Jumaat, Oktober 03, 2008

Hisap Rokok Belum Tentu Mati

Pasangan suami isteri, Mohd Ibrahim Kader Mydin, 47 dan Rosina S M Mydin Pillay, 41 tahun terbunuh di Flat Sri Sarawak, Jalan San Peng, Kuala Lumpur semasa mendapatkan rawatan menghilangkan tabiat ketagihan merokok dan penyakit hati. Dilaporkan mereka dipukul pengamal perubatan dipercayai mengalami masalah mental secara bertalu-talu menggunakan topi keledar dan batang penyapu semasa rawatan 'pelik' itu dijalankan.

Sehubungan itu, pengamal perubatan berusia 23 tahun terbabit ditahan polis dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh. Ketika entry ini ditulis keluarga mangsa masih berada di Hospital Kuala Lumpur.

Apabila kepercayaan karut diamalkan, bahana turut diundang.

2 ulasan:

  1. dalam surat khabar tulis..gara gara pukau and ada ahli keluarga yang cuba lari..tapi dipukul oleh si
    'pengubat' ...MasyaAllah...

    BalasPadam
  2. mmm...bukan ke diaorg suami isteri masing2 pukul sesama sendiri atas nasihat bomoh tu, utk selesaikan masalah diaorg..??

    macam macam version laa cerita ni...

    p/s: si suami tu org TM :-\

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.