Isnin, Oktober 06, 2008

Dosa Sesama Manusia

Bukan mudah memaafkan manusia melakukan kesalahan kepada kita. Khususnya individu atau mereka pernah cuba menjual maruah kita diiringi hasad dan dengki demi kepentingan diri. Apatah lagi jika golongan sama tidak kepingin memohon maaf atas kesilapan dilakukan.

Justeru, jangan khuatir atau gentar meminta maaf atas kesilapan lalu selagi kita masih bernafas.

Menurut pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ..

“Bila minta maaf jangan hanya dari mulut, kena dari hati, dari kalbu. Bukan sekadar cakap, maaf ya, kira kosong kosong lah”

“Kalau orang tu minta maaf dari hati, waktu bersalam tu boleh terasa ‘gegaran’ nya,” tambah beliau lagi.

“Saya dengan Datuk, kalau Datuk buat silap, lepas tu saja, saya dah maafkan,” gurau saya sewaktu menemubual beliau dalam rancangan Malaysia Hari Ini pagi tadi.

Maafkan orang lain secepat mungkin agar mereka tidak azab di alam barzah. Ketahuilah, dosa sesama manusia hanya manusia mampu memaafkan.

12 ulasan:

  1. org kata memaafkan dan melupakan adalah 2 perkara berbeza

    dan ada yang mengatakan bahawa senang untuk kita memaafkan seseorang tpi bukan senang untuk melupakan kesalahan yg dbuat..

    bg saya selagi kita x dapat lupakan apa kesalahan sesorang pd kita dan selagi kita ingat dan terasa masih ada kemarahan yang membara selagi itula kita tidak memaafkan orang tersebut...

    bg atie susah untuk melupakan kesalahan seseorg pada diri atie....

    BalasPadam
  2. Atie, setuju. Memaafkan dan melupakan kesalahan orang terhadap kita dua perkara berbeza. Kalau macam tu, tak apa. Kita tak perlu lupakan tetapi kita maafkan dari hati tulus ikhlas.

    BalasPadam
  3. Isteri saya (org Melaka) hairan melihat org kampung saya (Selangor) bersalam di pagi raya. Panjang, berbisik-bisik dan duduk berteleku rapat-rapat.

    Itulah uniknya negara kita. Perbagai ragam dan gaya. Justeru kita perlu saling menghormati.

    BalasPadam
  4. Demang Lebar Daun, bila lagi nak duduk rapat-rapat, kan? Selalu mungkin sukar nak bersua muka ..

    BalasPadam
  5. Itulah kelebihan kita... Bak kata pepatah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Ahaks!. Bukan hari raya je perlu minta maaf. Sepatutnya hari-hari kita perlu minta maaf dan juga kita perlu memaafkan kesilapan orang lain...betol taks?! :D

    BalasPadam
  6. Sesungguhnya salam kemaafan itu dendam yang terindah!

    BalasPadam
  7. maaf tu juga adalah sebaik2 penawar untuk hilangkan sifat dendam dan amarah...

    maaf tu ibarat air..

    BalasPadam
  8. Saya suka Mazidul cakap pagi tu, rumah aje terbuka tpi hati tak terbuka. Ada tu, dari jauh dah ucap slamat ari raya, kosong-kosong. Terjerit2. Belum bersalaman pun. Entah style ape tah.

    Tapi mmg lah Fadilah Kamsah lebih hensome dari En Mazidul(Abby yg cakap).Wakakaka

    BalasPadam
  9. jangan lupakan kebaikan yang orang lain lakukan kepada kita tapi lupakan kejahatan yang mereka lakukan..

    jangan ingat kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain tapi ingat kejahatan yang telah kita lakukan terhadap orang lain..

    BalasPadam
  10. teringat juga kata-kata Dr. Fazilah,'kita perlu memaafkan sesiapa jua setiap hari sebelum kita tidur'.

    BalasPadam
  11. "Maafkan orang lain secepat mungkin agar mereka tidak azab di alam barzah. Ketahuilah, dosa sesama manusia hanya manusia mampu memaafkan" sangat betul...dan bila nak maafkan org..jangan laa kita menjadi hipokrit...

    BalasPadam
  12. mcm mne klo kita sudah berusaha minta maaf, ikhlas dr hati , tp, pihak laen tetap tidak mahu memaafkan kita? adakah kita terpaksa berhadapan dgn azab kubur?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.