Sabtu, September 07, 2013

MOHON JABATAN IMIGRESEN TIDAK MEMBIARKAN UNDANG UNDANG 'DIROGOL' DI HADAPAN MATA


Terima kasih kepada 4 penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA kerana sudi turun padang ke Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor untuk meninjau premis mencuci kenderaan milik syarikat kongsi warga Bangladesh dan tempatan.

Sila baca di sini.


Pegawai penguatkuasa, Zakaria Mat Piah memaklumkan saya, syarikat terbabit berdaftar dengan SSM, berstatus Sendirian Berhad dengan modal berbayar RM1 juta. Pengarah syarikat terbabit, 3 warga Bangladesh dan 2 rakyat tempatan. Justeru, tidak salah jika penama lesen premis perniagaan itu, warga asing.

"Syarikat ini mempunyai 4 premis mencuci kenderaan berlesen di Sungai Buloh dan Paya Jaras,"  terang beliau di hadapan 3 penguatkuasa lain.

"Tuan, menurut warga Bangladesh, seorang daripada rakan kongsi syarikat, Jasim Sheikh Nuru kami temui semalam berkata, dia mempunyai LIMA premis mencuci kenderaan," celah saya.

Zakaria mengakui, satu premis di Paya Jaras Hilir beroperasi TANPA lesen. Hemat saya, tindakan segera perlu diambil untuk memberhentikan operasi premis terbabit kerana secara jelas melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Jika difikirkan, tiada bezanya status premis terbabit berbanding status gerai penjual pisang goreng tanpa lesen di tepi jalan.


"Kesemua pekerja premis mencuci kenderaan itu menggunakan permit perkhidmatan untuk bekerja di restoran, bukan car wash," terang saya.

"Itu bukan bidang kuasa MBSA, kami tidak boleh menangkap mereka, boleh rujuk kepada (Jabatan)  Imigresen (Malaysia)," celah anggota penguatkuasa berdiri bersama saya.

Sebenarnya saya tahu mengenai bidang kuasa itu, cuma sekadar berkongsi maklumat.

"Kami melakukan tugasan ini untuk masyarakat dan tidak dibayar.  Selain daripada premis mencuci kenderaan beroperasi menggunakan pekerja asing menyalahgunakan permit, kami juga mengetahui lokasi premis perjudian di kawasan ini, biarpun tersorok dari pandangan mata masyarakat awam. In Sha Allah,  kami akan dedahkan sekali," ujar saya.

Razali Harun, anak tempatan, sahabat berhati kering dan langsung tiada halangan untuk meredah premis perjudian masih beroperasi untuk merakamkan gambar sebagai bahan bukti.

Saya ungkapkan kepada semua penguatkuasa mengenai fakta itu.


Tatkala itu, Razali  sibuk merakamkan gambar. Entah mengapakah deretan kedai di atas menjadi tumpuan  lensa kamera di tangannya.

Nantilah, kelak akan tiba waktunya, cerita panas saya kongsikan di sini. Saya percaya pegawai dan anggota polis juga antara pembaca setia blog ini.


Melalui pengamatan saya dan Razali, pada 5 September lalu, hanya kelihatan  4 pekerja Bangladesh bertugas di premis terbabit. Kali ini bilangan mereka bertambah menjadi 6 orang.

Nampaknya semakin ditegur, semakin menjadi.


Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua penguatkuasa MBSA, saya dan Razali berjalan ke premis terbabit dan mendekati pekerja sedang berehat.


Mereka menyambut kami dengan senyuman lalu kami balas dengan senyuman.


Dua rakan sekerja mereka tidak menghiraukan kehadiran kami berdua.


Mereka berusia di antara 24 dan 48 tahun, telah tinggal dan bekerja di negara kita sejak kira-kira setahun lalu.

"Awak semua menggunakan permit untuk kerja di restoran. Pernah kerja restoran ke?," soal saya bersopan santun.


"Tarak (tidak). Kita orang bayar itu parmit (permit) RM2,600 untuk satu tahun. Sana parmit tulis kerja restoran. Bos simpan kita orang punya passport,"  adu  lelaki berbaju putih. 

Tanpa diminta, dia kemudian menunjukkan dokumen dimiliki kepada kami.


"Semalam sudah tanya kepada (Pegawai Perhubungan Awam) Jabatan Imigresen Malaysia. Dia cakap, Imigresen tidak mengeluarkan permit untuk warga Bangladesh kerja car wash," jelas saya.

Mereka mendengar, tenang.

"Kita orang bikin permit untuk itu syarikat. Dalam permit, ada tulis kerja kedai makan. Sekarang kita orang kerja car wash. Kalau ada apa apa jadi,  operasi ke, susah. Siapa mahu jaga saya? Nanti saya rugi, kampung sana ada anak, bini, bapa. Siapa mahu kasi dia orang makan?," kata lelaki sama.

Saya mendengar keluhan mereka dan merakamkan setiap patah perbualan menggunakan perakam audio Sony.

Soalan itu sepatutnya diajukan lebih awal kepada seorang daripada majikan mereka, Jasim.


[ Rakaman 5 September 2013 ]

"Sekarang awak sudah kasi tahu, terima kasih.  Nanti malam,  mahu  meeting, cakap sama bos,  Melayu, Bangladesh, kita sini mari kena kerja kedai makan, bukan car wash. Nanti sudah tangkap, siapa rugi?," soalnya.  

Saya maklumkan juga kepada mereka, pihak berkuasa Malaysia sedang menjalankan operasi secara besar-besaran. Jika ditangkap, mereka berkebarangkalian besar akan dihantar pulang ke negara asal.

"Matilah itu macam!," celah lelaki itu.

"Awak Putera UMNO Malaysia punya ahli ke?," tanya saya berseloroh.


"Taraklah," balasnya spontan sambil melihat baju dipakai.

Kami tertawa bersama.

"Pekerja asing guna permit restoran tidak boleh bekerja di car wash, itu  bukan saya cakap. Itu (Jabatan) Imigresen (Malaysia) cakap. Kalau tidak percaya, nanti awak boleh telefon itu Imigresen, tanya. Saya sini punya orang. Saya Islam, awak semua pun Islam. Saya cuma bagi tahu, itu sahaja," jelas saya.

"Pekerja warga asing memiliki permit sektor perkhidmatan seperti bertugas di restoran TIDAK dibenarkan bekerja di premis mencuci kenderaan. Jabatan Imigresen TIDAK mengeluarkan permit sektor perkhidmatan kepada warga asing untuk bekerja di premis mencuci kenderaan" - Abdul Haidir Mohd Sukor (Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya)

Saya dan Razali kemudian beredar. Sebelum memandu pulang saya sempat menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada Haidir.


Biarpun belum sempat dibalas, saya berharap dalam kesibukan beliau, kenalan saya itu berpeluang membaca SMS dihantar jam 4.36 petang semalam.

Saya dengan rendah hati, memohon agar Jabatan Imigresen Malaysia tidak membiarkan undang-undang diluluskan oleh parlimen 'dirogol' dek warga asing  di hadapan mata kita semua. 

Mencari rezeki halal tidak salah tetapi niat tidak menghalalkan cara. Kucing berbeza, niat dan kaedah mungkin tidak selari. 

Asalkan niat tercapai, cukup.

Meow! Meow! Meow!


19 ulasan:

  1. smti...ni cerita bangladesh...ada masa nanti saya email pasal kad refugee myanmar yg boleh dibeli cuma dgn rm150...tengah kumpul bukti bro...

    BalasPadam
  2. apa salahnya jika mereka sekadar mencari rezeki. selagi rezeki nya halal dan tidak memudaratkan mana2 pihak. Mungkin sesetengah undang2 perlu ditukar atau kebajikan mereka dijaga agar tidak dieksploitasi oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab, dan kita tidak harus menghukum mereka kerana hanya ingin mencari rezeki.

    BalasPadam
  3. Saranan saya, MBSA juga sepatutnya disiasat (termasuk PBT yang yang mana banyak kawasannya ada kegiatan ekonomi gelap depan mata tapi tutup sebelah mata). Banyak pelanggaran undang-undang berlaku depan mata. Siapa exco yang jaga PBT? Ada kongsi gelap jaga ke?

    BalasPadam
  4. Salam....sudah terlalu banyak di sana sini. Adakah kita mempunyai cukup ruang untuk menempatkan tahanan sementara itu ? Begitu juga kos makanan sebelum dihantar pulang ? Saya fikir mereka telah membajiri seluruh malaysia dan juga bakal bertambah dari masa ke semasa. Yang ada masih belum pulang bahkan berulang alik dari negaranya. Bahkan juga diberi peluang untuk mendaftar semula....Kita seolah olah hampir terlambat

    BalasPadam
  5. Bangla ni buat kerja bagus ..bersungguh dan peramah ( at least ada juga senyuman ) tapi tentulah bukan SEMUAnya begitu. Mereka juga ISLAM dan kedatangan mereka memang nak mencari rezeki. Malangnya orang kita yang menyalahgunakan NIAT mereka nak mencari rezeki itu. Oleh itu .. laksanakan hukuman ke atas mereka dan bukan Bangla. Itu yang dimaksudkan oleh en Mazidul. Kalau nak dibandingkan dengan orang Pakistan; mereka lagi DARING .. boleh masuk kampong jual karpet .. jual aiskrim. Selalu juga saya terpikir .. mudah dan beraninya dia orang berniaga sampai ke kampong .. langsung tak ada rasa bimbang ditangkap atau di rompak dan sebagainya. Begitu mulia orang kita khsususnya MELAYU; langsung tak tak kisah akan kemasukan orang Pakistan ni. Siap jadi pelanggan lagi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh...xjgk...sy dgr ada bdk2 muda yg sakit ht g yg samun & pukul mat pakis ni..bila mat pakis ni buat report polis, bdk2 muda ni yg balik..huhu...

      Padam
  6. Bagi saya tidak kiralah warga mana sekali pun, diorang ni perlu dibenteras. sebab setahu saya setelah bekerja disini meraka2 ini ada yang bersikap kurang ajar atau biadap. Pernah saya ternampak dan terlihat dengan mata saya sendiri seorang tempatan dimaki oleh warga bangladesh yang mana bangla ini bekerja disebuah premis perniagaan besi lusuh. Dan ada diantara mereka ini wlupun muslim tp sllu dilihat dlm keadaan mabuk ketika malam hari. ini boleh mngganggu ktenteraman pnduduk setempat. Allahu alam. Sekian.

    BalasPadam
  7. tuan....nanti tolong tanya sekali kalau pekerja bangladesh ni buat kerja part time potong rumput rumah orang macam mana pulak???? sebab orng melayu sekarang dah banyak tak boleh potong rumput rumah..sebab dah disapu oleh bangla....so macam mana orng melayu nak cari duit....jangan salahkan orng melayu kalau banyak kes samun....sebab bangla dah kasi "samun" kerja orng melayu. Potong rumput biasa orang Melayu ambil Rm50 tapi bangla ni ambil 40....so dah kena potong lah.....harap tuan boleh tanya Imegresen yer...

    BalasPadam
  8. PBT jadi kucing betina...
    Pendatang asing jadi kucing jantan...

    Orang tempatan dijadikan tikus.

    BalasPadam
  9. Malaysia....negara murah rezeki bagi rakyat Bangladesh....mahal rezeki bagi rakyat tempatan....sukar berniaga bg anak tempatan...mudah berniaga bagi rakyat asing...dua kali lima jawpanya sepuluh....salah siapa???

    BalasPadam
  10. Assalam bro Mazidul. Thanks dan tahniah kerana ada keberanian membongkar apa yg patut dibongkar. Mohon untuk saudara berkunjung ke Kuala Lipis dan cuba selidik apa disebalik semakin dahsyatnya pembukaan lombong-lombong bijih besi di sini. Kesan langsung kepada rakyat ialah jahanamnya hutan belantara, alam sekitar serta juga jalanraya utk kemudahan rakyat yg dirosakkan oleh lori-lori besar membawa bijih ke pelabuhan di Kuantan. Kemalangan maut dan parah antara kenderaan pengguna dan lori bijih besi juga sudah semakin kerap berlaku. Try bro ke sini, kalau sudi...

    BalasPadam
  11. "Awak Putera UMNO Malaysia punya ahli ke?,"
    hahahahah....saya yakin gambar dalam blog tuan ini akan dijadikan modal oleh puak PR untuk membantai UMNO.

    BalasPadam
  12. mohon pihak berkuasa juga buat pemantauan di Pasar Borong Selangor, majoriti pekerja disitu warga mynamar yang begitu kurang ajar dan bongkak.begitu arif dalam menipu timbang dan sukat.yang jadi mangsa org tempatan jugak. Disamping itu juga yang paling ketara, warga mynmar ini juga bebas membuka kedai jual pakaian di ruang parking flet belakang pasar borong(berhampiran kedai runcit AAA, satu block dgn workshop Avantech).Mereka juga selamba berniaga makanan di kaki lima flet tersebut.Saya yakin mereka tidak berlesen dan sehingga tak pernah nampak pihak berkuasa ambil tindakan.kalau orang tempatan berniaga goreng pisang ditepi jalan, pantas je pihak berkuasa dtg saman n rampas meja. Mohon ambil tindakan sewajarnya.

    BalasPadam
  13. setiap pagi adalah kemestian untuk membaca blog saudara mazidul sebab saya suka menyelongkar dan suka kepada perkara-perkara yang diselongkar.. namun pendedahan mengenai warga Bangladesh bekerja sebagai pencuci kereta saya rasa agak tidak adil kepada 'pekerja' yang berniat mencari rezeki halal untuk menyara ntah berapa mulut yang ditinggalkan. Tindakan saudara betul menyelongkar perniagaan haram tetapi menyalahkan pekerja yang hanya bekerja walaupun permit sebenar adalah untuk bekerja di kedai makan adalah tidak adil apatah lagi jika tindakan dikenakan terhadap mereka menyebabkan kerugian bertimpa-timpa.. kecualilah jika warga tempatan 'beratur' untuk bekerja sebagai pencuci kereta tetapi tidak dapat kerana telah dirampas oleh warga Bangladesh. Saya pernah merasa bekerja sebagai buruh kasar di negara orang dan bersyukur di layan dengan baik. Imigresen negara tersebut hanya mengeluarkan 'permit kerja' dan bukannya permit kerja yang meyatakan spesifik jenis pekerjaan, oleh itu saya boleh mencari kerja yang sesuai mengikut kekosongan dan keperluan. Saya cadangkan pihak berkuasa Malaysia juga mengambil tindakan yang sama dan memberikan pengecualian terhadap beberapa bidang pekerjaan seperti kaalan keselamatan dan pekerjaan sosial yang salah di sisi undang2 seperti perjudian dan pelacuran..

    Tuan Mazidul teruslah bongkar kelakuan warga asing yang melakukan onar di negara ini seperti penipu2 warga kulit hitam dan pelacur2 dari luar.. lepaskanlah mereka yang bekerja membanting tulang mengeluarkan keringat untuk mencari rezeki, kerana tindakan tuan menimbulkan seba salah kepada rasa simpati orang lain.. buat baik, pasti dibalas dengan baik, bertimbang rasa kepada mereka, pasti tuan didoakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jask Jamaluddin, melontarkan komen memang mudah.

      Cuba awak pula membongkar satu kes, kesalahan pada pandangan mata awak, kepingin benar saya hendak membaca catatan itu.

      Undang-undang tetap undang-undang samada adil atau tidak pada hemat, pandangan dan fikiran awak. You are entittled to your opinion but I agree to disagree.

      Jika kudis tidak dirawat, kelak ia bernanah, menjijikkan, busuk.

      Dalam undang-undang tiada pengeculian.

      Itu amat jelas.

      Janganlah berharap kepada saya untuk membuat pembongkaran. Awak juga seperti saya, rakyat Malaysia, hak kita sama. Jika berani dan komited untuk membantu pihak berkuasa, pergi sendiri, dapatkan maklumat tepat, rakamkan gambar dan dedahkan di laman sosial. Tidak semestinya awak perlu memiliki blog.

      Bercakap memang mudah, melaksanakan tanggungjawab sosial? Belum tentu lagi.


      Padam
    2. Terima kasih. Sekadar melontarkan pendapat.. I agree to your disagree.

      Padam
  14. Terima kasih abg mazidul, dgn adanya blog ni dpt menambah ilmu pengetahuan. Khasnya pgtahuan am. Utk makluman, di ipoh ni juga ramai pekerja asing rasanya dr myanmar bekerja sebagai pencuci kereta. Kalau abg mazidul dtg ipoh boleh la terjah.

    BalasPadam
  15. bendani dah lama,,yg i tak faham mustahil penguatkuasa xpernah nampak kes camni..tapi lalu watbodo jekan..
    org report baru gerak..sama cam kes guard..mustahil xpernah jumpa guard bangla,nepal,myamar..
    tapi wat tk tau jer..xde org report..nk tgu org report ke

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.