Terima kasih kepada semua rakan dan pembaca blog Bersama Mazidul sudi menyertai pakej melancong 4 hari 3 malam ke Ho Chi Minh, Vietnam. Bandaraya dihuni oleh sekitar 10 juta penduduk dan 5 juta daripada mereka pengguna motosikal.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, semua berjalan lancar kerana setiap peserta menepati dan menghormati masa.
Interaksi tercetus sebaik mereka bersua muka.
Tiba di lapangan terbang di Ho Chi Minh dan kemudian dibawa ke hotel menggunakan bas amat selesa.
Mohd Farid Hamzah, diberikan kepercayaan untuk mengumpulkan passport semua peserta.
"Many good people and a few bad people in Ho Chi Minh city. At least if your bags were snatched, you could always go back to Malaysia because we have your passports," ujar pemandu pelancong, Kien.
Kien tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mencuba yang terbaik untuk berkongsi maklumat bersama semua.
Stesyen Keretapi, satu daripada lokasi tumpuan pelancong luar negara.
Waktu usia muda, mereka peminat dondang sayang :)
Motosikal diparkir berhampiran Hard Rock Cafe menjadi 'mangsa' untuk mengabdikan kenangan.
Makan malam di restoran halal.
Hotel, terletak kira-kira 7 minit perjalanan ke Ben Thanh Market, amat selesa, luas dan bersih.
Di gerai menjual seluar jeans Lyna (klik di sini) terserempak dua doktor tinggal di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Apapun ditulis di papan tanda di atas, maksudnya, Lyna menjual pelbagai jenis seluar jeans berkualiti tinggi dengan harga di antara RM30 dan RM80 sahaja.
Usia remaja Vietnam di bawah, 19 tahun tetapi berdikari untuk meraih rezeki menanggung perbelanjaan diri sendiri dan keluarga.
Masa terluang biarpun hanya seketika digunakan oleh peserta rombongan untuk berkenalan lebih rapat.
"Untie mahu beli dua kedai kain di Ho Chi Minh"
... tetapi sebelum itu pergi melawat Cu Chi Tunnel terlebih dahulu.
Jiwa tenang di dalam hutan.
Sebilangan peserta terpaksa menunggu 'pejuang' bertempur di medah perang.
Perhatikan laluan sempit untuk masuk ke terowong bawah tanah digunakan oleh tentera Vietnam atau Viet Kong.
Mereka berpengalaman berkunjung ke Vietnam pasti tahu betapa peniaga bergerak sentiasa cuba menghampiri pelancong setiap kali wujud ruang.
"You must learn how to say 'no', if they come to you. If you say 'wait' then you would have friends while having your holidays here in Ho Chi Minh," ujar Kien.
Sewaktu menaiki kereta baharu Lyna, Honda Odyssey, kami terserempak dengan 3 pelancong adik-beradik berasal dari Melaka.
Mereka meluru keluar dari Saigon Square dalam keadaan marah.
"Ibu saudara saya berdiri di gerai sebelah manakala kami membeli di gerai berhampiran. Tiba-tiba datang peniaga wanita menjerit go away! Go away! Dia memarahi dan menolak ibu saudara saya. Dia sudah tua. Langsung tiada perasaan hormat," adu seorang daripada wanita itu.
Mujur Lyna tiba dan kemudian menenangkan keadaan.
Kepada mereka belum lagi berpeluang terbang ke Ho Chi Minh, saya ingin berkongsi informasi berguna. Majoriti peniaga Vietnam di lokasi tertutup dan terbuka tidak gemar sekiranya pelanggan berdiri berhampiran gerai mereka berniga tanpa membeli barang dijual. Oleh itu, sila berdiri di ruang gerai, lokasi kita berurusan sahaja.
Apapun, tidak semua peniaga bersifat kasar. Kebanyakkan mereka pandai berbahasa Melayu.
"Lyna, are those legal or illegal traders?," tanya saya.
"No license," balasnya.
Tidak hairanlah jika mereka bertempiaran lari sebaik melihat kelibat berkuasa menghampiri. Mereka bak tikus dan kucing.
Berhampiran Ben Than Market, saya dan rakan singgah di kedai menjual pelbagai jenis beg berkualiti. Saya membeli beg berjenama 511 dengan harga USD30.
Kini terdapat banyak restoran halal di Ho Chi Minh, menghidangkan juadah enak. Saya gemarkan kopi Vietnam pekat.
Di gerai makanan laut saya rakamkan gambar anak jalanan selepas jam 2 pagi.
Seorang daripada anak jalanan terbabit melangkah menghampiri saya dan meminta gambarnya dirakamkan.
Di Ho Chi Minh ramai anak seperti dia, barangkali akibat himpitan kehidupan, mereka dibiarkan merayau untuk meraih simpati masyarakat termasuk pelancong asing. Lazimnya mereka menjual pelbagai barangan dengan harga RM10 setiap satu, seperti kipas dan pelekat bermagnet.
Pada siang hari, semua peserta rombongan dibawa ke premis membeli-belah menjadi tumpuan pelancong Malaysia, Ben Than Market. Di sekitar pusat membeli-belah ini terdapat beberapa restoran halal menghidangkan juadah Melayu.
Saya dimaklumkan, percambahan lebih banyak restoran halal antara faktor pendorong utama kemasukan pelancong ke Vietnam. Hotel di kawasan berhampiran juga sering dihuni oleh warga Malaysia. Harga sedikit mahal, ruang bilik agak sempit tidak menjadi masalah, asalkan lokasi untuk membeli-belah terletak berhampiran.
Kepada pembaca ingin ke Ho Chi Minh, saya nasihatkan agar menetap di hotel dengan jarak 5 minit berjalan kaki dari Ben Than Market. Lazimnya, harga bilik lebih murah dan saiz bilik lebih besar.
Perkhidmatan teksi 24 jam di sekitar bandaraya amat efisyen tetapi cuba gunakan teksi syarikat Vinasun, bukan lain. Ingat, jangan sesekali menggunakan perkhidmatan beca. Banyak kes pelancong ditipu dan dipaksa membayar tambang terlalu tinggi setelah perjalanan mengelilingi bandaraya tamat.
Rakan menyertai saya ke Ho Chi Minh juga dibawa ke Sungai Mekong, makan dan mengenali kebudayaan tempatan.
Mereka disajikan dengan nyanyian gadis manis Vietnam.
4 hari, 3 malam, berakhir namun kenangan manis ditempuh bersama bakal kekal di lipatan kenangan. Justeru tidak hairan jika semua pulang dengan wajah gembira dan berjiwa ceria.
Berikut beberapa peringatan penting perlu dipatuhi jika ke Ho Chi Minh :
1. Jangan benarkan kasut anda dikilatkan oleh kelompok mereka sentiasa mengintai peluang untuk memperdaya kita. Sebaik selesai kasut dicuci, pelancong dikenakan bayaran tidak masuk akal, mencecah USD15. Sebilangan pelancong enggan memenuhi tuntutan pencuci kasut terbabit kemudian dikasari oleh warga tempatan itu.
Just say 'NO' politely and walk away.
2. Jangan membeli barangan ditawarkan di jalanan oleh wanita dan anak kecil kerana tindakan itu akan mearik lebih ramai peniaga menggunakan modus operandi sama untuk mendekati kita sehingga merimaskan.
3. Jangan sesekali pergi berurut jika dipelawa oleh lelaki warga tempatan. Saya difahamkan terdapat sindiket menyamun pelancong. Mangsa dikurung di dalam bilik karaoke dan diminta membayar USD4,000 seorang. Andai gagal membayar, semua barang berharga mangsa terpaksa diserahkan.
Jika ingin mengurut tapak kaki akibat penat berjalan, sila tanya pemandu pelancong mengenai lokasi premis berstatus 'bersih', tidak menawarkan 'pakej extra'.
4. Berhati-hati tatkala membawa beg duit, beg tangan, komputer dan kamera agar tidak diragut oleh suspek bermotosikal. Sandang beg tangan melintang badan di hadapan dan pastikan beg itu tidak beralih ke sisi ketika berjalan.
Jika ingin melancong ke Bukit Tinggi, Padang, INDONESIA di antara 31 Januari dan 3 Februari 2014 dengan harga pakej all in RM1, 250, sila hubungi 012 6277 300.
pengalaman saya di Ben Thanh market, disepak dipunggung semasa lalu dihadapan kedainya. bergurau ....? org malaysia sgt terasa kalau begini caranya.
BalasPadamA very good trip. Nice pics too :)
BalasPadamDi lapang sasar berapa kosnya
BalasPadam