Sabtu, Oktober 11, 2008

Perceraian Harus Terjadi?

Bercinta, saat indah sukar dilupakan.

Bertunang, durasi memahami karekter pasangan.

Berkahwin, tempoh perkongsian hidup sah antara dua insan.

Bercerai, tika lupusnya saat indah, persefahaman dan perkongsian suami dan isteri.

Justeru, mengapa kejadian ‘buruk’, PERCERAIAN harus terjadi?

Sedangkan segalanya dimulakan dengan ‘pakej indah’, percintaan, pertunangan dan perkahwinan ..

18 ulasan:

  1. salam,
    berkahwin bukan untuk bercerai,
    ada yang bercerai kerana itulah pilihan mereka,
    ada yang tercerai kerana itulah takdir untuk mereka,
    ada yang tercerai kerana unsur-unsur ketiga dan seterusnya,
    ada yang bercerai kerana saja nak tempah bala, he, he....

    my 2 cents opinion, apa pun duda or janda, hidup mesti diteruskan dan kepada pencipta yang MAHA ADIL LAGI PENYAYANG kita harus berpegang teguh dan berserah.

    BalasPadam
  2. hmmm, persoalan yang tak pernah terungkai, bak dialog dalam file Sepi "Buat apa bertemu jika untuk berpisah.."

    Pada saya semua tu disebabkan satu sikap, iaitu HIPOKRIT, semasa bercinta, berkasih, kita tak penah bersikap jujur terhadap pasangan, kita berlakon, cuba jadi Mr @ Miss Perfect, berlagak baik, romantis..

    Bila dah kawin, masing-masing dah tak larat nak berlakon lagi, baru masing-masing menonjolkan peribadi diri yang sebenar, bilamana rasa tak puas hati dengan sikap dan peribadi pasangan, maka di situ titik tolak bermulanya penceraian....

    Oleh itu kalau nak mula cari pasangan bercinta atau berkasih, cubalah jadi diri kita yang sebenar, jika si 'dia' boleh menerima, InsyaAllah, kekal selamanya.....

    BalasPadam
  3. divorce..

    kena check semula waktu2 bercinta bertunang berkahwin..

    (:

    BalasPadam
  4. haiyoo... takutnya nak kahwin.. sedangkan lidah lg tergigit, ini kan pula suami isteri..

    sbb pertama dah tak sehaluan, kita tak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.. kita kata tu dia kata lain..mcm nak berdebat pulak..

    masa bercinta mmg lah manis.. jiwa masih muda..yg buruk pun nmpk cantik..mana taknya..kalo boleh segala yg buruk nak disimpan.. bila dah kawin pecah semua.

    lg parah bila berlaku masalah dlm rumah tangga, org luar masuk campur..huru-hara jd nya..

    pastu berkahwin dengan pasangan yg tak dikenali.. pendek kata pilihan org tua.. main redah jer.. sedangkan hati kita terpaksa utk menerima..hiduplah tanpa hati dan perasaan.. bahaya!

    BalasPadam
  5. bila pakej yang diberi tidak mengikut perkembangan semasa (perkembangan dan kehendak pasangan) or terdapat pakej baru dan terbaru di pasaran.

    p/s- anything relate to demand n supply (economy theory)

    BalasPadam
  6. Tanpa nama, bukan apa, kesian anak2jadi 'mangsa'.

    Kucheng, banyak perkara dalam rumahtangga tak bisa dijangka.

    Nurilahi, bila dah kahwin memang banyak kena check, banyak sangat.

    Azlin, amboi! Macam lama dah kahwin yer?

    Belibuy, huh! banyak pakej lain yer?

    BalasPadam
  7. abg mazidul, sy tak kahwin pun lg.. tp sy byk belajar dr pengalaman org lain.. so, kita jgn buat kesalahan yg d'org pernah buat sampai boleh tercetusnya penceraian.

    BalasPadam
  8. ada yang tak pernah puas dengan yang satu dan sentiasa mencari yang 'terbaik' kononnya.
    kesudahan...ada yang gila talak...emm.

    BalasPadam
  9. salam..
    bab ni memang banyak penyebab dan akibat.kene pikir dulu sebelum bertindak.

    kalau satu dah jadi api, yang lagi satu kene la jadi air..kasi sejuk.baru la ok.macam air panas, kalau dicampur dgn air panas jugak, mane boleh kita minum..betul tak?.air panas kene campur air sejuk..tak pon campur ais sket dulu baru la boleh diteguk air tu..

    penceraian selalu berlaku bila kedua-duanya taknak mengalah..asik nak tuding jari je.maaf dan memaafkan tu penting.

    apapun..mahasabah diri sendiri.
    bak kata Nabil "lu pikirlah sendiri"...pikir yang tebaik dan akibat dari tindakan yang kita buat.

    BalasPadam
  10. setiap orang pengalaman yang dilalui tak sama, pasangan hidup pun lain-lain. Nak cari yang sehaluan memang sampai mati takkan jumpa, cuma kena cari yang beragama yang tahu kenapa berkahwin, kenapa mesti bersabar dan kenapa perlu bercerai? Bercerai adalah langkah PALING AKHIR yang perlu diambil. Mudahnya perceraian sekarang ni sebab banyaknya anasir di luar rumahtangga dan juga dalaman suami isteri itu sendiri yang lemah. Jiwa yang rapuh!.

    Mazidul,

    Yang tak bercerai pun anak-anak ramai yang huru hara, ini pengalaman saya melihat jiran tetangga yang mana ibu bapa tak bercerai tapi masing2 dah berlainan arah. Kalau ibu bapa sayangkan masa depan anak-anak tak berlakulah perceraian dan PENGABAIAN.

    zuny

    BalasPadam
  11. kita xde pakej pun.. lgpun dalam islam sendiri telah menetapkan pakej sekiranya memilih isteri.. so fikir2lah sendirikan

    p/s- nk tangani isteri biar la berpada..jgn lupa mereka tetap tulung rusuk lelaki

    BalasPadam
  12. Hidup berumahtangga tak pernah lari dari dr pertelingkahan dan rasa tak puashati antara pasangan.

    6 cara utk luah rasa tak puas hati pd pasangan,

    1 tambat hati pasangan sebelum memilih masa yg sesuai utk bgtau ketidakpuasan hati,

    2 masa kena betul sebelum anda nak bedil dorang. Sebaiknye tengah kenyang.(Ni pakar yg bgtau, bkn saya)

    3 Guna kata yg lmbut dan manis. Jgn menengking(walaupun bom jangka dah meledak dlm hati, cuba kawal)

    4 Jgn libatkan org lain, Seeloknye jgn ada org lain walaupun anak

    5 jgn mnyalahkn pasangan 100%. Akui juga kelemahan diri

    6 Jaga maruah pasangan walaupun perasaan anda terguris. Jgn sesekali mnghina atau merendahkan pasangan. Sebaliknya cuba berikan nasihat atau cadangan utk perbaiki perhubungan.

    Semoga tips diatas dapat menjauhkan anda dari fasa yg memeritkan dalam sebuah kehidupan berumahtngga.

    BalasPadam
  13. perkahwinan umpama satu pertaruhan.. setiap yang dilakukan ada risikonya.. lebih2 lagi jika berkahwin dengan pilihan keluarga.. dapat pula suami yang tidak pandai membaja hati isteri dengan kasih sayang.. jika asasnya sendiri sudah tiada, isteri nak bergantung pada apa?? bila persefahaman semakin menyimpang, perceraian adalah jalan terbaik.. tiada siapa pun yang suka menempuh keruntuhan rumahtangga, lebih2 lagi bagi isteri.. pahitnya hanya Tuhan yang tahu..

    BalasPadam
  14. kadang2..ape yg kita harapkan tak semua menjadi kenyataan..

    ibarat juga perkahwinan.. ada pro n kons nya...ada baik dan pincangnya kalau tak pandai utk menjaganya..

    siapalah kita nak menilai kenapa org bercerai..

    yg kita tahu..jaga le rumahtangga kita sebaik-baiknya.. tangani masaalah bersama..hidup bahagia..kekal selamanya.. insyaallah..

    (cheh..cam pujangga pulak ayat aku..hehehe)

    BalasPadam
  15. Gaduh-gaduh dalam rumahtangga ni macam asam & garam dalam gulai. Kena letak sedikit barulah sempurna rasanya. Dalam perkahwinan, kalau tak gaduh, tak ada rajuk dan pujuk rayunya.. 'give n take'.jangan sampai cerai.. tak best hidup sorang-sorang.

    Tapi kalau dah ada berlaku penzaliman dan memudaratkan, mungkin perlu juga dipertimbangkan tentang cerai.last choice.. kita manusia biasa.

    BalasPadam
  16. Saya ada lebih daripada 5 kawan yg sudah menjanda... tapi kawan duda belom ada lagi... mungkin faktor umur kahwin muda antara penyebab penceraian... masing2 belom kenal dunia dan belom kenal hati budi masing2....

    BalasPadam
  17. Abang Hajib,
    orang dulu-dulu kawen lagi muda, umur belasan tahun, tapi kekal ke cucu cicit...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.