Khamis, Oktober 09, 2008

Maid!

Siapa cuci pakaian kotor? Maid!
Siapa jaga anak? Maid!
Siapa mandikan anak? Maid!
Siapa tidurkan anak? Maid!
Siapa basuh berak anak? Maid!
Siapa kemaskan rumah?
Siapa mop lantai? Maid!
Siapa bersihkan sawang? Maid!
Siapa pergi pasar beli barang mentah? Maid!
Siapa masak makanan? Maid!
Siapa layan suami? Maid!

Mudahnya kerja isteri zaman sekarang ..

Siapa kahwin dengan suami? Maid!

Maid dibayar gaji RM350 se bulan tu?

Yup!

19 ulasan:

  1. kesian maid... nasib baik sy tak der maid.. dah nasib badan. Tak dapek eden nak tolong...

    BalasPadam
  2. Azlin, ada maid senang hidup tetapi kekadang sengsara! Saya pun tak ada maid ..

    BalasPadam
  3. gaji maid sekarang RM500. Kalau rendah dari tu, x mau masuk Msia.

    BalasPadam
  4. betul tue maz, macam jiran saya tu guna maid sampai basuk kereta pun maid dia yang buat. saya tak mampu pakai maid. dulu keluarga pernah guna maid dari selatan siam, tapi orang siam ni tahu nak bercinta je sampai bil telefon melambung tinggi... kerja tidak profesional macam maid dari indonesia yang mmg di latih.

    kadang-kadang nasib juga dapat maid yang tak tentu hala.

    BalasPadam
  5. salam en mazidul..saya takdak maid sbb sy hanya suri rumah tangga. ttp adik ipar sy ada maid.

    Mengemas rumah,cuci pakaian dan mengasuh anak2..sekalipun tak pernah di suruh cuci kereta..masakpun tidak.....

    di bayar gaji rm 400....nak hp di belinya...utk majikan bertanya khabar anak2 di rumah.ttp bila dah dapat hp...takdak kerja lain bersms dan bersembang memanjang.


    suka masuk rumah org pulak tu..di buatnya seperti rumah dia.Biasalah tinggal di rumah teres...yg bekerja tu ambik maidlah..masa tu lah depa sembang sesama depa. Itu tak kena ini tak kenalah. Padahal nak ambik depapun rm 5000 dah...tp nak buat macam mana itu satu keperluan. Walau apapun tak semua maid macam tu...ada yg baik sangat2...itu kira rezekilah...


    pendek kata saya lebih aman tak ada maid..kalau setakat panggil hari2 minggu utk mengemas rumah tu bolehlah.Itupn sy lebih suka org2 Indonesia...sbb kerjanya bagus banget........

    BalasPadam
  6. Isteri saya bekerja dan dia pernah bercadang untuk upah seseorang utk datang mengemas rumah semasa kami keluar bekerja. Tak perlu tinggal bersama. Tapi sekarang mungkin tidak perlu langsung sebab kami tingga bersama ibu bapa.

    BalasPadam
  7. Akmal,

    Buat apa guna maid, baju kita, makan kita, keperluan kita, sendiri bikin lar..
    saya bukan anak raja.. bukan juga anak hartawan. semuanya dibuat sendiri. tugasan dalam rumah buat sama-sama, baru ikut pepatah susah sama2, senang sama2. Didiklah anak2 untuk berdikari lebih2 lagi ajar mereka untuk tolong ibu bapa. Orang dulu2 pun tak pakai maid.tak ada pun air paip hingga dalam bilik air rumah, tak juga petik suis lampu menyala.. semua buat sendiri. tak pakai maid pun... simpan duit tu, buat umrah lagi elok.
    sekadar pendapat..

    BalasPadam
  8. wat pe nak gune maid??buang duit je..bende2 tuh sume leh wat sendiri and lebih baik dr maid yg buat..byk kelebihan dan kebaikkan kalo keje rumah sendiri yg wat...
    memg sekarang zaman moden, suami isteri keje tapi kalo same2 tolong menolong mesti ok.

    BalasPadam
  9. "Siapa kahwin dengan suami? Maid!" hahahahahha....ayat paling best sekali...hahaha..tergolek kerusi saya baca nieh hahahahahaha..

    BalasPadam
  10. 'Siapa layan suami? Maid.'
    waaa... ini dah tahap bahaya nih..

    BalasPadam
  11. last time saya ada maid...tapi tak payah dah la...susah nak dpt maid yg baik...keja kemas umah tu satu hal laa, tak teruk pun sbb umah apartment kecik...tapi yg tak bestnya, dia macam nak ganti jadi mak kepada anak2 pulak...semua bendanya dia nak buat...kita ada kat umah pun dia nak buat jugak...anak nangis pun, dia jugak nak pujuk kononnya anak tu nak kat dia je...

    adui laa...lama2 mana bleh tahan...kita nak duduk ngan anak pun, dia sibuk...kalau duduk tengok tv skali takpe laa tak kisah...ni, mesti nak cakap2 and tunjuk2 that dia bagus laa jaga anak...

    skrang ni bila dah antar dia balik, ok laa skeet...setakat keja umah tu, gilir2 ngan hubby...pasal anak tu, antar je nursery...tak le manja sangat nanti...senang nak bercampur ngan org ramai...

    anak2 pun dah makin rapat ngan kitaorg...sbbnya, maid dah takde nak manja manjakan diaorg...

    ada maid pun susah...takde pun alhamdulillah...barulah suami isteri bleh keja sama2 jaga anak and rumah...

    BalasPadam
  12. Ade ke maid yg 350 sbulan skrg nih?. Mcm tak caya je.

    Kami ada gajikan maid utk mak kat kg. Mak tak mahu tinggal dibandar. Puas ajak mak juga tak mahu. Mak cakap tak mahu mnyusahkan kami. Dan kat kg mak ramai kawan. Setiap hari pasti ada kwn2 dia yg dtg mnjengah. Stakat ni tak nmpak masaalah. Mak suka, kami tak dapat nak bantah. Harap dia jaga mak kami dgn baik.

    BalasPadam
  13. Arryani, maid dibayar RM350 tu kata 'Tuan, saya ngak mahu gosok baju ya'

    BalasPadam
  14. Salam,
    Air tangan yang melaksanakan yang membuat kasih sayang bertambah. Tapi.. kalau semuanya dari air tangan maid, tidak mustahil kasih sayang tertumpah kat maid. Hati2....

    BalasPadam
  15. Terus-terang cakap, maid bnyak membantu. Ye lah ,tu mmg keja dia pun. Tapi sekurang2nye mak gembira tinggal di kg. Apa yg kita nak buat lagi selain mengembirakan hati mak.

    BalasPadam
  16. pakcik saya pun kahwin dgnm aid jugak (bini no-2)

    BalasPadam
  17. pendapat sy lps bace bnyak entry dlm blog ni..

    isteri bile dah ade anak2.. memang kerja sibuk (ni yg suri rumah, blum lg yg keje). saya tgk mak saya, dulu2 ms sy masih skolah.. adkberadk 7.. sepanjg hr sibuk.. hantar anak, amik anak. anak2 skolah 2 sesi plak tu. basuh baju, sidai baju, lipat baju. masak, basuh pinggan, kemas rumah. gosok baju ayah.. siapa yg fikir jd surirumah tu cm rehat2 kt rumah n tgk drama mmg salah. itu ms awal2 kawen anak sorg 2 yela. mstu kesian tgk, nak tolg.. tp mak kata xpe, siapkn homework n study tu dah cukup menolong mak. alhmdulillah skrg smua stdy bagus2.

    ok, itu kisah saya n ramai lg surirumah rsny.

    bila dah sibuk mcmtu, ada ke masa nak bersolek?? ada ke masa nak g gym kuruskan badan dan nampak cantik sntiasa?? ada komen yg sungguh2 mengutuk isteri yg gemuk n hodoh. ckp xpandai jaga diri.

    kalau seorg suami tu betul2 bertoleransi dan berfikir.. tolonglah keje rumah tu spy isteri kurg beban dan ada masa utk bersolek. takpun, hire maid tolong sikit2 kerja yg bnyak.
    ni tidak, sibuk smpi xde masa jaga badan salah, hire maid pun salah.. semua benda yg isteri buat salah. pdhal, si isteri berkorban kecantikn utk lahirkan anak, utk keluarga demi perasaan kasih syg yg ada dlm diri dia. bukan perempuan xnak cantik, sbaliknya fitrah perempuan utk sentiasa nampak cantik dan anggun lbh dr lelaki.

    jd tolonglah jgn hnya menuding jari pd perempuan. jd la org yg sentiasa berfikiran rasional dan bertolak ansur. jgn nak senang n bes je sentiasa.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.