5.30 petang tadi sewaktu melintasi Jalan Pokok Tanjung, Kampung Londang, 2 kilometer dari Masjid Tanah, Melaka tragedi saya saksikan. Penunggang dan pembonceng motosikal berusia lingkungan belasan tahun tercampak ke tepi jalan akibat berlanggar dengan kereta Toyota Vios hitam.
“Kereta besar tu la bawa laju sangat!”
Jerit penunggang motosikal sambil mengerang terbaring di atas tanah dikerumuni orang ramai. Kaki kiri remaja itu patah, mulutnya berdarah.
Rakannya terdampar berhampiran, nyawa-nyawa ikan patah bahu. Dua topi keledar mereka pakai pecah.
Tiba-tiba muncul lelaki berbaju putih tidak dikenali lalu menjerit ..
“Tu la engkau bawa moto laju, padan muka!”
Dia kemudian berlalu.
Kedua mangsa kemudian dibawa kehospital kenderaan terbabit dalam kemalangan itu. Saya harap mereka selamat biarpun terpaksa merana menahan kesakitan teramat.
“Kereta besar tu la bawa laju sangat!”
Jerit penunggang motosikal sambil mengerang terbaring di atas tanah dikerumuni orang ramai. Kaki kiri remaja itu patah, mulutnya berdarah.
Rakannya terdampar berhampiran, nyawa-nyawa ikan patah bahu. Dua topi keledar mereka pakai pecah.
Tiba-tiba muncul lelaki berbaju putih tidak dikenali lalu menjerit ..
“Tu la engkau bawa moto laju, padan muka!”
Dia kemudian berlalu.
Kedua mangsa kemudian dibawa kehospital kenderaan terbabit dalam kemalangan itu. Saya harap mereka selamat biarpun terpaksa merana menahan kesakitan teramat.
ya Allah.. tak terbayang saya kesakitan yang si mangsa alami.. mudah2an selamat semuanya...
BalasPadamSilence, saya melihat mangsa menggelepar bagai ikan disiang kulit. Menjerit menahan siksa. Semasa dibawa ke hospital dia masih bernyawa. Saya percaya tiada siapa merakamkan gambar sama pada waktu kejadian ..
BalasPadamsemoga mereka cepat sembuh..tak kira laa sapa bawak laju..nyawa tetap nyawa...
BalasPadamSilence, kenapa kena tutup muka eh?
BalasPadamNik, kita kata elok2 di jalanraya, nyawa itu berharga. Tapi rasanya tak ramai mampu mengubahnya ..
BalasPadamYa Allah! apa dah jd nie? Eii ngeri..teringat balik sy pernah terlanggar nyonya bawak basikal.. mase tu sy rasa mcm nak mati, takut gila w/pun nyonya tu tak mati pun... terus bwak g hospital..
BalasPadamSelalu kenderaan lebih kecil menjadi mangsa....Kita yang berkereta jarang mengsihani orang bermotosikal. Selalunya orang bermotosikal yang dipersalahkan...sedangkan dari segi resiko bermotosikal amat tinggi. Dari segi kemudahan untuk motosikal juga amat menyedihkan, Cuba lalu laluan motosikal di lebuhraya Kesas...jalan berbelit2....sebab orang yang rancang lebuhraya tu tak pernah naik maotosikal...fikir2 kan...
BalasPadamJalanraya juga tempat utk kita melihat sikap sebenar manusia. Masih ramai yg menganggap mereka perlu diberi laluan istimewa dan tak kurang juga yg menganggap kenderaan berat akan bersimpati pada mereka.
BalasPadammasa tu pemandu kereta Vios tu masih di situ gak ker?? abang, pembetulan yer.. bukan Kg Dondang, 'Londang'...
BalasPadamAzlin, huh! Cemas tak kena gantung lesen kan?
BalasPadamTanpa Nama, pemanduan membabitkan sikap. Kekadang di jalan elok pun, kemalangan masih berlaku.
Nurdaniella, pemandu kereta Vios tu bawa mangsa ke hospital. Terima kasih, awak betul, kampung Londang ..
alaa.. abg mazidul ni.. tuu gambar gimik jer.. hehehe.. kalo abg mazidul free.. lawat2 la blog saya.. oke.. ;)
BalasPadamtapi kan.. saya pon penah tgk org eksiden depan mata sndiri.. lepas2tu.. saya x ley tdo..saya plak yg jadi trauma..
Ngerinye....Saya pernah tgk pameran kelolaan JPJ. Ada gambar, kepala terselit kat celah pagar dgn helmet masih tersiap kemas di kepala tu. Badan dia ada kat atas jalan raya. Seminggu saya tak boleh tidur.
BalasPadamPada adik2 tolonglah, bila nak pandu laju2 tu hentikanlah. Ingat2 lah kat Tuhan, mak, abah,abg2,kakak2,adik2 atau sekurang2nye kat awek korang yea....
Kalau pun korang tak sayang diri korang, ramai orang yg masih syang kat korang.
Hurm..
BalasPadamBila berada di wad kecemasan atau kemalangan, yang paling banyak saya jumpa adalah pemandu motorsikal. Purata majoritinya, tak pernah mengaku menunggang dengan laju. Masing-masing menyalahkan pemandu satu lagi yang memandu laju.
Tak kira pemandu kereta atau motor, lori atau bas, yang pasti sikap menjadi asbab kepada kemalangan yang berlaku.
takutnyaaaa..pg td pun sy trnampak org ekxiden..nasib baik tak parah..
BalasPadamkereta vios tu pendek akal.tak kisah lah siapa yang laju.cuba kalau kena kat anak2 dia suatu hari nanti?
BalasPadamowh...
BalasPadamyg berckp tu klu nak "PADANKAN MUKE ORG" baek tak payah..
Rakyat Malaysia nih Prihatin...
Suke Tolong Menolong..
Tp..
Tolong Tengok la...
btol tak??
hak3...
Sy Sendiri pernah excident di bulatan Pahang..
Ramai org kerumun..
Tp..
Sy sendiri yg telefon ambulance..
so..
ape pendapat anda??