Jumaat, Oktober 17, 2008

Murid Gengster

Mungkin ramai pernah terdengar mengenai gengster Cina. Setiap kumpulan punyai ‘taiko’ atau abang besar dan pengikut. Mereka dilaporkan sering memeras ugut mengutip wang perlindungan dan terbabit dalam pergaduhan.

Tetapi guru Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di Kangar, Azhana Ibrahim, 27 tahun tidak dibelasah gengster Cina. Dia dipukul dua anak murid sendiri berusia 14 tahun pada jam 10 pagi semalam. Azhana dikatakan menegur murid terbabit kerana menulis perkataan kesat dalam buku tugasan dihantar kepadanya. Akibatnya, dia ditendang dan diugut.

Laporan dibuat di Balai Polis Kangar dan siasatan dijalan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ganasnya pelajar sekarang.

26 ulasan:

  1. Bagaimana ilmu nak berkat sedangkan guru sendiri dikasari.

    BalasPadam
  2. Salam Abg Mazidul,

    Saya pelik bagaimana kejadian itu boleh dirakam melalui telefon bimbit (rasanya) kerana setahu saya telefon bimbit berkamera adalah dilarang dibawa ke sekolah. Skrg tak pasal2 nama sekolah tu dah glamour satu Malaysia.

    BalasPadam
  3. Siapa yang nak kita salahkan?? Anak2 ibarat kain putih yang kita corakkan. Ibu bapa SEMESTINYA memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Tetapi disebabkan kesibukan dalam bekerja, mencari harta dunia, kdg2 kita alpa. Jiran tetangga juga janganlah buat "donno' jer. Sama2 kita tegur meneguri jika ada yang tak kena, jgn bersikap lu siapa gua siapa..

    eh?? sori lah dah jadi entry @pp lak.. aku yg mengomen panjang jadinya..

    P/s @pp berenti kerja full time sebab nak jaga anak2 full time, bila tgk keadaan sekeliling, takut!!!!!

    BalasPadam
  4. Risau nak hantar anak ke sekolah skang. sama ada dibuli atau membuli tetap membimbangkan kita.Dirumah kita boleh kawal tapi bila diluar ia diluar pandangan kita.

    Untuk mengelakkan jadi mangsa buli elok hantar anak belajar silat,taekwando,wushu dsb.Untuk anak yang degil nih hantar je ke rumah2 kebajikan buat kerja amal setiap seminggu skali dgn pemantauan disamping hantar kerumah mayat belajar cara menguruskan jenazah. biar dia rasa insaf tgk mayat2 nih. menyusahkan orang betul kecil2 da biadap ngan orang tua apa lagi pendidik.pantang sungguh ditegur akhirnya penumbuk yang dapat...

    BalasPadam
  5. menakutkan betullah pelajar2 sekarang nih.. salah siapa 'ek??

    BalasPadam
  6. menakutkan... bukan saja ibubapa takut utk menghantar ke sekolah kerana masalah2 sosial yg boleh berlaku di sekolah atau di kalangan kwn2, guru pun akan berasa takut utk dtg mengajar ke sekolah....

    BalasPadam
  7. Eii bdk2 skrg menakutkan.. terencat sekejap nak jd cikgu. time sy sekolah dulu tak der pun mcm ni. Nmpak jek cikgu bwk rotan sume cabut lari. Tp skrg dah terbalik pulak.

    BalasPadam
  8. Mama Shahmi, sebab tu bila dah besar ramai jadi GRO.

    Zoul, gambar dirakamkan guru sekolah sama melihat kejadian terbabit.

    Akakpokpek, kekadang bila ditegur kita disepak mereka.

    Mawardesa, hanya sebilangan kecil murid begitu. Masih ramai berhati mulia dan menghargai guru. Itu saya percaya.

    Izana, kalau saya jadi guru, anak murid tak datang sekolah pulak, takut.

    Nurdaniella, sekolah kena ada guru disiplin garang macam dulu dulu.

    BalasPadam
  9. nasihat takkan meresap dalam hati yang mati.maka,kita kena hidupkan semula hati yang mati itu..

    teringat pada Rasulullah SAW..akhlak baginda ialah al-Quran...

    BalasPadam
  10. nak mengajar tak susah
    nak mendidik tu yang dah jadi payah
    payah sesangat dengan situasi skrg
    semuanya bebas dan terbuka

    BalasPadam
  11. hai abg mazidul.
    sewaktu menonton berita semlm, hati saya sgt sayu mengapa begitu teruk perangai pelajar2 skrg. mcm dh xde otak nk fikir. teringat saya sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya cukup takut utk melawan guru2. alhamdulliah skrg ini berkat doa dn tunjuk ajar guru2 disekolah saya telah menjadi seorg yg berjaya didlm bidang yg diceburi. saya cukup terhutang budi dgn guru2 saya.

    BalasPadam
  12. jiwa mereka kosong bebudak ni.....nak kata pengaruh rakan sebaya, tak jugak..sebab "asas" dah tak strong...hmm..sian bdk2 sekarang ni...mak bapak sibuk pikir hal dunia semata2..anak2 dibiar sebab tu boleh jadi camni..hmm..kita pun takut jugak..masa ni anak2 kecik tak rasa..bila besar..mungkin rasa..

    BalasPadam
  13. Uncle mazidul, kalau nak diikutkan hati, saya fikir elok saja cikgu tu TIDAK MENGHALALKAN ilmu yang yang telaj dia ajar sampai hari kiamat....

    BalasPadam
  14. anak murid su wpun skolah rendah tp dah pandai melawan...

    baru2 ni ade yg tertangkap dgn su sbb melakukan perbuatan lucah dlm bilik air...punca drpd video lucah & aksi lucah dlm hp org dewasa...diorang budak2 xtau ape....diorg ingat ape yg diorg buat x salah...jadi sbb tu diorg mencuba...

    macam2...huhu

    BalasPadam
  15. ish..ish..budak2 sekarang..kuang ajaqq betuillah..!!!

    depa ni patut dpt cikgu macam sarjan misai tu..baru takut sikit..sekali kena sergah..nak terkecing semua ada..!! haa...rasakan..!!

    kecik2 lagi dah tak hormat pada cikgu..mana ilmu nak masuk.. pasai tu lah pakat2 bodo semua ni...

    BalasPadam
  16. Saya ada tgk berita tu dlm Bulletin Utama. Dan perkataan pertama yg saya sebut, "Budak-budak tak guna!" (actually ada bahasa lagi kasar tp tak elok tulis kat sini).

    Camna parents diorang ajar diorang? Baru form 2 dah kurang ajar camtu. Saya dulu masa form 2 sangat patuh dgn cikgu. Tak pernah terfikir nak buat camtu.

    Tu la anak-anak zaman moden (bukan semua). Perangai macam... macam... ntah la. Speechless.

    BalasPadam
  17. mak bapa busy cari hiburan, cari duit, hingga tak sempat nak mendidik anak-anak sampaikan cikgu pula dibedik.

    anak saya ada cerita, one of his friends, suka rempit sebab bapa pun selalu takde kat rumah gi karaoke. anak lelaki ni lebih nak rapat dengan bapakan tapi kalau ada jurang itulah jadinya. anak perempuan kalau rapat sangat dengan ibu takkan sebegitu biadap dan kasar?

    mama amad

    BalasPadam
  18. Pelajar sekarang kebanyakan nya penuh dengan kebiadapan. Kita tidak dapat sama sekali menuding jari kepada ibu-bapa.

    Apa nak jadi ...

    BalasPadam
  19. mana perginya budaya timur yang katanya penuh sopan?....

    BalasPadam
  20. Akmal,
    sebab tu agaknya bonus cikgu naik tiap-tiap tahun. Cabaran kerja mereka mendidik anak-anak masa kini (anak kita ler..) semakin sukar..mungkin perlu dimasukkan semula matapelajaran sivik ke dalam silibus atau cikgu-cikgu perlu dibekalkan juga ilmu mempertahankan diri.. hu hu hu..

    BalasPadam
  21. Masa tgok berita kat buletin hari tu, satu jer yg saya cakap... astagfirullah al azim, Ya Allah jangan sampai anakku kuang hajag macam tu... If anakku dah sekolah nti, aku nak fulltime jaga anak, biar anak tu bermoral, dalam pandangan saya pribadi anak orang tua yang membentuk, if xde masa nak didik anak kat umah... macam2 benda buruk yg akan membentuk pribadinya... perhatikan jer di sekeliling kiter..

    BalasPadam
  22. pokok pangkal ajaran ibu bapa..macam saya dulu, kalau mak bapak saya tak ajar dan tak bertegas ngan saya tentu saya tahu apa erti hormat org tua atau guru . cuma bezanya sekarang parents banyak bekerja tak de masa nak mendidik anak-anak,memang tengok anak baik jer depan mata tapi kat belakang. budak-budak sekarang susuka hati je langgar hukum agama , macam tak tahu hukum.Pokok pangkalnya semua mesti bermula dari rumah.
    saya sarankan pada ibu bapa yang rasa dah tahu buat apa kat anak mereka balik kepada yang asas, lepas maghrib tu ajarlah anak baca AL quran dan fardhu ain, walau pun satu page sehari ,faedah nya seperti 1000 page. Mula dari sekarang, Insyaallah tak terlewat.

    BalasPadam
  23. tapi jangan lupa ada juga guru yang takde sifat seorang pendidik. suka black list pelajar melulu dan kasar dengan pelajar. anak remaja perlukan pendekatan secara lembut, bila masa untuk bertegas, guru kena bijak. saya pernah berjumpa guru disiplin untuk melaporkan anak saya kena buli di sekolah dan barang keperluan anak saya kerap dicuri, at last anak saya sekali kena rotan depan pelajar lain. malunya anak saya dan sudah tentu dia sakit hati, itu belum lagi kes anak jiran saya dilempang guru di hadapan rakan lain tanpa usul periksa.

    pokoknya mendidik anak ni, pendidikan bermula dari rumah, bersambung di sekolah. Cuma pelajar belasah guru ni kes terpencil yang sama sekali tidak boleh dibiarkan. Murid perlu menghormati guru dan ibu bapa.

    BalasPadam
  24. Salam sdr Mazidul..
    Kejadian sebegini menuntut SEMUA pihak untuk bersama-sama MEMAIN PERANAN 'MENDIDIK' anak masing-masing. Sikap membiarkan guru saja yang mendidik anak-anak, adalah tidak sihat- kerana pelajar mempunyai masa yang amat terbatas di sekolah.
    'Kebiadapan' anak-anak terhadap orang tua (apatah lagi terhadap gurunya), sesuatu yang tidak boleh diterima dlm masyarakat kita. Justeru, SEMUA PIHAK perlu bersikap TEGAS terhadap soal 'kebiadapan' ini (biar siapapun mereka!).

    BalasPadam
  25. bagus btol bdk sekarang nih..
    cam mane nak berjaya klu guru sendiri dikasari...
    tak ke KURANG AJAR namenye tu..
    hurm..
    ingatlah...
    diantara doa yg makbul adalah doa seorang GURU!!

    BalasPadam
  26. masa saya jd cekgu sementara dulu kan abg mazidul, budak tahun 2 pon dah pandai tunjuk gengster..

    mereka siap ajak gaduh.. diorg cakap..."kalau ko tak puas hati, jom jumpa aku kat kantin lepas sekolah nnti"..

    pastu siap ada geng2... ishh.. makin lama makin menjadi2 plak ea keganasan bebudak sekarang..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.