Kononnya dia menguruskan laman untuk wanita mencari jodoh.
Namun ramai pelayar mengesyaki, majoriti gambar dipaparkan di laman terbabit diciluk dan diguna pakai tanpa kerelaan pemilik gambar.
Berikut antara komen dihantar oleh pelayar alam maya kepada pengendali laman terbabit.
Melihat catatan status dimuatnaik, pengendali seperti mempermainkan status dan maruah diri gadis dan wanita terbabit. Barangkali mereka tidak mempunyai saluran untuk mengadu.
Saya pernah menghantar mesej kepada pengendali sebelum ini dan berikut responnya.
Lazimnya, individu menyamar di alam maya sentiasa berasa orang lain juga bertindak seperti dia.
Kepada mereka yang gambar dipaparkan tanpa redha sekaligus disalahgunakan oleh pegendali laman terbabit, sila emel saya di mazidulakmal@yahoo.com
Kepada pembaca blog ini, bantu saya untuk mengingatkan pengendali laman Agen Pencari Jodoh agar memberhentikan kegiatannya dengan kadar segera. Komen dilontarkan seorang individu barangkali tidak didengarnya, jika ramai mendesak, In Sha Allah dia pasti akan mengubah fikiran.
Saya amat yakin dalam jangka waktu terdekat, identiti pengendali akan dapat didedahkan. Laporan polis telah dibuat oleh seorang daripada mereka menjadi mangsa di laman sama.
KEMASKINI
Bagi pengendali laman Agen Pencari Jodoh (AAS), memuatnaik gambar ramai gadis dan wanita tempatan, majoriti berbangsa Melayu hanya sekadar kegiatan main-main. Itu mesej dihantar kepada saya sebelum dia menutup laman menimbulkan kemarahan ramai.
Saya difahamkan oleh sumber berkredibiliti, pihak berkuasa masih meneruskan usaha mengesan pengendali itu berikutan laporan polis dibuat oleh seorang daripada mangsa.
Dah agak dah yang tu page menipu... dah buat entry pasal ni : Carikan Jodoh atau Jual Orang
BalasPadambongkaq kan aje...
BalasPadamtolong bongkarkan siapa pemilik akaun ni....masuk dalam TV..1)menipu duit orang yang nak beli ppuan...2)menyalahgunakan gambar mangsa...xcukup lagi nak sumbat dia dalam lokap?
BalasPadamyang saya marah gambar sedara saya pun ada....habis satu malaysia dok canang dia ppuan xelok...
tangkap jaa...sumbat dalam lokap...
BalasPadamkasi sengat itu orang....!!!! hahahaha
BalasPadamdia dalam ketakutan sekarang hahaha
BalasPadamharap selepas ini,org2 pmpuan pandai2 la ye jaga kehormatan diri n yg pling penting sekali jagalah aurat tu agar pihak2 yg x bertggungjwb xdpt mngmbil ksempatan ke atas anda...nk salahkan sebelah pihak pun xguna jgak,sama2 ambik perhatian,semoga page2 yg mcm ni dpt diluputkan serta-merta.
BalasPadampatut ditangkap je orang macam ni. menangguk di air keruh!
BalasPadammaruah orang bukan utk dibuat main2.... hidup bukan utk main2 lahhh....sedap btul dia jawab camtu kan?
BalasPadammungkin pengendali page tu budak baru nak naik atau kesunyian dan 'terencat mental'. Mende2 memalukan boleh dia kata main2.
BalasPadamPaling penting jangan letak hantaran mahal2....
BalasPadampada saya yang paling penting wanita melayu islam tak payahla letak gambar kat mana-mana laman sosial..banyak yg akan ambil kesempatan.
BalasPadamcuba kalo gambo adik perempuan, kakak atau emak dia letakkan kat situ apa perasaannya.. letak tajuk "wanita gersang cari jodoh untuk disondol"
BalasPadamada 2 kenalan saya citer gambar diorang ada dalam satu page curi gambar ni
BalasPadamtp tak pasti page mana satu,sbb orang lain yg nampak gambarnya kat situ
bahaya la letak gambar2 kat internet ni ;(
Salam..
BalasPadamAbg mazidul..Tolong siasat kegiatan tak bermoral di bangunan MPL Kuala lumpur.
Seks china doll dan awek melayu pun ada. Majority of husband pi sana utk enjoy while wifey ni bertungkus lumus duk umh jg anak.
https://www.facebook.com/MalayBabes
BalasPadampage ni pon sama..page ni page tak elok..banyak gambar2 yang tak elok..tapi gambar saya pon terselit dalam page ni..padahal sy berbaju kurung n bertudung..rasa terhina jugak bila dapat tahu..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=156820561172730&set=a.156454911209295.1073741826.156434391211347&type=3&theater