Selasa, Februari 12, 2013

KISAH DI SEBALIK KOS KONSERT GANGNAM DAN KOS PENJUALAN KOMPLEKS MUHIBBAH PETALING JAYA (UPDATED)

Saya terbaca laporan Keadilan Daily bertajuk 'Gangnam style : Tak logik penaja habiskan RM2 juta tapi sorokkan identiti'. 

Klik di sini dan di sini.


Pada masa sama, saya dan beberapa rakan menetap di Kota Damansara masih dibayangi soalan, siapakah pemilik sebenar  Kompleks Muhibbah Petaling Jaya? 

Baca entri pertama saya nukilkan di sini.

Perhatikan pula komen dicatatkan oleh pembaca blog ini. Pelbagai cerita berbeza tersebar. Apapun setakat ini, masyarakat sekadar meneka dalam kesamaran.


Saya berharap komen di atas tidak benar, tersilap.

Mengapakah PKNS perlu menjual kompleks menempatkan peniaga pasar malam itu kepada warga negara asing? Bukankah masih ramai rakyat  Malaysia mampu untuk membeli hartanah seperti itu biarpun berharga jutaan ringgit?

Seperti diketahui oleh pembaca tegar blog ini, pihak pengurusan kompleks sebelum ini tidak membenarkan peniaga Pasar Tani pada hari Ahad menggunakan kemudahan surau dan tandas selepas mereka diarahkan keluar dari premis terbabit kira-kira setahun lalu.


Klik di sini untuk membaca perincian laporan terdahulu.

Petang tadi, saya dimaklumkan pihak pengurusan kompleks telah membenarkan surau dan tandas digunakan oleh peniaga.


Alhamdulillah, terima kasih kepada lelaki mendakwa bertugas sebagai pengawal keselamatan di atas kerana memberikan laluan kepada peniaga untuk menyempurnakan solat subuh di surau lebih selesa berbanding di atas simen di pinggir jalan.

Saya terfikir, andai kata terdapat individu memasuki kompleks terbabit sebelum jam 7 malam, adakah pengawal sama akan melarang?


Sedangkan tiada langsung  sebarang notis mengatakan, tindakan itu tidak dibenarkan. 


Oleh kerana tiada maklum balas diterima daripada wakil syarikat pemilik terkini kompleks terbabit, saya ingin membangkitkan isu menarik untuk pengetahuan semua.

Kira-kira 300 peniaga, majoriti berbangsa Melayu, meraih rezeki menjual pelbagai barangan di pasar malam kompleks sama atau lebih dikenali sebagai 'Uptown D' Kota'. Kadar sewa sebahagian gerai dinaikkan daripada RM200 ke RM500 sebulan.


Sebelum ini peniaga menjelaskan bayaran lesen kepada MBPJ.

Kini semua gerai peniaga itu berada di bawah selian syarikat swasta beroperasi sejak lebih setahun lalu,  tanpa papan tanda hak milik.

Mengapa? Apakah muslihat di sebalik tindakan  tidak mendedahkan identiti? 

Bukankah jika mengikut prosedur, syarikat terbabit wajib memohon lesen BARU daripada MBPJ untuk menjalankan kegiatan perniagaan? Pemilik kompleks kemudian sepatutnya  memecahkan lesen dilulus dan diberikan oleh MBPJ kepada semua peniaga mencari rezeki di situ.

Apakah tindakan Jabatan Perlesenan MBPJ terhadap syarikat terbabit? 

( Letih melihat, peniaga Melayu berniaga tanpa lesen menjual nasi lemak dan burger di pinggir jalan, disita barangan mereka )

Analoginya, mudah.

Contohnya, tanah dijual kepada pemilik kompleks membeli-belah oleh PKNS. Pemilik kompleks itu kemudian wajib memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan untuk setiap kedai beroperasi secara sah di dalam bangunan sekaligus memudahkan proses pengutipan sewa.

Situasi di Kompleks Muhibbah Petaling Jaya, amat berbeza.



( Klik di sini untuk membaca kisah Jalur Gemilang berkibar hambar )

Lebih menghairankan, mengapakah PKNS tidak MENGARAHKAN pemilik tanah mengendalikan syarikat swasta itu untuk memasang papan tanda menunjukkan premis itu kini BUKAN lagi di bawah selian PKNS tetapi syarikat swasta.

Itu antara soalan saya kemukakan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat, YB Dr. Nasir Hashim sebelum ini. 

Klik di sini.

Desas-desus terkini mengatakan pemilik tanah itu juga sedang memohon lesen MBPJ untuk pembinaan rumah di tanah sekitar. 

Dia orang kaya dan mendapat rezeki terpijak. Kalau Konsert Gangnam di Pulau Pinang dibiayai oleh penaja dengan kos RM2 juta, berapakan pula kos membeli Kompleks Muhibbah dan tanah di sekeliling? RM4.8 juta? Jumlah wang pampasan diterima oleh pemilik berikutan sebahagian tanah bakal digunakan untuk pembinaan laluan MRT? 8 juta?

Apapun itu semua telahan semata-mata kerana tiada perincian transaksi jualan dan pembelian .
Klik di sini.

Tidak logik, pemilik tanah menghabiskan wang berjuta ringgit TETAPI masih terus menyorokkan identiti.

... kompleks dibiarkan beroperasi tanpa papan tanda hak milik.

Oleh kerana YB Dr. Nasir kelihatan tidak berminat untuk menjawab soalan diajukan, mungkin Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terbuka hati untuk memperjelaskan fakta sebenar. Kompleks Muhibbah bukan sekecil kuman tetapi sebesar saiz terkumpul ratusan ekor gajah. 

Masakan Tan Sri Khalid tidak mengetahui perincian transaksi penjualan kompleks terbabit? Saya penduduk di negeri Selangor, tentunya berhak untuk mengetahui informasi sebegitu. Begitu juga semua rakyat di negeri diterajui oleh beliau. 

UPDATE

Saya bertanya kepada sumber di PKNS ...

"Lazimnya kalau kerajaan negeri Selangor melalui PKNS hendak menjual hartanah milik kerajaan negeri, adakah menggunakan kaedah open tender atau direct negotiable?"

"Sepatutnya open tender dan borang dikeluarkan oleh Unit Perolehan PKNS, tawaran turut disiarkan di akhbar," balasnya.

Barangkali dalam kesibukan membuat persediaan untuk Pilihan Raya 13, Tan Sri Khalid sudi meluangkan masa untuk menjelaskan kepada penduduk Selangor kaedah digunakan sewaktu transaksi penjualan Kompleks Muhibbah Petaling Jaya kepada syarikat swasta secara terperinci.

Untuk terus berkuasa di negeri Selangor, Pakatan Rakyat, PR seharusnya bertindak secara transparent, telus.  

Lagi pun selama hampir sepenggal memerintah, pentadbiran PR didakwa bebas rasuah, TELUS dan berjiwa rakyat.

Buktikan.

Jelaskan kepada saya dan rakyat lain agar kami memahami erti KETELUSAN diwar-warkan.

10 ulasan:

  1. http://www.nairaland.com/512356/nigerian-malaysia-pls-reply-needed

    BalasPadam
  2. Jika kerajaan PKR selangor tidak mahu menjawab soalan En Mazidul, tuan boleh mengorek cerita dari lawan mereka iaitu UMNO Petaling Jaya.

    BalasPadam
  3. As Salam Tuan.
    apakah usd2mill(RM6.2juta)
    atau rm2juta?

    BalasPadam
  4. Haris, kalau hendak mendengar cakap cakap orang, susahlah. Sebab itu saya ingin mengetahui fakta tetapi malangnya tiada sudi tampil memberikan kenyataan.

    BalasPadam
  5. kita tunggu penjelasan drpada khalib ibrahim mcm mana. aku dh tweet tanya. xtau dia alert ker tak.

    #BANkami

    BalasPadam
  6. Menarik kupasan isu ini. Tertarik dgn isu penjualan aset PKNS. Ada penyewa yang menyebut perkara yg serupa berkaitan dengan kompleks PKNS Shah Alam.

    Jika benar aset-aset PKNS ini telah dijual, kenapa perlu dijual? Selama ini PKNS boleh pegang dan sewakan pada kadar yg rendah untuk meringankan beban para peniaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa ini bukan isu baru, cuba bangkitkan kembali isu tanah pada zaman pemerintah dulu, sudah berapa byk tanah telah tergadai? Cuma isu tersebut tidak dpt liputan dlm media2 kawalan pemerintah sekarang

      Padam
  7. As Salam Tuan.
    Bagus bila tuan ketengah kan isu ni. Tp apakata tuan cadangkan pada majikan Tuan agar dapat dimasukkan 1 slot (di BICARA mungkin)di media elektronik tentang kesahihan nih. Bukan apa, lebih ramai menonton tv rasanya.. sedih jugaklah klu PKNS ni betul2 dijual. Apa nak jadi ngan peniaga2 melayu nanti(meminta2 di tanah sendiri kah)
    Tuan, sblm nih sy pernah bertanya tentang keberanian Tuan dalam mengetengahkan isu2 PANAS nih.. boleh dak klu tak keberatan, Tuan share tentang ancaman/cabaran yg famili Tuan perlu hadapi dalam sesama berjuang. Ni utk motivasi sy sebenarnya. (org kecil)
    Terima kasih ya

    BalasPadam
  8. if im not mistaken, lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak MBPJ... sewa bulanan tapak kedai pula dibayar kepada syarikat yang menguruskan uptown D'Kota ni... ada juga dikalangan peniaga yang menjual tapak kepada peniaga lain melebihi RM10K

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.