Rabu, Oktober 08, 2008

Walhal

Salah faham seringkali terjadi dalam hubungan sesama manusia.

“You bagi tau I betul-betul, you kat mana sebenarnya? Tu bunyi muzik punya kuat kat belakang tu! Macamlah I tak dengar! Ingat I ni pekak? You kat disko ya? Penipu!,” dakwa si isteri, sakit hati meletakkan gagang telefon.

Walhal suami pada ketika itu sedang minum bersama rakan lelaki di gerai tepi jalan berhampiran kereta dilengkapi sistem bunyi terkini, berkebetulan diberhentikan pemandu di kawasan sama.

“Semua orang nampak you dengan girl tu duduk dua orang kat Secret Recipe. Duduk kat luar lagi. Langsung tak ada segan silu! Bersembang punyalah mesra. Cuma tak bertepuk tampar saja. Makan cakes three pieces lagi, satu tu kira share la ya? Siapa dia tu? Pesaing I? Tak payah nak bagi seribu alasan!,” tanya teman wanita dalam kesamaran lalu menoktahkan perbualan.

Walhal wanita dimaksudkan, isteri sahabat sedang di bilik air.

“Habis? You ingat I ni buta? Kereta tu siap berhenti depan rumah hantar you balik kerja semalam. Semua jiran nampak la. Berani you ya? Ingat tau, I ni laki you, bukan lelaki dayus kutip tepi jalan!,” marah suami kepada isteri.

Walhal lelaki itu suami kawan sepejabat isteri berkebetulan ingin mengunjungi saudara mara tinggal berhampiran rumah.

Jutaan kejadian lain menimbulkan persoalan berlaku dalam kehidupan seharian. Pentingnya ada pihak perlu memberikan penjelasan manakala pihak satu lagi bertindak mendengar sebelum membuat keputusan terburu-buru.

Malang, ketika jiwa dibelenggu emosi dan kemarahan teramat, sering mata, telinga dan hati, buta, tuli dan tertutup.

18 ulasan:

  1. Walhal...
    Kadang2 bila berlaku ketegangan seperti ini, benda yang betul pun akan dikatakan menipu..hinggakan menjadi keliru...

    BalasPadam
  2. Anntaj, walhal banyak masalah boleh diatasi sekiranya ramai sentiasa beterus terang agar tidak timbul kekeliruan ..

    BalasPadam
  3. macam mana nak berterus terang kalo belum sempat nak bukak mulut, dah kena tembak dulu, mati akal dibuatnya..
    kita tak buat dikata buat, karang kalau buat betul2 baru tahu..

    BalasPadam
  4. actually..benda ni xde la complicated sgt..

    1st, dun be too emotional.
    2nd, patience.
    3rd, try to be open minded.
    4th, kena tau cara-cara nak comfort each other.. contoh nye, masa nak terangkan cerita sebenar, kena pegang tgn, or bahu, or anything to comfort him or her..

    heh.. dat's my 2 cent..

    BalasPadam
  5. kerana itulah, biarkan kemarahan reda sebelum menyoalsiasat.. selalunya bila sedang marah, akal menjadi cetek kerana dikuasai oleh nafsu amarah.. seringkali perkara2 yang tidak diingini berlaku ketika sedang dikuasai oleh sifat amarah..

    BalasPadam
  6. Suami dan isteri bukan sahaja berbeza fizikal malah berbeza pengalaman dan rasa. Namun perbezaan itulah yang mengikat antara satu sama lain tanpa disedari.

    Kesabaran dan tolak ansur memang perlu kecuali kalau memang dah tak suka.

    BalasPadam
  7. Sedangkan lidah lagi tergigit...

    BalasPadam
  8. Semuanya sebab cemburu. Bila dah cemburu, terus tak fikir panjang.

    BalasPadam
  9. kepercayaan lebih penting dan lagi tinggi nilainya dari cinta...tanpa kepercayaan...wujudkah cinta? ;)

    BalasPadam
  10. Nik, cinta boleh wujud tanpa kepercayaan tetapi huru hara la kut.

    Knowlee, lelaki jarang cemburu membabi buta. Ya ke?

    Mimi, lidah kalau selalu sangat tergigit, pedih. uh!

    Demang lebar daun, kalau berbeza sangat susah, kalau sikit itu lumrah.

    Nurdaniella, bila marah, tarik nafas, berundur seketika untuk merenung kembali tindakan sendiri.

    Azli, 'kita tak buat dikata buat', tu la, kita saja tahu ..

    BalasPadam
  11. abg mazidul & mimi, lidah kalau selalu sangat tergigit, tu maknanya ader org mengumpat. haha...

    BalasPadam
  12. salam..!

    byknya walhal...
    ape2hal pun.. jgn terlalu emosi...selidik dulu sebelum menuduh....

    BalasPadam
  13. akmal,
    kalau hari2 tergigit lidah, haru juga..hilang deria rasa.. tu yang hilang rasa manis.. masam.. masin..
    ape pun jangan buta hati..diri sendiri juga yg rugi. orang lelaki, yang dilarang itu godaan, suka sangat nak buat..

    BalasPadam
  14. huru hara? tapi kengkadang dalam rship nieh tak der huru hara tak best jugakkan..nak jugak ada huru hara...baru laa stylo d milo...hahahaha..maksud saya..baru laa lengkap..ini kalau aman jer memanjang..bosan jugak koot...sebab time huru hara tuh laa kita kenal perangai masing masing...

    BalasPadam
  15. Makin larang, makin nak buat dorang nih. Pokok pangkal hati msing2. Kepercayaan pnting dlm sebuah prhbungan. Yg buat tak percaya tu, sbb dah terkantoi.Pas tu jgn la nk salahkan bila pasangan kita tak percaya kan kita. Nak lupakan kes kantoi tu bkn sng. Makan hati gak ape.Tak kan kalo tak ade sebab, pasangan kita boleh curiga. Mesti ada kes lapok. Atau "hutang lapok" yg blum settle. Whatever lah.....

    BalasPadam
  16. Ermmm...setakat ni lelaki-lelaki yg saya jumpa majoriti kuat cemburu. Ada la sorang dua aje yg takde perasaan lansung.

    BalasPadam
  17. mcmana pulak klu yg ditanya tu mmg betul?cuma teman lelaki susah nak mengaku sbb dah kantoi?lps tu mula la nak naik angin sbb konon nya tuduhan melulu & cemburu.lps tu menyalahkan pihak perempuan balik.
    i experienced this many times.tp bila si teman lelaki lain mula minat si perempuan ni,cemburu nya ya rabbi.bole bwk bunuh membunuh.kelakar kan?itu br lelaki lain menunjuk minat.blm lg curang mcm si teman lelaki td.kecoh la lelaki ni ;p

    BalasPadam
  18. bila marah, tanpa sedar fikiran dikawal oleh emosi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.