Rakan lelaki bujang berusia 24 tahun bertanya ..
“Apa perempuan nak sebenarnya daripada lelaki?”
Biar pun bukan Dr. Love, saya melontarkan pandangan ringkas ..
“Disayangi, diambil berat dan dilindungi”
Bila jawaban sama dikongsi bersama rakan berusia 42 tahun, berikut responnya ..
“Huh! Bini aku dulu, memang aku sayang. Apa dia nak, termampu, semua aku bagi. Memang ambil berat, sampai kalau dia minum air panas, aku hembuskan bagi sejuk kemudian baru bagi dia minum. Ke pejabat berhantar dan berjemput setiap hari nak pastikan dia selamat. Akhirnya ..”
“Akhirnya?,” soal saya.
“Lari ikut jantan lain. Laki orang pula tu!”
Kini terfikir, apa perempuan nak sebenarnya?
“Apa perempuan nak sebenarnya daripada lelaki?”
Biar pun bukan Dr. Love, saya melontarkan pandangan ringkas ..
“Disayangi, diambil berat dan dilindungi”
Bila jawaban sama dikongsi bersama rakan berusia 42 tahun, berikut responnya ..
“Huh! Bini aku dulu, memang aku sayang. Apa dia nak, termampu, semua aku bagi. Memang ambil berat, sampai kalau dia minum air panas, aku hembuskan bagi sejuk kemudian baru bagi dia minum. Ke pejabat berhantar dan berjemput setiap hari nak pastikan dia selamat. Akhirnya ..”
“Akhirnya?,” soal saya.
“Lari ikut jantan lain. Laki orang pula tu!”
Kini terfikir, apa perempuan nak sebenarnya?
ada benar cerita kamu itu...
BalasPadamaku pernah lihat didepan mata aku...
perempuan kalau tidak mengenal erti cinta sangat hina dirinya..
lebih hina dari lelaki yg mempermainkan seorang wanita...
yang dianggap sayang rupanya dibenci seluruhnya..
nak banyak benda
BalasPadamtongkat ali pun nak...
ubat lintah pun nak...
duit pun nak...
kasih cinta pun nak...
masalah pun nak kena cari....
DUNIA KAN SUDAH DITENTUKAN OLEH TUHAN BEGITU. KALAU AMAN, SUDAH TENTU WARTAWAN TAK ADA KERJA...OPERATOR CETAK, PEKERJA BAWAHAN NAK MAKAN APA...
TV3 ada berapa pekerja?
betul tak?
wanita adalah insan yang complicated. agak susah di terangkan oleh kata2 dan tidak mudah dinilai dari pandangan mata.
BalasPadamp/s- mood yang sentiasa berubah2 tidak mengikut ramalan cuaca. sebab tue mmg susah nk puaskan hati wanita.
jgn tnya apa yg perempuan nak. Cuba tanya apa yg mampu diberikan dengan hati yg ikhlas. Bukan terpaksa.
BalasPadamTanpa anda, siapalah kami dan tanpa kami, anda juga nobody...
PEREMPUAN NAK APA SEBENARNYA??CUBA TANYA DENGAN KAUM LELAKI, KENAPA DIA NAK KAWAN DENGAN BINI ORANG???
BalasPadam1) NAK MAIN - SEBAB DAH TAHU SENANG DAH TAK DARA.
2) NAK SUKA-SUKA - SEBAB MUNGKIN BINI ORANG NIH CANTIK DARI BINI DIA
3) TABIAT - SEBAB DASAR JANTAN NAMANYA TAK PERNAH NAK CUKUP SEORANG
BETUL TAK?? TAPI KALAU TAK BETUL, TEPUKLAH DADA TANYALAH HATI.
SENDIRI MAU INGAT BEB!
Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.
BalasPadam1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.
Ada beberapa lagi, saya rasa ini pun cukuplah ya Tuan.
ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com
Astaghfirullah...
BalasPadamZaman sekarang tak kira bini orang atau laki orang..semuanya saling kebas dan dikebas...
selagi dunia berputar,maka jadilah macam nih.mungkin takdir
SELAMAT HARI RAYA BRO..
Jgn la asyik blame perempuan je. Kekadang bila terjadi sesuatu perkara buruk, kita kena tgk diri kita balik. Apa yg salah pada diri kita yg menyebabkan terjadinya benda tu.
BalasPadamMmg betul perempuan tu salah, tp kita muhasabah diri balik utk cari kesalahan sindri plak. Mungkin puncanya dr diri kita sindri, sbb tu la terjadinya benda buruk.
Saya komen berdasarkan apa yg saya lalui. Bukan perempuan je cari lelaki lain, lelaki pun cr perempuan lain, walaupun pasangan dia bukan main setia, sayang, caring etc etc etc.
Tp bila muhasabah diri sindri, rupa-rupanya mmg ada silap kita jgk. Sbb tu la dia lari. So, kesimpulannya jgn la asik tunding jari pada org, sbb 1 jari je yg ke arah org tu, jari lain ke arah kita.
perempuan lagi ramai yang bertanya "apa lelaki nak sebenarnya" sebab fakta menjelaskan lelaki lagi ramai tinggalkan anak isteri mengejar yang bukan miliknya atau milik lelaki lain. Kalau tak tinggalkan isteri sedia ada pun jika dia nak merasa sehingga 5, 6 dia dropkan satu persatu dan gantikan yang lain. Dunia di akhir zaman dah...
BalasPadamsaya bukan nak menjaja cerita orang, tapi perempuan macam ni pernah membuatkan sahabat saya yang terlalu menyanjung kaum wanita termasuklah kekasihnya yang curang bertukar dari seorang lelaki normal kepada seorang lelaki GAY, kecewa, segalanya telah diberi, kasih sayang, wang, masa, cinta dan macam-macam lagi, tapi tak dihargai, nak dikata sebab rupa, saya rasa kawan saya ni lagi handsome dari saya....
BalasPadamTak tahu dah nak nasihat macam mana lagi dia ni...
Fariziskan, jadi apa perempuan nak sebenarnya?
BalasPadamAbe Mie, ejen tongkat ali ke?
Belibuy, sesungguhnya majoriti wanita sememangnya emosi, lebih bebanding lelaki ..
Arryani, soalan tu kena tanya juga sebb ramai lelaki asyik terkeliru bila mula hidup dengan wanita.
Zamri, tq for the tips. Moga dapat membantu pembaca mempunyai persoalan sama dalam minda.
Tanpa nama, memang dunia sekrang lebih complicated. Selamat hari raya.
Kucing, gay semakin ramai. Barangkali kerana kecewa dengan perempuan la kut ..
Knowlee, sekarang ni masalah kewangan mampu mendorong ramai wanita memburukkan kehidupan berumahtangga. Sanggup mencari lelaki lain, mengabaikan anak2 hanya kerana berhasrat memburu kemewahan ..
BalasPadamkenapa kalau perempuan cari lelaki lain, mereka akan dicop dengan gelaran perempuan murahan..? tapi kalau lelaki cari perempuan lain..orang kata itu normal..biasa la tu..lelaki..
BalasPadamsaya tak mahu attention over.
BalasPadamkenapa nak berhembus saya sendiri boleh hembus?
kenapa nak menghantar pergi kerja kalau saya sendiri boleh drive?
bukan lah mahu jadi independent woman..
tapi cukup sekadar beri saya space kadang2..
kalau saya mahu perhatian,saya akan bagi signal lah pada buah hati..
perempuan pun macam lelaki..
perhatian lebih2 pun boleh jadi rimas..
tapi jangan apply pada semua perempuan..
setengah perempuan suka berkepit 24/7.. :D
Pandangan 5 sen dari saya,
BalasPadamapa yang wanita nak ialah;
1. Kejujuran dan diserta dengan tanggung jawab sebagai suami dan sebagai ayah.
2. Kewangan yang stabil, walau pun tak lah bermewah-mewah. Ya lah, dunia sekarang mana cukup dengan cinta je.. segala-galanya memerlukan wang, walau pun wang bukan segala-galanya.
3. Selalu berkomunikasi hal ofis dan juga bertanya khabar hal2 rumah tangga.
4. Keberkatan hidup. Saling doa mendoa antara satu sama lain. Rezki untuk keluarga biarlah halal. Kalau tak dikhuatiri, darah daging yang dibina tiada barokahnya.
5. Dipimpin. wanita ni perlu dipimpin sejak dari awal. Dipimpin dengan iman dan taqwa. Masa masih rebung. Kalau dah lama, dan rasa besar kepala, payah jadinya.
Setakat itu dulu... betul ke wanita sekelian?
Liza Barhan, kerana lelaki boleh kahwin lebih daripada 1 dan kemungkinan itu ada. Perempua, di mana penghujung perhubungan itu?
BalasPadamZakaria MY, terima kasih.
Cabincrew, setiap wanita mungkin berlainan kehendaknya. Lelaki selalu memenuhi 'keperluan asas' itu bagi memuaskan hati pasangan masing-masing.
Moleklah kalau mampu menghantar signal apabila memerlukan perhatian. Malangnya tidak semua wanita begitu. Ramai berlagak bagai bom jangka, tiba-tiba meletup pada saat tidak dijangka ..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamhhmmm..
BalasPadamsebenarnya perempuan bertindak ikut nafsu...
ini fakta....
utk keterangan lanjut sila baca entri di blog saya yang bertajuk keistimewaan lelaki...
saya ada sorg kwn pompuan yg x sedar diri mcm nie.suami punya le baik tapi masih lg nak cari cinta lain kat luar.tak tau dah mcm mana nak nasihat kan dia...semoga Allah tunjuk kan dia jalan yg benar..Amin..
BalasPadampada pandangan sy pmpn ni x perlu dimanja lebih2..mcm tatang minyak yg nk tumpah..apa yg isteri nk si suami ikut jek.smpi nk minum pn berhembus.bila masalah timbul si suami akan dipersalahkan sbb terlalu manjakan isteri.jadi, dalam berkasih-sayang tu perlu ada tegasnya supaya si isteri tau hormat pada suami.
BalasPadamsy sering terlihat ada sesetengah pasangan yg bercinta skrg ni alahai..cukup syahdu..si teman lelaki sanggup ikut telunjuk si teman wanita.apa yg disuruh buat..dibuatnya.kdg2 ditengkingnya dihadapan org ramai.tp si teman lelaki diam seribu bahasa.knpa smpi begitu?berpada-pada lah dlm berkasih-syg.
lelaki sebagai ketua keluarga seharusnya tahu bagaimana utk mendidik seorg wanita.wanita ni istimewa sebenarnya.hatinya cukup halus.cari lah dimana keistimewaan wanita itu.dan saya..bangga menjadi seorang insan yg bergelar wanita.
setuju dengan knowlee.. dalam hal begini, muhasabah diri amat penting.. mungkin masing2 ada kekurangan tapi tindakan si isteri memang melampaui batasan.. nampak sangat iman di dada senipis kulit bawang.. mungkin di zaman ni, kriteria utama bagi memilih suami atau isteri adalah lelaki/perempuan yang beriman.. jika itu yang dicari, insya Allah, selamat di dunia dan akhirat..
BalasPadamntahlah...too complex...
BalasPadampatutnya soalan ni kalau ditanya kepada org lelaki.. agak2 boleh jawab ke?
ayat sinonim :> manusia selalu tak pernah bersyukur pada ape yg dia ada....
wallahualam..
cuba kita tanya diri kita sendiri apa yang sebenarnya kita nak...kan senang...macam mana kita nak jaga org atau tau apa benda org tuh nak kalau kita sendiri tak tau..tak kira laa perempuan ker lelaki ker...hakikatnyer..semua manusia..manusia hendakkan sesuatu...
BalasPadamSejak dua menjak ni Akmal banyak give hot topic about ladies, carry on.. :-)
BalasPadamApa perempuan nak?
nak merasa..hidup bahagia, hidup senang, aman, berjaya..
Nik- i agree with you.. :-)
"apa perempuan nak?"
BalasPadammemang memeningkan.
nak lagi pening, tanya para lelaki yang nak bertukar jadi perempuan.
apa yg diinginkan seorang wanita??
BalasPadamsenang je..
sebuah kejujuran dan keikhlasan..
bebas tetapi pandai membezakan batasan dan jurang
seseorang lelaki yg menjadi dirinya sendiri bukan apa yang seorang wanita nk die jadi..
tp yang pasti semua samer jer..
xpayah nk tunding jari..
manusia tak pernah puas dan bersyukur...
BalasPadamyup... manusia mmg xpenah puas & bersyukur..
BalasPadamsaya sebagai seorang perempuan pon kadang2 ade timbul rasa confused.. "ape yg aku nak sebenarnya ni"
mungkin yang kisah abg mazidul ni, ppuan tu terpengaruh dgn janji2 manis si jantan lain tu pulak kot..
hurm..
BalasPadamtepuk dada..
tanya la diri sendiri..
kengkadang dua² pihak salah..
manusia..
tak pernah cukup and tak pernah lari dr kesilapan...
NAMA PUN JODOH....
BalasPadamNAMA PUN TAKDIR...
Tiada yg kekal dlm dunia nie......