Ketika isteri penat membasuh pinggan di dapur, suami ceria menonton TV.
Tatkala isteri komited memasak makanan, suami duduk selesa bersedia untuk menjamu selera.
Sewaktu isteri berpeluh mencuci pakaian, suami melepak di restoran mamak.
Saat isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat, suami sekadar dilanda debaran teramat.
... detik isteri menghembuskan nafas terakhir, suami bakal menyedari betapa agungnya pengorbanan insan disayangi itu selama bersama.
Justeru hargai mereka tatkala masih bernyawa, SEKARANG, bukan esok mahupun lusa. Imbau kembali, bilakah kali terakhir suami membantu isteri membasuh pinggan, memasak dan mencuci pakaian?
Bantulah mereka sedaya mungkin kerana lelaki tidak dicipta untuk melahirkan zuriat ke muka bumi ini.
kalaulaa tv3 leh buat camni.. mesti menarik - http://www.youtube.com/watch?v=25X-vl6oah8
BalasPadamSyukur suami sentiasa membantu...
BalasPadam