Selasa, Oktober 14, 2008

Turunkan lah

“Harga minyak seharusnya diturunkan secara mingguan bukan bulanan,” kata penganalisis ekonomi, Datuk Salleh Majid.

Beliau ditemubual Ally Iskandar Mardzi dalam program Malaysia Hari Ini pagi tadi.

“Kalau tunggu lama, kita pun tak tau, mungkin akan naik lagi. Sekarang harga minyak turun US78 setong” sambung beliau.

“Pelik ..”

“Pelik apa Datuk?,” soal saya.

“Bila harga minyak naik, harga barang mendadak naik. Ni bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Kalau Shahril (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) duduk sebelah saya, saya bagi tau kat dia. Menteri kan ada kuasa arahkan harga barang turun, arahkan lah. Ayam sekarang ni seekor RM15 tahu. Bila kata harga siling banyak ni, depa semua jual pada harga siling!,” komen beliau.

Komen sama barangkali dikongsi ramai?

17 ulasan:

  1. Memang betul!kita di bandar ni yg terasa sgt kenaikkan harga barang ni!di kampung pon sama jugak terasa..kasihan pada keluarga yg tidak berkemampuan & isi rumah ramai...

    BalasPadam
  2. Ya! Saya baru lepas membebel dgn member-member pasal perkara ni. Mmg patut turun harga. Minyak n barang. Skarang ni pun dah rasa mcm tercekik.

    BalasPadam
  3. Tapikan.... minyakkan seminggu sekali turun!

    BalasPadam
  4. Harga mnyk dh turun, tapi blm stabil. Shingga jam 9.25 mlm tadi dia naik balik pada 84 dollar setong. Tapi masih murah jika dibandingkan masa sebelum ini dimana ianya naik mendadak sehingga seratus lebih setong.

    Kalau nak ikutkan,boleh diturunkan lagi harga minyak. Cuma yg mnjadi persoalan, apakah harga brg2 dpt diturunkan. Mcm mustahilkan. Mcm tak yakin pada kementerian terbabit.

    Bagi sayalah, atau tak taulah pada org2 lain juga, andainya harga tidak diturunkan, cukuplah sekadar kawal harga barangan keperluan yg penting2 ni. Nak mengharapkan minyak turun belum tentu, jadi kawallah hrga barangan agar termampu di nikmati smua golongan.

    BalasPadam
  5. err...tumpang lalu yer...nak cakap sikit kat sini..saya pun terasa minyak naik harga..tapikan...the economy is very volatile nowadays and the world is facing the economic crunch, betul harga minyak dah jatuh sesangat sekarang nieh...far beyond their expectation...KENAPA KERAJAAN MASIH TAK TURUNKAN?!! itu keluhan semua...cuba anda bayangkan sekejap...kalau kerajaan turunkan secara mendadak macam mana dia naikkan (bukan kerajaan yer...the world's price) kena pulak tetiba buatnya dia naik balik...kerajaan terpaksa naikkan balik..tak lagi mengamuk satu Malaysia nieh...kepada yang tau status economy tak per...nie..yang mana tak tahu...bukan nyer saya nie pro gvt...cuma sebagai observer dalam world economic..itu jer..so i believe there must be a reason why the gvt tak turunkan lagi...and..ada lagi satu sebab atau keberangkaliannyer...tapi saya tak boleh cakap kat sini..public sangat...kena tahan susah nanti hahahaha...anyhoo...what ever it is pun..marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada..ambil sejenak untuk compare negara kita dengan negara jiran...anda akan dapat jawapan yang dicari...

    p/s - saya pun memang terasa harga minyak naik...but let us look at the bigger picture..itu jer ;)

    BalasPadam
  6. memang betul tu. Harga barang naik adalah. Saya ada beli kertas A4, 2 minggu lepas RM9.90 semalam dah RM11.90.Naik RM 2. Macam mana tu. Kesian orang yang ramai nak sekolah.Perlu ada mekanisme kawalan harga ni. Time minyak naik, minyaklah punca harga barang naik, minyak turun kenapa peniaga semua sunyi sepi....menteri patut ambil perhatian terhadap perkara ni.

    BalasPadam
  7. harga naik atau turun, minyak tetap turun bagi yang pakai kereta motor la... orang kampung jugak yang suffer. Kampong sekarang tak macam dulu.. Dulu.. nak sayur tepi rumah, nak beras.. ambil dalam gepok padi. Nak pucuk ubi.. bersepah. Sekarang semua kena beli. Nama je kampung... kos hidup macam bandar juga. ntah2 lebih mahal.

    Bila hariraya, semua anak2 sekeluarga balik kampung, kalau setiap orang ada 4 anak, dan setiap anak ada 4 anak juga, maknanya dah ada 16 cucu, campur mak bapak lapan, dah jadi 24 orang. Duduk pulak katalah 4 hari.

    Bayangkan berapa banyak kos atok nenek nak bagi makan cucu. Secupak memang tak cukup sekali masak. Kena plak bila dah ramai2 tu, ada plak yang buat slumberger (selambe jer.. ) bila time makan penuh dapor. Nak keluar belanja.. sepi jer.

    Last, bila dah nak balik rumah masing2. Mhn maaf dengan mak bapak bukan main lagi.. tapi hulurnya, seratus dua jer. Belanja makan anak dirumah sendiri pun belum tentu cukup. Itu tak masuk api air lagi.

    Nampak mcm berkira la pulak. Abis tu,.. kalau semua barang kat kampong pun mcm di bandar juga. Kenala kira. Orang tua mungkin tak kata apa-apa, cuma kita la nak kena sensitif. Walaupun kita tak boleh berkira sangat, tapi kira-kira mena buat.

    Jangan la pulak kita balik rumah, orang tua pulak yang menanggung beban... dek kurang sensitiviti kita tu.... fikir2kan lah...

    BalasPadam
  8. economy msia skang neh truk...byk puncanya...soal harga minyak dunia turun nek memg persoalan utama..knpe kjaan xtrunkan harga minyak d malaysia???memg pelik sedangkan msia salah satu negara pengeluaran minyak utama dunia...
    apa akn jadi kalau sumber minyak dunia dah abis???nak guna apa untuk ganti minyak???

    BalasPadam
  9. Ini menjadi punca orang poltik menjadi kelompok paling dicurigai dan paling tidak dipercayai dalam mana-mana tamadun dunia moden.

    Saya sedikit kecewa dengan sikap segelintir orang politik yang tidak down to earth jiwa dan pemikiran mereka. Tuhan sahaja sebaik-baik penunjuk jalan kepada mereka di dunia dan akhirat.

    Ketegasan dalam membuat keputusan rakyat bukanlah perkara yang diharap meninggi langit kepada orang politik.

    Maaf, saya sudah lama hilang kepercayaan kepada kata-kata mereka.

    ZAMRI MOHAMAD
    www.zamrimohamad.com

    BalasPadam
  10. putu setuju ngan kebykan pendapat korang..

    harga barang tu perlu dititikberatkan juga.. setakat harga minyak je turun..harga barang still melambung..tak guna juga..

    patutnya pihak yg berkenaan kena kerja lebih sikit le.. tgk masaalah rakyat sekarang ni..

    nilai duit dah semakin turun walaupun berat badan semakin naik..hehhehe..

    BalasPadam
  11. setuju tu.. pemimpin patutnya peka pada masalah rakyat.. masa minyak naik hari tu, barang2 sume ikut naik.. kenapa bila minyak dah turun ni, kerajaan tak gesa para peniaga turunkan harga?? kementerian perdagangan pergilah buat 'ops turun harga'.. barulah rakyat puas hati..

    BalasPadam
  12. Macamana harga barang boleh turun???????????????????

    Mungkin dengan cara turun padang kot. Nak marah-marah pun tak guna. Suruh depa-depa yg berkenaan turun padang pantau. Mana yg degil tu, pandai-pandailah depa amik tindakan. Kuasa ada, penguatkuasaan pun ada, pihak berkuasa pun ada. Apa lagi tunggu?

    BalasPadam
  13. alahaaaiiiii....
    susah gak ye nak jadi menteri ni. bila turun harga minyak orang tetap komplen, kalu naik harga pun lagi la naik angin. bukan saya tak setuju ngan pendapat korang2 ni. ada juga yang saya setuju. walau apa pun katalah dalam kehidupan nak membuat sesuatu keputusan tak bleh la terburu2 mcm nak turunkan harga minyak nih. katalah kerajaan naikkan harga minyak cepat2 je peniaga naikkan harga brg,tapi bila kerajaan turnkan harga minyak tak de la plak peniaga nak turunkan harga barang. bukannya diorang rugi cuma akan dapat untung skit je la,takkan tu pun nak suruh kerajaan bagitau.semua orang tersepit skang nih.sbb org skang tak nak untung skit tapi nak untung byk tapi hasil cincai.saya ada satu kisah benar nak bgtau. makcik ni org kedah berniaga kuih dari dulu smpi skang sebiji kuih 10sen.caya tak.dia kata ada untung,malah sedap lagi kuihnya krn bahan2 cukup smpi ada peniaga kuih lain tak senang dgnnya sbb jual kuih murah.nasihat dia yg penting ikhlas n jujur krn dr situ org akan datang membeli.dia kata dlm sejam je kuih2 dia habis.macam2 kuih dia buat.ni yg buat saya bengang ngan peniaga kuih2 ni. 3 serinngit pun da x dpt. 5 biji 2rgt.berbeza giler.tu la apapun kita still mampu survive utk hidup. yang ada still bleh hidup mewah lagi. kalu tak masakan ada yang bleh kete baru lagi skang nih. saya selalu terpandang plat kete baru kat atas jalan. pelik juga kata harga minyak mahal,tapi bleh plak beli kete baru. apa yang penting kena lah berjimat cermat, buat tabungan, kurangkan makan luar, banyakkan bersedekah. sebab orang yang selalu bersedekah insyaallah murah rezekinya.yg dimaksudkan murah rezeki tu bkn sbb akan dapat duit banyak ye, mgkin kenaikan pangkat,sihat tubuh badan, tenang kehidupan walaupun dgn mcm2 masalah skang,mgkin dapat makanan dr jiran tu pun dikira rezekin namanya.mana la tau poket tgh kering nk beli makanan tiba2 jiran sblh bwk mknan. jimat da ari2 xyah beli.dalam hidup tak selalunya indah.kita juga tak selalunya akan dapat apa yang kita nak.sbb kalu slalu dapat je kita takkan tau erti bersyukur.kalu slalu merungut je tupun tanda kita tak bersyukur.apa kata kita bersyukur sbb minyak da turun serta mohonlah pada Allah mtak kerajaan turunkan lg harga minyak.pastu mana tau harga brg plak turun.apapun perancangan manusia Allah yang menentukan kerana kita hanya berusaha.selebihnya bertawakkal je lah. Allah yang menggerakkan setiap perbuatan kita.betul tak.ok lah da panjang lebar plak nih kang ada plak yang marah. selamat beramal!!!!adiosssss.

    BalasPadam
  14. Datuk Shahrir Samad ni, hipokrit. Dulu masa depa jaga Public Account Committee (PAC), bukan main hebat dia tunjuk taring. Semua orang tak betul, semua orang bukan kerja tak betul, tak ikut aturan, tak ikut pekeliling.

    Sekarang bila dah pegang jawatan, terbalik laa pulak. Tulah omputih cakap, life will treat you as how you treat life.

    Dia cuma sibuk pergi pasar, hypermarket, tapi pernah ke dia pressure persatuan pengeluar ayam, pemborong dan sebagainya untuk menurunkan harga?

    Semalam, Pak Lah suruh kita guna kuasa pembeli. Pak Lah pergi pasar? Pak Lah pergi supermarket? Pak Lah makan roti canai pepagi? Cadangan itu sama seperti seorang pemilik kereta BMW menyuruh orang yang selalu naik bas, jangan naik bas sebab tambang mahal. Lebih kurang macam tulah.

    Masalahnya sekarang, menteri kabinet yang ada cuma pandai bercakap dan berhujah tetapi lemah apabila berkait dengan kepentingan rakyat majmuk.

    Mudah sahaja. Turun padang dan pressure pengeluar, go to the root and don't just sit there and keep on making political comments.

    BalasPadam
  15. saya setuju... harga minyak naik.. harga barang naik.. kenapa bila harga minyak turun.. harga barang tak turun2...

    BalasPadam
  16. Setuju dengan keluhan rakan-rakan senasib..

    BalasPadam
  17. Cuba tinjau area Sabak Bernam... semasa harga ayam di Melaka RM4 seKG, di Pekan Parit Baru dan mencecah RM6.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.