Ahad, September 29, 2013

TNB TRANSMISSION JANGAN TIDUR BERDENGKUR


PANJANGNYA lidah ...


Saya hanya mampu tersenyum melihat telatah Mat Yo dan juga paparan akhbar Sinar Harian di atas. 

Klik di sini untuk membaca laporan lengkap disiarkan pada 30 Mei lalu.

Tatkala diperiksa, berduyun-duyun kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor, SYABAS, Tenaga Nasional Berhad, TNB dan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ berada di lokasi.

TNB terlepas pandang kesalahan dilakukan oleh pengusaha kolam pancing itu selama 8 tahun.

Naib Presiden Hal Ehwal Korporat Tenaga Nasional Berhad, TNB, Adelina Iskandar berkata kolam memancing ikan berbayar di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor itu secara jelas melakukan dua kesalahan.

1. Membina struktur kekal di bawah kabel bervoltan tinggi.
2. Aktiviti memancing berbahaya jika terkena talian penghantaran.

Klik di sini.

Penguatkuasa MBPJ turut berkongsi informasi bersama saya sewaktu melakukan pemeriksaan di kolam sama. Kata mereka, ruang tanah di bawah kabel bervoltan tinggi hanya boleh digunakan untuk tujuan kegiatan penyemaian pokok dan dijadikan ruang parkir. Bagaimanapun kegiatan itu perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Berikutan pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak berkuasa pada 29 Mei 2013, operasi kolam memancing itu diberhentikan buat sementara.

Klik di sini.

Jam 4 petang tadi, saya melakukan tinjauan susulan ke lokasi terbabit. Berikut antara puluhan gambar saya rakamkan.


Hairan bin ajaib, sebagai tindakan susualan, penguatkuasa MBPJ hanya merobohkan atap pondok kayu didirikan secara haram di sekeliling kolam memancing, sedangkan struktur tempat pekerja mengutip bayaran masih tersergam gah?



Apapun, saya telah memaklumkan Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berhubung status kolam terbabit kembali beroperasi melalui pesanan ringkas, SMS.

Beliau telah membaca kandungan SMS itu.



Melalui pandangan mata kasar, terdapat dua pekerja di dalam struktur berbumbung di atas. Tidak dapat dipastikan samada mereka itu pekerja warga asing atau tempatan.

Apabila saya menghubungi kakitangan TNB Kota Damansara, respon saya terima mampu dijangka.  

"Laporan harus dibuat kepada TNB Transmission. Esok saya akan maklumkan kepada mereka"

Orang ramai melihat TNB sebagai TNB. Mereka tidak perlu tahu siapakah perlu bertanggungjawab membanteras kegiatan haram itu. Perlanggaran peraturan dihamparkan di hadapan mata mesti diberhentikan.

Barangkali kakitangan TNB Transmission tertidur lena dan kembali berdengkur selepas 8 tahun memejamkan mata, membiarkan kegiatan haram itu berlangsung.

Tidurlah.



Biarpun telah dipaparkan di media dan di blog ini, nampaknya AMAT sukar untuk 'membangkitkan'  sebilangan kakitangan  Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden TNB, Datuk Azman Mohd.



Saya dimaklumkan, Datuk Azman, individu bersifat tegas dalam melaksanakan tugas tetapi ternyata segeliintir kakitangan beliau kecut untuk bertegas dengan TAUKEH kolam memancing ikan itu. Hanya berani memotong bekalan eletrik jika kelompok marhaen tidak menjelaskan bil tertunggak.

Sila ambil tindakan dengan kadar segera bukan membisu.

Ada manusia lidah panjang tetapi isteri berlaku biadap di hadapan mata, lidah PANJANG itu kelu.



* ngeh

Please correct me if I  am  wrong but as it is now, I stand with my statements.

Klik di sini.


7 ulasan:

  1. Adakah wajar CEO tersebut disalahkan... ? track again who the ceo 8 year ago..... Track bagaimana TNBT menjalan operasi talian voltan tinggi ... Where is your report will be... here , TNB, or SPRM?

    BalasPadam
  2. smti...saya tunggu2 gak follow up dari bro mazidul pasal kolam pancing ni..dua minggu sudah saya usya2 kat kolam ni, diorang dah beroperasi balik...rata2 kaki pancing yg selalu pacak joran kat sini pun hepi ja..pot mancing diorang ada balik...

    BalasPadam
  3. SPRM...RM yang berkuasa tu pasal KUASA elektrik pun depa tak takut...

    BalasPadam
  4. nak tunggu headline "44 orang pemancing RENTUNG" baru TNB nak bangun dari tidoq. Kalau da tau benda tu xbetoi, xpayah nak siasat yang lepas. Yang lepas corrupt...yang baru pun corrupt gak kew? kih3

    BalasPadam
  5. Hairan bin Ajaib melihat pemancing-pemancing yang bermuka gembira sahaja memancing di situ. Sedangkan kita hanya nak melintas di bawaha jalan raya pun berasa gerun, mungkin ada sesuatu yang membuatkan pemancing-pemancing di situ menjadi tegar. Lidah panjang tak apa lagi...jangan panjang dan bercabang sudahhhhh......

    BalasPadam
  6. Bro Mazidul, bukan ke tanah tu milik jabatan hutan dan TNB hanya tumpang lalu jer ?Ambik contoh meter elektrik kat rumah, itu memang milik TNB and if TNB nak ambik boleh, tapi TNB takda hak nak ceroboh rumah rampas meter tersebut kan?

    TNB hanya berkuasa memotong bekalan elektrik sahaja.. tapi untuk menghalau & merobohkan, PBT perlu memainkan peranan jugak.... Bro sendiri mention yang MBPJ sebelum ini dah merobohkan..tapi kenapa nak blame TNB untuk bertindak ? Ttile post ni pun bukan main lagi highlight TNB... tapi hakikatnya, MBPJ dan Tuan tanah Jabatan Hutan lah bro kena tanya....

    Yes, your statement

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.