Khamis, Oktober 23, 2008

Tersinggungnya Orang Melayu

“Pukul 5 petang ni ada bantahan aman terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kota Damansara, YB Dr. Mohd Nasir Hashim, dia ada cakap sebahagian duit kutipan zakat boleh diagihkan kepada orang bukan Islam untuk mengatasi masalah kemiskinan,” kata rakan.

Lalu saya ke lokasi. Bukan sahaja protes dilakukan menggunakan banting malah poster wajah ADUN terbabit diconteng menggambarkan betapa tersinggungnya orang Melayu beragama Islam. Memorandum bantahan diserahkan kepada wakil YB di pejabat Parti Sosialis Malaysia, PRM jam 5.30 petang semalam.

Semalam dalam kenyataan akhbar, Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kenyataan presiden PRM itu tidak akan dilaksanakan.

20 ulasan:

  1. maunya tak tersinggung..

    bagi saya..ada baiknya.. wang tu disalurkan kepada org2 Islam itu sendiri...

    BalasPadam
  2. betul tu... org islam yg bayar zakat.. org bukan islam x byr zakat... mana boleh... itu pun org islam yg miskin x tertolong.. ni nk tolong org lain lak...

    bak org kata kera di hutan disusukan.. anak sendiri kelaparan...

    sekadar memberi pendapat...

    BalasPadam
  3. Tak faham kenapa suka memulakan isu macam ni. Bukan tak tahu akan sensitiviti masyarakat kita atau agama kita. Come on la......dah bosan dengan keadaan mcm ni.

    BalasPadam
  4. errr cuba baca ni - komen mufti perlis.

    ni baru pendapat sorang, kena cari pendapat ulama2 lain jugak la...

    tapi ye la, benda ni tak perlu la melenting sangat. nampak sgt kita orang Islam ni cepat emosi....

    isu yang paling penting dalam hal zakat ini sebenarnya pengagihan dan pemantauan. kita nak tau berapa dapat, berapa agih, sape yang dapat, sape yang tak dapat, kenapa yg patut dapat tapi tak dapat, betul tak sume golongan dapat i.e. muallaf, musafir, berhutang (along!!) fakir miskin... daripada 8 golongan ni, bagi saya, hanya amil saja yang dapat perfect, dengan bonusnya lagi.....

    majlis zakat ada audit ke...kalau ikutkan sejarah, baitul mal ni bila tutup akaun 1 tahun, sepatutnya biar akaun kosong, so maksudnya sume zakat habis diagihkan. kalau zaman khalifah umar abd aziz, rakyat makmur sampai duit zakat tak habis pasal takde yang layak. kita sekarang ni, duit zakat tak habis tapi yang memerlukan ramai lagi yang tak dapat!

    sume masalah ni masih tak selesai..kes yang dun selangor ni, dah selesai, MB dah jawab takkan bagi....so apa lagi nak marah, kalau MB kata boleh, barulah patut marah, itupun sebab ini hal agama, biarlah mufti ulama2 kita ulas dulu....

    info-jariah.blogspot.com
    info-kesihatan-anda.blogspot.com
    our-health-info.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera,

    1. Jelas orang yang mencadangkan supaya duit kutipan zakat diagihkan kepada yang bukan islam sudah memperlihatkan betapa dangkalnya fikirannya terhadap didalam berbuat kebaikan dan kebajikan.

    2. Saya percaya bahawa dia berbuat demikian semata-mata atas dasar politik semasa, untuk meraih sokongan dan kepercayaan daripada untuk berbuat kebaikan.

    3. Sekiranya diberi peluang, bila masa akan tiba saya berharap dia ini seharusnya dikebumikan di tanah perkuburan selain daripada perkuburan islam. bacaan talkinnya haruslah dibaca oleh tok-tok sami hindu atau buddha yang telah mendapat manfaat hasil dari wang zakat yang telah diusahakan oleh tuan ADUN kita ni semasa hayatnya.
    baru lah ADIL dan samarata namanya.

    BalasPadam
  6. dengar tuan punya badan cakap apa kat sini - http://www.malaysiakini.com/news/91817

    -----------------------
    info-jariah.blogspot.com
    info-kesihatan-anda.blogspot.com
    our-health-info.blogspot.com

    BalasPadam
  7. yang melarat,miskin,hina-dina,papa kedana,susah -payah di tanah air sendiri ini adalah orang dan bangsa melayu islam...bangsa-bangsa pendatang yg kafir hidup mewah,kaya raya,mengaut kekayaan bumi Malaysia ni...tak kan nak bagi zakat kat orang kafir pulak... Pemimpin PR memang buta kayu...sanggup musnahkan umat Islam demi kepentingan politik mereka...nak ambik hati orang bukan islam la tu...sampai nak serah semua hak mereka pada orang kafir...kalau boleh teloq dan lubang bontot depa pun nak kasi kot!!!

    BalasPadam
  8. ish ish ish.. rasanya semua orang Islam tersinggung.. tu duit zakat... ramai lagi orang islam yang susah yang perlu ditolong...

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    BalasPadam
  9. Haiya, nape laaaa diorang ni suka sgt putar belitkan hukum Islam? Bleh tak blaja agama betul2 dulu, then baru kuarkan kenyataan?

    Kalo org bukan islam, kan byk org kaya bukan islam dlm Malaysia ni. Pesal diorg tanak donate skit? Drpd nak guna duit zakat org Islam (kebanyakan yg bayar pun berpendapatan sederhana je).

    Heeee...please la. Stop making stupid statement la. Cuba la usahakan sumthing yg lebih berbaloi.

    BalasPadam
  10. http://pkrpasdap.blogspot.com/2008/09/teresa-kok-menyalak-lagi.html

    (abe MIE ada cakap pasal nie. jom ke bloh di atas)

    teresa kok nak saman sebab tak cakap macam tu sebab sedangkan dalam blognya dia bukan main lagi hentam melayu dan islam....

    itu sebenarnya idea teresa kok...semasa pilihanraya permatang pauh lagi...

    cadangan abe MIE- suruh PKR ambil wang zakat bina kuil hindhu atau gereja...baru demokrasi kot...

    BalasPadam
  11. pelik la.. kalau bukan orang Islam sendiri yang mempertahankan kesucian Islam, kita nak harapkan pada siapa?? macam mana la kaum lain nak respect pada melayu dan Islam kalau orang melayu sendiri yang memperlekehkan Islam.. sekarang ni dah jadi macam trend pulak.. untuk nak jadi popular, Islam yang jadi taruhan.. Islam yang dipermainkan.. beginikah pemimpin yang kita semua harapkan?? jangan nanti Islam di Malaysia jadi seperti rakyat Palestin.. merempat di negara sendiri..

    BalasPadam
  12. bukan ke setiap bangsa tu dah ada diorang punya organisasi.. kenapa pusat zakat nak beri pada orang yang bukan ISLAM?

    ya Allah..apelah nak jadi ni..

    BalasPadam
  13. Perkara nih sepatutnya diselesaikan dengan baik dengan minta pendapat dari orang besar islam sendiri,x payah lah nak ikut pendapat orang,aset orang islam yang membantu orang susah iaitu zakat,nape lak nak bg kat orang bukan islam.Agama len ader tabung mereka sendiri.Selesaikan tanggungjawab utama zakat iaitu bantu orang islam dahulu,nape lak nak bg orang beragama lain.

    www.afeazd.co.cc

    BalasPadam
  14. bukankah zakat itu hak orang Islam semata-mata?

    ermm...

    BalasPadam
  15. Orang kristian menguna dana yang banyak mengajak orang masuk kristian

    Cuba buka minda kita, kerana maksud muaalaf bukan hanya baru masuk islam sahaja, tetapi golongan bukan islam yang belum masuk islam juga di katakan mualaf.

    Zakat juga sebagai dakwah dalam membantu orang bukan Islam yang miskin. Jika kita ada niat dakwah isu ini tak timbul.

    Mereka akan kata sistem Islam ini baik kerana membantu Orang bukan Islam yang miskin.

    BalasPadam
  16. Sebnrya tak salah pun zakat tu dibahagi utk orang kafir dalam tujuan berdakwah..tapi rakyat muslim sendiri kat msia tu ramai yang tak cukup makan..hidup di bawah paras.

    Dan kalau di fikir pulak..apa usaha kerajaan dalam berdakwah untuk bangsa lain yang bukan muslim di Malaysia eh?.Serba salah agaknya.

    BalasPadam
  17. Tak payah bising la.... belajar hukum dulu, jangan bercakap pakai lutut.kata islam tapi pada nama malulah pada knowlee bagi pandangan yang bernas.bukan mengutuk tapi membina.

    BalasPadam
  18. harap tuan-tuan dan puan-puan selak kitab dulu jangan bercakap guna sedap mulut. Ada orang nama macam islam tapi perangai dan percakapan tak mengambarkan muslim sejati. malulah pada knowlee lagi pandai dari kita.

    BalasPadam
  19. alhamdulillah masih ramai yang sedar dan menyedari akan kecelaruan yang ada...

    pada sayalah...
    yang bercakap ni bukannya tak mengetahui dan senang cerita tak sekolah punya orang...tapi mesti ada sebab kenapa dia boleh bagi pendapat yang bodoh2 begitu...kalau budak kecik yg tak tahu apa2 mungkin la kita boleh cerita ini bapak orang dan pemimpin pulak tu...hah esok dia pandai2 jawab dengan Allah Taala.

    isu zakat....
    harta zakat patut dan mesti diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak dan berhak. Amil pun adlh tergolong dalam kategori asnaf yg lapan, kalau dah hak mereka apa yang kita nak soalkan...Tuhan dan gariskan begitu, apa kita nak melanggar hukum Tuhan ker....nauzubillah..kalau berani ?
    Para amil, mereka2 ini telah melakukan sebaik mungkin tugas mereka terhadap kita, bersaksikan Allah Taala...amanah & t'jawab yang dipikul biar mereka tanggung...kita yang kat luar nih mungkin tahu atau mungkin tak tahu apa2 ttg zakat..yg tahu buat cerita...tengok2 nah fitnah yang kita tabur, tak pasal2 dosa yang kita dapat....YANG PENTING TUNAIKAN ZAKAT...jangan hanya tahu bayar zakat fitrah jer....zakat yg lain tu fikirkan bersama.....

    cadangan....
    kita ada ZAKAT untuk orang2 Islam...dan kita ada CUKAI (LHDN) untuk semua orang....kenapa tidak kalau semua muslim membayar zakat yang natijahnya utk muslim sahaja....dan....semua non muslim bayar cukai yang agihannya mungkin untuk orang bukan islam sahaja...renungkanlah...

    BalasPadam
  20. apabila istilah zakat disamakan dengan istilah derma...

    dan

    apabila agama Islam dijadikan agama seMalaysia walaupun berbeza aqidah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.