah memagar rumah bakal dikenakan. Saya tidak mampu menasihatkan suami kerana bimbang akan mencetuskan pertengkaran," kata Anis. 

Tambah Anis, dia telah berusaha menyempurnakan solat hajat dan merujuk kes ini kepada beberapa pihak berkuasa tetapi tiada tindakan boleh dilaksanakan berikutan kekurangan bukti.

Mereka ingin membantu Anis, sila catatkan pandangan di sini.

Klik di sini.

Rabu, September 26, 2012

SOLAT DI RUMAH URUT

Banyak kisah gadis urut dilaporkan di media massa.

Selain daripada warga asing, gadis tempatan juga terbabit dalam kegiatan mengurut. 

"Dua tahun lalu, saya pergi mengurut badan. Tukang urut, gadis Indonesia. Dia kata, di Indonesia dia memang bekerja sebagai tukang urut tetapi tidak perlu membuat oral seks dengan pelanggan. Di sini berbeza, dia terpaksa melakukannya berikutan kehendak sebilangan pelanggan dan dipaksa kerana berhutang dengan majikan membawanya masuk ke Malaysia. Dia bertanya kepada saya, hendak servis extra ke? Saya jawab, tidak. Selepas diurut, saya ke bilik air," ujar kenalan.


"Selepas itu?," soal saya.

"Masa saya kembali semula ke bilik tempat diurut sebelumnya, saya lihat gadis itu bertelekung dan sedang solat. Saya terpegun buat seketika," balasnya.

Itu hanya satu daripada kisah diceritakan kepada saya dan saya pasti banyak lagi bingkisan dan luahan hati mereka terbabit dalam kegiatan bak cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita ini.

Untuk paparan Majalah 3 seterusnya, saya memerlukan respondan.

Mereka ketagih mengunjungi rumah urut, ingin berkongsi pandangan, hubung saya menggunakan emel mazidulakmal@yahoo.com. Identiti diri, saya rahsiakan.

Bekas pekerja rumah urut ingin berkongsi pengalaman, dialu-alukan untuk berhubung dengan saya.

"Sekarang ini, pelajar sekolah pun sudah pandai menjejakkan kaki ke rumah urut," dakwa seorang lagi rakan.

"Daripada mana mereka dapat duit?," tanya saya kembali.

Rakan itu terdiam buat seketika.

"Itulah, saya pun hairan. Saya dengar, kalau urut sekali dengan seks, harga servis, di antara RM160 dan RM180 pun boleh dapat. Saya cuma bimbang jika sebilangan pelajar perempuan, ponteng sekolah dan kemudian bekerja di rumah urut, fast money," katanya.

Pandangan pembaca mengenai kegiatan rumah urut, amat saya hargai.

Lontarkan di sini.

Juga klik di sini.

Selasa, September 25, 2012

STATUS TRAFIK 1MALAYSIA DI ZELLO


Kesesakan lalu lntas mengganggu perjalanan kita ke destinasi tujuan.

Justeru perkongsian keadaan trafik di semua lebuhraya dan juga jalan kecil di seluruh Malaysia, InsyaAllah akan membantu kita semua merancang perjalanan secara lebih baik.

Oleh itu saya telah mewujudkan CHANNEL Status Trafik 1Malaysia menggunakan perisian Zello.

Untuk mendengar laporan trafik dan berkongsi maklumat, sila :

1. Download perisian 'Zello' menggunakan Play Store di android atau Iphone.
2. Daftar sebagai pengguna, hanya memerlukan username dan password.
3. Cari CHANNEL 'Status Trafik 1Malaysia'.
4. Add sebagai ahli.

AMARAN : Saya telah merujuk kepada pihak berkuasa, kita hanya dibenarkan berkongsi maklumat mengenai kesesakan lalu lintas, lokasi kemalangan dan keadaan cuaca di jalan. Berkongsi informasi berhubung lokasi road block dan speed trap, TIDAK dibenarkan.

Saya akan menjadi admin kepada channel ini.

Berhubung secara berhemah untuk kebaikan semua.

Terima kasih semua.

ZELLO PENYINGKAP FAKTA

Semalam, rakan memaklumkan saya berhubung perisian Zello.

Zello boleh dimuaturun melalui Play Store di android serta Iphone. Zello berfungsi seperti walkie-talkie, membenarkan komunikasi dua hala, di antara 2 individu mahupun berkumpulan. 

Tiada sebarang caj perkhidmatan dikenakan.

Apakah perlu dilakukan untuk menggunakan Zello? 

Sila muaturun Zello dan daftarkan username dan password. Selepas itu, cari CHANNEL Penyingkap Fakta dan CHANNEL Kes Jenayah untuk menjadi ahli. 

Berkomunikasilah secara berhemah berhubung kisah seram dan kejadian jenayah  berlaku di seluruh negara.

Happy talking and sharing!

LELAKI PAKISTAN INI DICARI

Jabatan Imigresen Malaysia ingin menghubungi lelaki di bawah untuk membantu siasatan kes.

Nama : Noman Ahmed Hafiz Jannat
No Paspot : KG 161751
Warganegara : Pakistan



Jika terserempak dengan lelaki ini, sila hubungi Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan,  TPPI(1) Abdul Kadir Hussein di talian 06-762 7707.

Terima kasih diucapkan kepada mereka sudi membantu.

Isnin, September 24, 2012

LEBAH BERSARANG DI MULUT LELAKI NIGERIA (MESTI BACA)

Ini cerita menarik.

Khamis lalu, gadis berusia 26 tahun pergi ke rumah lelaki Nigeria di Bukit Jalil, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Menurutnya itu pertemuan kali pertama mereka.

Sebaik tiba, dia dilayan secara baik sebelum lelaki itu meminta wang RM500 dengan alasan keluarganya di Nigeria kesempitan wang. Gadis tempatan itu, bersetuju menyerahkan wang diminta tetapi keesokkan harinya.

Berang dengan respon diberikan, gadis sama dikurung, ditumbuk di muka dan ditendang. Lebih malang mangsa turut dibelasah oleh dua lagi rakan senegara  lelaki Nigeria berusia 20 an itu.

21 September, mangsa membawa lelaki itu ke rumah rakannya di Kelana Jaya, Selangor, untuk mendapatkan wang diminta. Mujur dia sempat menjerit dan disedari oleh pengawal keselamatan bertugas. Suspek ditahan, 2 lagi rakannya menerima nasib sama.

Laporan dibuat di Balai Polis Sungai Besi. 

Tiga lelaki Nigeria terbabit kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana menahan mangsa dari had terlindung dan Seksyen 384 kanun sama kerana memeras ugut.

Laporan akhbar Harian Metro di sini.

Sebelum ini, saya pernah bertemu dan menemu bual gadis tempatan berbangsa Melayu, mengaku tubuh diratah oleh lelaki Nigeria atas dasar cinta. 


Dia kemudian berkongsi cerita dan gambar, gadis berasal dari  Sabah senasib dengannya dan kini membesarkan anak lelaki,  hasil hubungan intim dengan pasangannya juga lelaki Nigeria. 


Dalam kes pertama, saya percaya, gadis terbabit termakan pujuk rayu suspek sehingga sanggup bertandang ke rumah lelaki terbabit.

Ramai lagi gadis kita menghadapi masalah sama.

Lelaki Nigeria, lebah mampu bersarang di mulut mereka. Itu perumpamaan sesuai kerana dikatakan terlalu manis apabila memujuk rayu. 

Tidak hairan jika ramai gadis dan wanita tempatan terdampar dalam pelukan mereka. 

Klik di sini.

Ahad, September 23, 2012

SIAPAKAH GAY MENDAKWA BEKAS PEGAWAI AGAMA SELANGOR? JAWABANNYA DI SINI (18SX) UPDATED

Dia mendakwa pernah menuntut di sekolah agama di Johor.

Dia mendakwa bekas Pegawai Agama di negeri Selangor.

Dia mendakwa berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

... dan dia mendakwa dirinya GAY.

Klik di sini.

Bukan sebarang gay, dia gay berani mendedahkan identiti diri termasuk gambar wajahnya dan berkongsi keinginan nafsu songsangnya di Facebook secara TERBUKA.


Selain daripada itu, dia juga mendakwa mengadakan hubungan bersama bosnya. 


Jika dakwaannya tidak berasas, banyak pihak difitnah.

... andai benar, pelbagai  pihak harus memberikan bantuan kepada lelaki berusia 27 tahun terbabit.



Klik di sini  untuk menilai maklumat dikongsikannya dan saya pasti sebilangan pembaca mungkin mengenali lelaki terbabit.

Jika maklumat didedahkannya benar, sila maklumkan saya. Jika palsu, maklumkan juga.

*** Sebahagian daripada malumat dipaparkan sebelum ini telah dipadamkan namun saya mempunyai banyak screen shots.

*** Akaun Facebook terbabit telah DITUTUP.

Klik di sini.


MENGAPA MENYALAHKAN JABATAN IMIGRESEN APABILA LELAKI NIGERIA MATI TERJATUH TANPA DITOLAK?

Kelmarin, buruh Indonesia dilaporkan  terjatuh dari tingkat 5 bangunan di Ayer Keroh, Melaka dan maut sewaktu penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia melakukan pemeriksaan.


Dia dikatakan panik.

Klik di sini untuk membaca laporan akhbar Kosmo.

Panik? Mengapa?

Jika si mati memiliki dokumen perjalanan lengkap untuk tinggal di negara ini secara sah, dia hanya perlu melalui proses pemeriksaan dokumen dan kemudian dibebaskan.

Itu sahaja dan tidak perlu berasa panik.

19 September lalu, akhbar Sinar Harian memaparkan laporan berhubung lelaki Afrika terjatuh dari tingkat 3 bangunan sewaktu diserbu oleh  penguat kuasa  Jabatan Imigresen Malaysia.


Terjatuh?

Melarikan diri?

Mengapa?

Sama sahaja seperti kes di atas. Jika lelaki itu mempunyai dokumen perjalanan sah, dia pasti tidak cuba memboloskan diri dan maut.

Saya difahamkan, nama si mati, Peter Okeke, warga Nigeria.

Untuk rekod, Peter tidak ditolak oleh sesiapa dalam kejadian itu. Hak melakukan pemeriksaan dokumen warga asing bermastautin di Malaysia, dimiliki oleh pihak berkuasa negara berdaulat ini.

Bagaimanpun maklumat disebarkan di Facebook, kononnya penguat kuasa Jabatan Imigresen menyerbu kawasan perumahan itu berlagak bak Gestapo dan dilengkapi senjata batton renjatan elektrik. Sepanjang saya menyertai operasi bersama penguat kuasa agensi sama, tidak pernah saya melihat mereka menggunakan senjata terbabit.

Maklumat di bawah dicatatkan di sini.

'hundreds of Malaysia immigration officers came in a Gestapo style that culminated in a pandemonium. They broke into his apartment, like they did to others in virtually all the blocks housing predominantly Africans and Nigerians , arresting people, using electric shock battons on occupants, stealing their laptops and other expensive belongings. Out of trepidation, Mr Okeke jumped out of a fourth floor building and fell on a concrete slab, he was in pool of his blood


***SHARE IF YOU ARE AGAINST RACISM, MALTREATMENT AND DISCRIMINATION OF AFRICANS IN MALAYSIA...*** SHARE SHARE SHARE...............

The death of peter okeke under the supervision of Malaysian immigration. (Must READ)

This is Malaysia for You, i hereby advise any Nigerian planning to school in Malaysia to give it multiple thought as Malaysia i no longer safe for Nigerians and Africans... So if you can see this post, you should be nursing doubts about safety in Malaysia, even thought the Nigerian govts don't give a shit about we Nigerians, but it is better to stay at home (Nigeria) than to come over here and suffer.... where some useless agents lie about availability of employment in Malaysia deceiving hundreds of Nigerian coming to Malaysia to look for a greener pasture, please do wake up, all these are lies n fraud. NO JOB IN MALAYSIA FOR BLACK PEOPLE, EVEN IF THERE ARE, IT IS NUMBERED. MALAYSIA IS NO PROMISING PLACE FOR AFRICANS, GET THE HELL OUT... OF HERE AS SOON AS YOU FINISH YOUR STUDIES... 


tho it was stated in their website that International students can work, but all is bullshit, coz when yu are apprehended, you go to the detention camp/jail and then get deported.... 

International Students Application Procedure Works

Places allowed to work is as follows:
The restaurants
Petrol station
Mini Market
Hotels

So Please Please, My Fellow Africans reading this, when you are done here, get the hell outta this place before your dream is shattered for you and your family... this is my lil piece... 

RIP Peter okeke. May GOD Punish those people that left you to die just for their selfish gain and eagerness to lockup Africans....
"

NOW THE MAIN STORY---

Peter okeke’s a Nigerian student studying in Malaysia. He graduated from Abia state university with a second class honours in Banking and Finance. He did his NYSC (National youth service ) and passed out in 2009.

He decided to come to Malaysia In his quest to advance his intellectual capabilities. Upon his arrival in Kuala lumpur he was told to enrol for a mandatory English course as was the norm for foreign students . He paid Rm7000 malaysia riingit which’s equivalent to 350,000 naira to the immigration as required by their law. They told him to wait for the immigration proccessing which takes unprecedented time and in most cases ; this process will never come to fruition.

The schools act as a proxy to the immigration and over twenty thousand potential Nigerian students are faced with this dilemma. This situation clearly expose the facade and the inherent fraud in this program and undoubtedly amounts to extortion by the language schools in connivance with the Malaysian immigration. The potential students are usually issued a paper called “Jalan jalan” as an acknowledgement that your passport’s under processing by the immigration.

Whenever the immigration’s raiding and harassing areas populated by Nigerians; which’s on a regular basis and so invidious, they usually shred the” jalan jalan” and in some cases shred Nigerian passports with impunity.

On Wednesday, 19 sep 2012, at about 11am, Mr Peter Okeke was in his apartment in the “SJ block” of Legenda college in Martin(Seremban) a suburb of kuala lumpur , when hundreds of Malaysia immigration officers came in a Gestapo style that culminated in a pandemonium. They broke into his apartment, like they did to others in virtually all the blocks housing predominantly Africans and Nigerians , arresting people, using electric shock battons on occupants, stealing their laptops and other expensive belongings. Out of trepidation, Mr Okeke jumped out of a fourth floor building and fell on a concrete slab, he was in pool of his blood. While he was showing a decline or deterioration of physical strength, the immigration brought out a pillow and laid his head on it and continued the raid while no one tended to him.

It took the ambulance over an hour to arrive at the scene to administer first aid to this promising young Nigerian. he gave up the ghost in the hospital.

My greatest pain and disappoinmENT is premised on the fact that; The Nigerian Ambassador or high commissioner , Mr Bello Shehu Ringim has not made any effort to visiting the scene for investigative purposes or the 54 nigerians that were arrested and subsequently locked up after the raid on SJ.

The incident was aired on the local tv stations and was a front page news on some of the news media.

This ambassador has shirked his responsibility and should be recalled immediately. Malaysia security agencies has continued this mistreatment on Nigerians unabated; knowing fully that the ambassador’s neglectful his of duty, responsibilities and insensitive to the welfare and well being of Nigerians in Malaysia...'

BANTAHAN PEKIDA KOTA DAMANSARA

Jam 9 pagi tadi kira-kira 100 ahli Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah, PEKIDA Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, membuat bantahan secara aman terhadap penerbitan filem menghina Nabi Muhammad S.A.W berhampiran Plaza Tol Plaza Kota Damansara.


Saya perhatikan ramai pemandu melintasi  jalan membunyikan hon sebagai tanda sokongan mereka.


Pegawai dan anggota polis berada di lokasi sama untuk memastikan perhimpunan berada dalam keadaan terkawal.


Bantahan jelas juga dilaungkan kepada DAP dan  Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berikutan kelancangan dan kedunguan mesej Twitternya sebelum ini.


"Beliau pun sudah mohon maaf , apa lagi kita boleh buat, tak kan kita nak hapuskan dia pula dan saya yakin Islam agama yang murah hati," ujar Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.


                                             Klik di sini untuk membaca respon penuh Tan.


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin lain mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kenyataan Ngeh dilihat memperlekehkan usaha bantahan umat Islam terhadap penghinaan terhadap Nabi Muhammad.


Bagaimanapun Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS telah memaafkan Ngeh, klik di sini.

Ngeh boleh memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia tetapi samada dia dimaafkan atau sebaliknya bukan keputusan dia.