Isnin, September 09, 2013

JABATAN IMIGRESEN SELANGOR DILAPOR AKAN MENGAMBIL TINDAKAN

Tinjauan ke Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 2 hari lalu mendapati satu daripada premis mencuci kenderaan menggajikan 24  pekerja menyalahgunakan permit kerja, dirakam masih beroperasi.


4  premis LAIN di bawah syarikat sama  (satu daripada premis beroperasi TANPA lesen) juga masih dibuka seperti biasa.


Hari Sabtu lalu,  saya menerima SMS dihantar oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imgresen Malaysia Putrajaya, Abdul Haidir  Mohd Sukor. Beliau telah membaca entri saya nukilkan 3 hari lalu, klik di sini.

Alhamdulillah.

Menurut Haidir, Jabatan Imigresen Selangor telah dimaklumkan berhubung kes ini dan akan mengambil tindakan.

Bukti dan fakta telah saya dedahkan.  Tindakan seterusnya terletak di tangan Jabatan Imigresen Selangor.  Saya percaya pihak berkuasa terbabit tidak akan menunggu sehingga kucing bertanduk.

Usaha pendedahan ini tidak dibayar oleh sesiapa,  saya dan Razali  melakukannya untuk melunaskan tanggungjawab sosial kami sebagai rakyat Malaysia. Andai tindakan sepatutnya tidak dilaksanakan dengan kadar segera maka sia-sialah kenyataan diwar-warkan,  orang ramai itu mata kerajaan dalam memantau kes pelanggaran undang-undang negara.

3 ulasan:

  1. salam. dalam hal macam ni, hope imigresen selangor dapat tinjau di area bandar baru bangi. ada sebuah car wash yang dibuka oleh warga bangla. saya pernah basuh kereta disana. saya ingat mereka hanya pekerja tapi rupanya car wash tu mereka yang punya. lagi satu ada warga bangla yang buka kedai ketuk kereta di area berhampiran petronas reko sentral kajang. saya pernah ketuk kereta saya yang kemik disana. saya bertanya, memang itu kedai milik mereka. cuma status mereka sama ada sah atau tak tu saya tak tahu

    BalasPadam
  2. Gaji dah naik minyak dah! naik buat lah kerja.Jangan nanti rakyat naik Angin.

    BalasPadam
  3. Salam .... ada juga warga bangladesh membuka car wash di ka,pung tengah puchong bt.13 dan kedai runcit dimonopoli oleh warga acheh ....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.