Saya difahamkan, lebih ramai warga Malaysia kini berkunjung ke Ho Chi Minh, VIetnam, sejak 2 tahun kebelakangan ini. Majoriti mereka tersenyum gembira sebaik berpeluang membeli-belah pelbagai barangan, terutamanya kaum wanita.
Semalam saya sempat singgah di syurga kain, Cho Tan Binh dan merakamkan gambar untuk dikongsikan bersama semua pembaca.
Di sini, mereka makan, minum, tidur dan bernafas di kelilingi kain.
"Di pasar ini, 4 meter pelbagai jenis kain berkualiti tinggi dijual dengan harga RM25 hanya kepada pemborong sahaja," ujar rakan saya, warga Vietnam, Lyna.
Tambah Lyna, 36 tahun, warga asing memerlukan jurubahasa jika berhasrat membeli kain di Cho Tan Binh kerana peniaga tidak boleh berbahasa Inggeris atau Melayu. Hanya matawang Vietnam, Dong digunakan dalam transaksi perniagaan.
"Di kedai Lyna, tiada masalah. Semua matawang diterima, USD, RM dan Dong," ujar ibu kepada 3 anak itu.
Klik di sini.
Sewaktu saya bertemu Lyna dan suaminya Long, 35 tahun, di antara14 dan 17 September 2013 di Pasar Malam Ben Than, ramai pelancong dari negara kita membeli seluar jeans.
Saya dapati, gerai menjual pakaian berhampiran tidak begitu mendapat sambutan berbanding gerai Lyna.
"Orang Malaysia atau sesiapa sahaja suka apabila mereka berasa dihargai. Jadikan setiap pelanggan istimewa dan layan dengan hati terbuka. Jika berkomunikasi, bercakap secara jujur. Pandang mereka, dengar kehendak dan keperluan mereka luahkan. Berikan juga mereka pilihan dari aspek harga dan kualiti kain, sewaktu membeli seluar," ujar saya kepada Lyna.
Lyna menjual seluar jeans berharga di antara RM30 dan RM80 mengikut kualiti kain. Selain bersifat peramah, Lyna juga mempelajari ilmu komunikasi berkesan, saya kongsikan bersamanya dan suami.
"Bila pelanggan datang, kita mesti senyum. Kita senyum secara jujur macam Mazidul ajar, bukan mengukirkan fake smiles. Samada mereka membeli seluar atau tidak, itu soal kedua. Kita mesti ucapkan terima kasih. Mungkin lain kali, mereka datang dan akan membeli," ujar Lyna kepada suaminya.
Klik di sini.
Dia kini mampu menjual purata 100 helai seluar jeans pelbagai jenis di antara jam 8 dan 12 malam, setiap hari. Majoriti pelanggan gerai Lyna, warga Malaysia. Biarpun tidak begitu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, Lyna mempunyai semangat tinggi untuk mencuba berinteraksi bersama individu berkunjung ke gerainya.
Gerai Lyna terletak kurang 200 meter dari Pasar Ben Than, lokasi membeli-belah amat terkenal di kalangan pelancong dan peniaga dari Malaysia.
Tunggu entri seterusnya mengenai perjalanan saya ke Ho Chi Minh bersama 24 pembaca blog ini.
Menarik...
BalasPadam