Sabtu, September 22, 2012

APAKAH MASALAH NGEH SEBENARNYA?

"Are muslims wasting too much time and energy on this?"

Itu catatan Twitter Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Pengerusi DAP Perak itu, dia mengeluarkan kenyataan kontroversi terbabit selepas menonton berita berhubung demonstrasi bantahan filem menghina Nabi Muhammad,  Innocent Muslims di seluruh dunia dan berikutan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ingin mengadakan bantahan secara besar-besaran di negara ini.


Saya ingin memberitahu Ngeh, umat Islam di negara ini TIDAK semestinya menampilkan bantahan mereka kerana hanya kerana didorong oleh kepercayaan politik Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO.

Jumaat lalu, pemuda PAS juga membuat bantahan mereka di hadapan bangunanan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Pelbagai NGO juga membuat bantahan sama.

Umat Islam di Malaysia menzahirkan bantahan mereka kerana Muhammad, Nabi junjungan umat Islam. 

Jam 9 pagi esok, 23 September, PEKIDA Kota Damansara bakal menganjurkan bantahan antaranya terhadap kenyataan Ngeh dengan berhimpun secara aman di Plaza Tol Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Apakah masalah Ngeh sebenarnya?

Mudah.

Dia tidak memahami, status Nabi Muhammad sebagai Rasulallah dan kekasih Allah. Umat Islam berani mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan maruah baginda dan tidak sesekali menganggap membantah penghinaan terhadap Nabi sebagai kegiatan membuang masa dan tenaga.

Lagipun Ngeh tidak pernah berselawat ke atas Nabi junjungan itu.

Ngeh secara jelas mahu semua pengikut Twitternya membaca mesej dipaparkan itu. Jika dia benar ingin menujukan mesej itu kepada Khairy, mengapakah tidak menggunakan private message sahaja?

Terfikir, jika kenyataan itu ditujukan kepada Khairy, semestinya tindakan pemuda PAS membantah filem sama, dianggap membuang masa dan tenaga oleh Ngeh.

Ngeh ...

Berhentilah mengeluarkan kenyataan kontroversi membabitkan agama lain. Saya dilahirkan di Perak dan amat tidak perkenan dengan kenyataan dungu dicatatkan.

Sebagai individu berstatus 'Datuk', gunakanlah fikiran dan kematangan sebelum membuat sebarang kenyataan mampu menyentuh perasaan umat Islam di negara ini.

Ngeh memohon maaf di blognya, klik di sini.

7 ulasan:

  1. masalahnya dia memburu populariti... kesiannn...

    BalasPadam
  2. Orang Islam yang mengundi dia sehingga menjadi YB mempunyai 'saham' masing-masing.

    Lihatlah peranan dia dalam apa-apa isu yang melibatkan Islam, Melayu dan raja Melayu.

    BalasPadam
  3. sbb tu saya pernah cakap dulu, kerabat2 diraja, pemimpin2, ahli2 politik, tak perlu pakai Facebook atau Twitter... silap cakap saja akan terus jadi isu. nak berkhidmat utk rakyat tak perlu facebook atau twitter, turun padang saja utk terus bertemu rakyat secara direct.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. bro mazidul, chua soi lek pun banyak keluar kenyataan yg seakan merendah/hina islam.. tp sayang tiada bantahan jelas dpd pejuang2 bangsa spt perkasa & pemuda umno.

    - Hudud turns back the clock

    - Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf

    - Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA

    BalasPadam
  5. Bila dah melibatkan agama Islam...perkara politik tolak tepi terus....aku tak setuju agama aku orang main-mainkan........

    BalasPadam
  6. sekurang-kurangnya beliau sudah minta maaf secara terbuka.

    10 menteri Kabinet bukan Islam biadap yang minta pemansuhan perkara 121(1A) Perlembagaan persekutuan tak pernah minta maaf.

    Seorang dari menteri itu ialah presidem mca sekarang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.