Ahad, Oktober 26, 2008

Hidung Berdarah

Malam tadi saya di Johor Bahru, Johor.

“Jomlah bro, tempat tu ada live band. Saya datang all the way dari KL nak pergi dengan bro ni,” pelawa rakan.

Lalu saya memenuhi permintaan itu. Pusat hiburan terbabit dikunjungi majoriti remaja Melayu. Jam 2 pagi, premis itu dipenuhi asap rokok tebal dan bingit dengan alunan lagu rock. Remaja menari, ramai berpelukan dengan pasangan dibawa. Kebanyakannya mabuk, air arak di dalam botol besar berharga ribuan ringgit hanya tinggal sedikit.

“Apahal tu?,” tanya saya kepada chief bouncer bertugas.

Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum.

Remaja lelaki Melayu, saya anggarkan berusia awal 20 an kelihatan tidak bermaya, gagal mengangkat kepala, terlalu mabuk. Rakannya pantas mencapai jag Coca Cola dan perlahan menuang air berkabonat itu membasahkan kepala rakannya. Di meja sama, lelaki berusia lebih tua, lewat 40 an berada dalam keadaan serupa. Cuma darah merah kelihatan mengalir keluar dari hidungnya. Mungkin kepanasan meneguk arak keterlaluan.

Apakah mereka cari? Itu persoalan bermain di fikiran saya ketika melangkah keluar 10 minit kemudian.

16 ulasan:

  1. beritau la awal bro. Kalau dtg jb. Tapi tugas yg tidak mengizinkan utk santai2 kot.

    BalasPadam
  2. Salam bro, kalau beritahu awal, boleh kita jumpa2. Tapi tugas mungkin tidak mengizinkan ye bro!

    BalasPadam
  3. > D'org nak enjoy!
    > NAk dosa!
    > Nak release tension..
    > NAk habiskan duit!
    > Kepuasan!
    > Nak mati cepat!

    Apa lg? D'org semua nih ada masalah ni, kalo tak.. takkan depa nih cerdik sgt nak buat keje gini.. cuma penyelesaian yg d'org cari berakhir di sini.

    BalasPadam
  4. salam.. apalah nak jadi dengan masyarakat melayu... dah bapak yg umor 40an tu pun tak berguna dah mabuk.. tak hairan la budak umor 20am itupun mabuk... kita kalu nak ajar orang especially anak2 sendiri is from a good example.. bukan orang kap lam ya nga ajer yang gile memabukkan diri.. orang melayu pun sekarang nak jadi johan dalam bidang ini..
    golongan2 ini lebih suker melanggar perintah Allah.. sajer suke2...nak tunjuk lagaknya..
    Betullah ada saya pernah terdengar..orang melayu ni kene hati2 sebab diaorg ada pHD.. perasaan hasad dengki yang semua merupakan penyakit hati..
    hati kita ni kene dijagai rapi2 kalau dah gelap itulah yang tonggang sana tonggang sini tak kesah halal dan haram.. apatah lagi asal usual duitnya halal atau haram disebat ajer..
    Pernah ustaz bercerita, orang berniaga yang betul2 penting soal halal haram dan keberkatan hidup akan bertanya pada pembelinya halal ke haram duit yang dia ada..tapi takder la nak tanya begitu,slalunya kan orang tua2 slalu tanya..kje aper? tapi zaman sekarang ni..yang dah terang2 haram pun dbuatnya.. apa lagi nak dikata??hati dah gelap..

    BalasPadam
  5. ya tuhan.. macam2 dah jadi kat malaysia sekarang ni kan.. ngeri..

    BalasPadam
  6. kawan2 saya ada yg kaki minum macam nie...kadang2 bila kami ke karaoke diaorg akan bawa beberapa botol arak..biasa nye Jack Daniel's & Chivas.bila tengok diaorg minum seolah2 mereka terasa begitu nikmat meneguk nye.nampak kepuasan pada riak muka diaorg.ada yg sampai merah muka sebab terlalu banyak minum.ada yg sampai kena pimpim ke kereta.cakap pun dah merapu.muntah tepi jalan...eeeee...dasyat!!

    untuk soalan abg mazidul, apa yg mereka cari? hanya kaki minum nie je yg dpt menjawab nye...semoga Allah melindungi saya..Amin

    BalasPadam
  7. Dulu, sblm saya jadi seperti sekarang, saya pun penah clubbing and partying. Bleh dikatakan tiap-tiap weekend saya pegi. Tp saya tak pernah minuk arak dan merokok la. Itu tak tipu.

    Tp pada 1 malam, masa kat Thai Club Jln P.Ramlee, ntah kenapa rasa insaf tu tiba-tiba dtg kat hati saya. Tmbh plak saya tgk ada bebaper lelaki Melayu yg agak berumur terhuyung-hayang pegang botol arak, kaco anak-anak dara, saya rasa sedih sgt. Saya dongakkan kepala, pandang ke langit gelap, saya ckp dlm hati, lepas ni saya taknak jejak lagi kelab2 atau tmpt2 haram camtu.

    Alhamdulillah, sejak tu mmg saya berubah dan mmg tertutup terus hati ni nak pegi clubbing sumer. Saya mula pakai tudung, rajin sembahyang, baca Quran.

    Sekadar nak berkongsi pengalaman. Clubbing ni sbnrnya tak dpt ada pun selain buang masa, buang duit, dapat dosa bertimbun-timbun. Utk happy kan diri? Byk lagi cara lebih berfaedah utk happykan diri. Hurm~

    BalasPadam
  8. salam ziarah..hehe..
    humm...mcm2 lah budak mlyu skng nih..yg bapk2 pun mcm2 mane nak tjuk tladan yg baik..harap2 sedar cepat lah dowg di dunie nih..

    BalasPadam
  9. Tanda-tanda akhir zaman, senang cerita lah. Tak payah nak ulas banyak-banyak. Semua dah tahu.

    BalasPadam
  10. cari penyakit,
    cari dosa,
    cari bala,
    cari akal..

    sbb masing2 suma hilang akal, barangkali.

    ada otak, tapi x berakal.

    lebih2 lagi remaja melayu yang beragama ISLAM tu. penat je mak bapak hantar skolah blajar pasal halal haram suma..

    ishh geram plakk!

    BalasPadam
  11. mereka cari 'syurga dunia' yg tiada penghujungnya...........

    BalasPadam
  12. Zakaria, datang pun mengejut :) Zon penuh, duduk Hotel Selesa.

    Ustazah Knowlee, terima kasih. Thai Club? Saya masuk orang ramai keluar. Malas nak ganggu ketenteraman awam :)

    Acu, mabuk dan menyusahkan orang lain, pening oooo!

    Nana, begitulah nampaknya ..

    Ida, JB lebih 'hebat' berbanding KL, rasanyalah :(

    Azlin, bila nak kawin? Saya dah prepare nak jadi MC ni. Nanti saya bagilah diskaun harga.

    BalasPadam
  13. Eh Bro Mazidul, saya bukan ustazah. Tak cukup lagi ilmu rasanya. Yg tu sekadar nak kongsi pengalaman je. Tak layak lagi bergelar ustazah. Hurm~

    BalasPadam
  14. Abg mazidul, betul ke ni? Ya ampun.. best nyer.. nnt sampai seru Lin mesti bg kad..

    BalasPadam
  15. apa yang mereka cari?? pastinya mereka mencari syurga dunia dan ketenangan yang hanya sementara.. bila kuar dari tempat tu, pasti mereka tidak akan tenang semula.. pelik kan ngan melayu ni, apa yang diharamkan, itulah yang dikejar..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.