Ahad, Julai 25, 2010

"Jom Nonton Filem Lucah"

Jam 10 pagi tadi saya makan nasi kandar berhampiran Pasar Besar Kangar. Perut kenyang dan badan segar memberikan semangat untuk menyambung catatan seperti dijanjikan.

DVD lucah bukan sahaja ditemui di bilik tidur majikan malah di ruang tamu rumah. Sebilangan cakera optik terbabit ditemui Timabalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan tidak lekang dengan senyuman ini.


Dalam kesibukan penguatkuasa JIM memeriksa dokumen, saya menemubual pekerja berusia 18 tahun, 'Wati', gadis kelahiran Bandung.

"Beberapa kali majikan cuba menghampiri dan memegang saya. Dia bilang, jom nonton filem lucah bersama di kamarnya ketika ketiadaan isterinya di rumah," ujarnya ketakutan.

Anak petani itu juga mendakwa pernah dikurung majikan di dalam bilik kecil berhampiran bilik tidur utama kira-kira 12 jam kerana cuba melarikan diri.


Biarpun percubaan mencabul itu sekadar satu dakwaan, penemuaan DVD lucah di rumah sama mengundang pelbagai persoalan. Jam 1.45 petang tadi saya menyarankan JIM membuat laporan polis berikutan penemuan bahan lucah terbabit.


Lebih memeranjatkan, 268 pasport majoriti milik pekerja tidak tinggal di rumah terbabit ditemui penguatkuasa JIM bertugas di dalam beberapa laci di ruang tamu. Timbul persoalan, apa terjadi kepada pemilik dokumen terbabit? Lari? Pulang ke negara asal mengikut jalan tidak sah?


Puluhan rubber stamps juga ditemui, antaranya tercatat 'Departemen Kesihatan R.I'. Adakah itu dibenarkan?


"Dokumen pengenalan diri ini disyaki palsu kerana kualiti diragui," ujar penguatkuasa.


Sewaktu menemubual 3 pekerja melarikan diri, saya dimaklumkan majikan didakwa turut menggunakan alat renjatan elektrik untuk menghukum pekerja melakukan kesalahan. Kira-kira jam 12.16 malam alat terbabit ditemui. Satu lagi alat sama ditemui di dalam laci di ruang tamu selepas itu.


"Buat apa pakai ini barang?," tanya saya kepada majikan.

Bekas guru berusia 50 tahun, anak kelahiran Kangar itu hanya mendiamkan diri sebelum menjawab.


"Tak pakai, sudah rosak. Guna untuk protection"

"Kalau tak pakai macam mana boleh rosak?," desak saya.

Dia enggan menjawab.

Alat mengeluarkan renjatan elektrik bervoltan tinggi itu boleh mengakibatkan mangsa pengsan jika disalahgunakan.

Apa tindakan bakal diambil terhadap majikan dan 71 pekerja diperiksa dan dibawa ke JI di Alor Star?

Semua itu akan saya catatkan di dalam tampalan seterusnya.

8 ulasan:

  1. bekas guru? aduh, rosak anak bangsa kalau dia masih lagi mengajar

    BalasPadam
  2. Kenapa panggil Imigresen Kedah, yang Perlis cuti ka? Mungkin strategi atau .....? Mungkin dapat di jelaskan. Tahniah, yang mendengaq cerita ini pasti terkejut. macamana Jabatan Tenaga Rakyat boleh lepas pandang?

    BalasPadam
  3. Payah nak diulas perkara ni... namun seruan saya kepada anak jati malaysia.. jagalah negaramu bimbang bila nanti telah dijajahi warga asing menyesal dah terlambat.. kepada yg sekongkol dgn aktiviti pemalsuan kalau benar beriman tau dosa pahala tentu tau halal haram rezeki yg diperolehi... fikirlah ... lebam dahi sujud takde maknanya..

    BalasPadam
  4. Cuba halakan alat renjatan elektrik yg masih berfungsi kepada anu bekas Guru (yg tidak menggunakan akal dengan betul) tu! Biar dia rasa!!

    BalasPadam
  5. Comel shida sejak menjak dah kahwin ni. She called me to tell me that you are in Perlis. Sungguh sungguh dia call, beritau pak Anun pun ada. Biar lerrrrrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  6. Bila kita asyik aniaya warga asing jangan marah jika mereka sering mencerca kita; maka itu nila yang setitik jangan terusan dibiarkan berbintik & mengokori nama negara.

    BalasPadam
  7. dah cerai pun shida tu....main banyak sangat

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.