Rabu, Oktober 29, 2008

Mungkinkah kita?

Jika kita mampu tahu kejadian bakal berlaku esok, mungkinkah kita ..

Takut meneruskan hubungan bersama pasangan ..
Takut memandu kenderaan di jalan raya ..
Takut keluar dari rumah ..
Takut ke institusi kewangan ..
Takut ke tempat kerja ..
Takut makan dan minum ..
Takut berada di bangunan tinggi ..
Takut ke pusat perubatan ..

Atau mungkinkah kita bergembira hari ini?

16 ulasan:

  1. takut utk menghadapi kenyataan kot... wallahualam...

    segalanya berkemungkinan..!

    BalasPadam
  2. kenapa harus takut? esok lusa bukan di tangan kita...kuasa Allah segala2 nye..memang apa2 yang terjadi sudah ditakdirkan..tp dengan berdoa dan berusaha kita boleh mengubah takdir tersebut...macam lirik lagu Datuk Siti..walaupun apa yang terjadi..berjalanla tanpa henti..hmmm...

    BalasPadam
  3. bukan takut, mungkin lebih berhati2.. ataupun mengambil langkah untuk mencegah sekiranya ia suatu keburukan..

    BalasPadam
  4. ada buku besar menyatakan - 60 % daripada perasaan takut kita datang dari prasangka kita....

    BalasPadam
  5. Mungkin kita akan lebih berhati-hati dalam melayari kehidupan.. Atau mungkin kita langsung tak mahu melangkah setelah tahu akan segala musibah yang sedia terhidang di depan mata sebelum berlakunya ia..!!
    Saya rasa oleh kerana itulah kita diharamkan untuk menilik nasib dan mempercayai sebarang ramalan hidup kerana dikhuatiri akan terjadi perkara yang sedemikian..
    Kita ini insan jahil yang seperti sebatang paku dimana perlu diketuk untuk bergerak kerana kita hidup dalam landasan yang telah diberi oleh Tuhan dan hidup mengikut qada' dan qadar oleh-Nya.. Jadi saya rasa tak akan ada orang yang betul-betul boleh meramal masa depan..

    P/S:- Tukang tilik pun makan nasi bungkus je hari-hari.. diorang kaya kalau ada orang yang kurang cerdik untuk meminta tilikan mengenai nasib..
    Lepas tu mintak bayaran tinggi..
    Bukan nasib kita yang bagus, nasib si tukang tilik yang bertuah..!!

    Adios..

    BalasPadam
  6. Saya rasa, perasaan takut memang akan sentiasa ada. Takut sebab kita tau bila kita akan sakit atau bila kita akan mati.

    Yang bagusnya, kita boleh buat prevention awal-awal sebelum terkena...

    BalasPadam
  7. takut untuk teruskan hidup..kalau kita tahu esok yang bakal menjelma..smuanya buruk2..

    tapi.. kita x elok berburuk sangka pd ALLAH kan? setiap kejadian tu smua ada hikmah..

    i'm ready to be challenge..

    BalasPadam
  8. takut untuk banggun pagi....tahu apa yang bakal berlaku esoknya

    BalasPadam
  9. bang saya ni 2-3 hari sekali masuk blog abg ni, tapi semakin lama semakin pendek ceritanya...rasa tak puas lah baca...he.he.he.

    BalasPadam
  10. Kalo bleh tahu apa akan jadi esok, bertaubat cepat2 la.

    BalasPadam
  11. salam mazidul..entahlah kadang2 tue terlepas gak dalam hati,'kalaulah aku tau apa nak jadi kat aku,mesti senang skit..aku bleh bersedia,...'.tapi itulah manusia xpernah bersyukur..apa yang tuhan dah kasi tak pernah berterima kasih..semua yang tuhan ciptakan itu pasti ada sebab musababnyer..pasti ada hikmah disebaliknyer..DIA tak mahu kita tahu ttg apa yang akan berlaku dimasa hadapan coz DIA tak mahu umat manusia hanya berdiam diri sekiranya dah tau mereka akan senang,dan tak mahu mereka yang akan berdukacita merasa sedih...jadi semua makhluk sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini perlulah berusaha untuk menjadi hamba yang paling bersyukur dengan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan walau seribu dugaan yang mendatang..Anggaplah segalanya sebagai ujian Allah untuk menguji sejauh mana kita beriman dan percaya kepada qada' dan qadarnya..jadi tak perlu kita takut untuk terus hidup didunia ini walaupun kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada kita...doalah pengubat segalanya..BERDOALAH KEPADA NYA...INSYAALLAH...WASSALAM..

    BalasPadam
  12. hampir 40tahun atas dunia ni saya hanya mampu berkata, hidup ni memerlukan kesabaran, perjuangan, berdoa, berusaha, berwaspada dan bertawakal.Tiada siapa mengetahui apa nasibnya esok hari. Hanya berdoa yang baik-baik sajalah.

    Perjalanan hidup ni ibarat perjalanan dari utara menuju ke selatan melalui highway, kena singgah bayar tol, masuk toilet di R&R, lepas tu singgah isi minyak kat Petronas, minum air, adakalanya tayar kereta pancit, anak meragam dalam kereta, pelbagai.

    Hidup mesti diteruskan hingga perjalanan berakhir ke destinasi dengan selamat. InsyaAllah

    BalasPadam
  13. Takut untuk gagal dalam hidup... tapi jangan ambil terlalu serius.

    BalasPadam
  14. Salam,
    Dol..
    hidup ini umpama seorang kembara yang sedang berjalan. Perjalanan ini telah pasti ada hentiannya. Kita hanya diberi sekadar waktu untuk menikmati dan menilai diri di muka bumi Allah. Lantas, dalam kehidupan yang begitu sementara ini, apa saja yang telah kita lalui, ambilkan ia sebagai panduan, sempadan, iktibar untuk kita lalui masa masa depan.

    Perkataan 'jika kita tahu apa yang berlaku pada masa depan itu' hanya boleh merujuk pada titik noktah perjalanan ini kerana itulah yang kita telah benar benar PASTI kewujudannya.Pun begitu..bilakah detiknya??? kita tidak diberitahu..

    Ketakutan ialah perasaan yang diujudkan untuk mengimbangi ego dan sombong kita..Biarlah takut kita bertukar menjadi Takwa kerana di situ ada nilaian di sisi Allah.

    Perasaan takut yang lain ujud kerana kita adalah manusia biasa..

    Do you have any kind of phobia?
    BEAT IT!

    wallhualam..

    p/s teringat belajag big big words about phobia waktu SAT..

    BalasPadam
  15. Akmal,

    takut tak datang masa nak buat dosa..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.