Ahad, Oktober 05, 2008

Bukan Semua Orang Suka Kita

Bukan semua orang suka kita maupun perkara kita lakukan.

Kenyataan itu dikongsi ramai manusia berlatar belakang berbeza di seluruh negara malahan dunia.

Ringkasnya, golongan membenci akan terus membenci sehingga dibukakan pintu hati untuk menyayangi. Manakala mereka menyayangi akan berterusan sehingga mereka membuat keputusan bertindak sebaliknya.

Sebab itulah, ada kawan menjadi lawan, ada lawan menjadi kawan kerana manusia boleh berubah bagai pantai. Bezanya pantai berubah struktur, manusia berubah pemikiran sekaligus tindakan susulan.

Bagaimanapun selagi bilangan mereka menyayangi jauh lebih ramai berbanding mereka membenci, itu sudah mencukupi membenarkan kita hidup di dunia sementara ini secara aman menarik nafas lega.

Justeru jika ada rakan datang menghampiri lalu berbisik ..

“Aku tak suka dia”

Bisikkan kembali ke telinganya secara jelas ..

“Oh ya? Tak apa. Bukan semua orang suka dengan saya macam itu juga dengan awak”

Faham?

14 ulasan:

  1. Selamat hari raya,Mazidul...Wah dah start post new entry,ya..

    Memang semua orang ada pandangan yang berbeza..Perangai lain2 jadi dalam 10 orang yang kita kenal mungkin separuh darinya tak suka kat kita ...tak apa la..yang penting kita sedar siapa diri kita.Dan yang paling penting tuhan suka kat kita..

    BalasPadam
  2. wahhh..macam dalam jer bunyi dia...abg mazidul ok tak nieh?

    BalasPadam
  3. Nik, saya ok. Kebelakangan ni ramai tanya saya, siapa nak jd PM, siapa nak jd TPM? Saya jawab, sesiapa pun sekali memegang jawatan itu, mesti ada orang suka, mestia ada orang tak suka. Perasan tak?

    BalasPadam
  4. kalau semua yang kita buat disukai orang, bukankah tak ada cabaran, maka kuranglah pengalaman dalam kehidupan, seterusnya kematangan pun datang agak lambat. Jangan risau orang tak sukakan kita, asalkan kita tak buat sesuatu yang memang tidak disukai orang...

    BalasPadam
  5. Tak suka itulah yang membuat kita selalu muhasabah diri. Suka itu pula dilihat dengan 'hati-hati' :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Pertama kali menjengah... Hmm, agak lambat mengetahui blog ni. Pandangan yg amat menarik. Teruskan...

    Selamat hari raya, maaf zahir bathin.

    BalasPadam
  7. Dude

    Post yg mmg menarik....

    Wa rasa lagi dulu mmg ada org yg suka wa, ada yg tak suka wa dan ada juga yg tak ambik pot pasal wa...vice versa... ada gak org yg wa suka, ada gak org yg wa tak suka & ada gak org yg wa tak ambik pot... tapi dude..wa suka lu...dari dulu samapai sekarang... cheers

    ManB

    BalasPadam
  8. Akmal,
    Ada kalanya kita memerlukan suntikan kata sebab ' Words is power!!' biasanya mimi remind some of these words to relased my stress..
    "Affirmations can remove negative imprints from your mind by pouring in massive amount of positive energies, positives thoughts, positives images and positives values.."

    BalasPadam
  9. Sdr Demang Lebar Daun, kata orang kalau dah rezeki nak bertemu, memang kita bertemu.

    Sdr ManB, dulu in 1988 lu pakai seluar jeans kaki kecik dan singlet, pas tu memekak main gitar, sekarang ni 20 years later ala pemakaian dah jauh berbeza. Tapi apa pun lu tetap kawan dan sahabat ..

    Sdri Mimi, tq. Bertambah bersemangat rasa hidup ni.

    Sdr Zakaria MY, memang betul, asalkan kita cuba tidak melakukan perkara orang lain tak suka ..

    BalasPadam
  10. ala... abg mazidul..

    kadang2 saya pon penah terdengar org ckp2 camtu kat saya..tapi kan.. kalau kita asik nak amik peduli apa org ckap, sampai bila pon kita rasa diri kita ni xbest..

    bagi saya..saya x peduli apa pon org nak cakap.. yang penting, keluarga, kawan2, jiran2, dan org yg tersayang kenal dan tahu diri kita dah cukup dahh..

    *my 2 cent*

    BalasPadam
  11. Mazidul, sekadar teguran.
    Ejaan menyanyangi tu salah.
    Yang betul : menyayangi

    ;)

    BalasPadam
  12. hehehe..ok ok...betul tuh...bak pepatah melayu lama..mulut tempayan kita boleh tutup..mulut manusia....heheheh

    BalasPadam
  13. apa yg kita alami sekarang, nabi junjungan kita dah rasa dulu...pahitnya perjuangan kebenaran mentauhidkan allah...pun masih ada yg tak suka...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.