"Saya bukan bodoh! Saya bukan bodoh! Saya bukan bodoh! Pak cik ini bodohlah pak cik! Jantan dayus! Jantan dayus! Jantan dayus!"
Ejekan bak diluahkan oleh anak kecil hingusan itu menjadi infamous di kalangan ramai rakyat mengetahui kes pertengkaran membabitkan isteri pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Tallaha, Siti Aisya Adam, 24 tahun dan pengawal keselamatan, Azman Mohd Nayan, bertugas di Subang Sky Park, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.
Di hujung entri terdahulu, klik di sini, saya telah mencadangkan mekanisma damage control untuk dilaksanakan oleh pasangan suami isteri itu.
(Sumber Gambar : Berita Harian)
Hari ini, akhbar Berita Harian memaparkan berita Aisya telah memohon maaf kepada orang ramai berikutan kesilapan dilakukannya.
"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak," ujar bekas pramugari itu.
Hemat saya, LEBIH baik jika Aisya dan suaminya, lebih dikenali dengan gelaran Mat Yo bertemu dengan Azman, 49 tahun dan memohon maaf secara peribadi. Tidak salah jika mereka berdua kemudian memaparkan gambar bersalaman bersama pengawal keselamatan itu di facebook. Saya percaya masyarakat mampu menerima dengan baik tindakan tulus sebegitu.
"Pak cik maafkan saya, kerana menggelar pak cik bodoh dan dayus sebelum ini"
Ungkapkan ayat itu secara ikhlas. Lagi Aisya merendah diri, lebih dia dihormati.
Klik di sini untuk membaca laporan lengkap Berita Harian.
Aisya mendakwa masyarakat mengecam kebiadapannya itu kononnya tidak memahami situasi sebenar. Dia berhak untuk bersuara. Sebelum ini Aisya ternyata terlalu berani mencatatkan pelbagai kenyataan melalui status facebook miliknya.
Dia juga dipetik berkata, tidak akan menyaman pengawal keselamatan itu. Baguslah. Tindakan undang-undang berkebarangkalian besar akan lebih memburukkan lagi keadaan. Pasangan suami isteri 'terkenal' itu tidak perlu menyusahkan orang susah. Kalau saya menjadi Mat Yo, dibayar gaji RM80,000 sebulan, saya tidak akan keberatan untuk menghulurkan sedikit wang sagu hati kepada pengawal keselamatan terbabit. Tidak salah, kan? Berkongsi kemewahan bersama insan hidup sederhana.
Dalam kes ini, saya yakin, Mat Yo juga turut berasa tertekan. Sebagai pemain bola sepak terkemuka, dia tentunya memerlukan sokongan peminat. Biarpun sokongan itu bukan dalam bentuk wang ringgit namun mampu menjadi pembakar semangatnya setiap kali beraksi. Bayangkan, jika sebaik terlihat kelibatnya di padang bola sepak, Mat Yo dikecam oleh ribuan penonton perlawanan bola sepak.
"Kami bukan bodoh! Kami bukan bodoh! Kami bukan bodoh!," jerit mereka.
Pasti dia juga akan berasa goyah dan sekaligus mengganggu prestasi permainannya.
"Pak cik, saya memohon maaf di atas kesilapan dilakukan oleh isteri saya"
Pasti ramai teringin mendengar Mat Yo mengungkapkan kenyataan di atas. Itu pun jika dia berani dan berkredibiliti. Jika dia masih menunggu tiupan wisel pengadil untuk bertindak, payah.
Kepada Selera Tajam dan pemuda Jalan 6, tiada siapa berminat hendak memukul Mat Yo. Kami menghormati undang-undang.
Menendang celah kangkang pun kami TIDAK berminat :)
Elok dirakam permohonan maaf Mat Yo dan isteri secara peribadi berdepan dengan Pak Cik Azman dan dimuat naik ke Youtube untuk tontonan umum seperti mana rakaman semasa insiden itu berlaku.
BalasPadamwarghahahahahahaha ... lawak2 .. kes ni mmg lawak pasal yg upload video tu ke fb pon .. empunya diri tapi bahan makan tuan .. awakakakakakaka .. adehhh .. sakit perut sy tahan gelak .. yg selera tajam tu .. lagi lawak ... ape kes pulak org nk pukul mat yo ... hahahahahah ... ade plak org mental mcm ni .. takpe la encik Mazidul ... jadikan kes mcm ni teladan ... kita walau kat atas cemana pon .. yg wajib kene hormat .. ttp kene hormat .. jadi la mcm padi ..makin berisi makin menunduk .. tak salah .. org pon syg ....
BalasPadamsalam :)
Tak cukup memaki pakcik tu, ditendang pula aset beliau. Biasanya org tendang kalau berhadapan dgn perogol je. Hm. Muka cantik tapi akhlak tak cantik, tak guna jugak.
BalasPadamMinta maaf dekat pakcik tu, bukan rakyat Malaysia. Sayu dengar kenyataan pakcik tu "saya bukan org senang.. saya menjalankan tugas.."
Sanggup ke kalau ayah sendiri dibuat begitu?
Maaf kalau mencelah, saya agak muak nak baca tentang isteri Mat Yo tuh!
BalasPadamMemang dah takder kesedaran sivik langsung!
seolah tidak sedarkan diri dirasuk apa entah ketika mengucapkan "saya tidak bodoh" berulang kali tetapi terang2an memperbodohkan diri sendiri
BalasPadamSetiap manusia ada kelemahan dia. Nafsu amarah memang tak pernah mengenal sesiapa pun. Jadi amat moleklah makalau (cakap orang kedah) kedua-dua mereka ini jadi gentlemen gunakan apa-apa instrumen untuk memohon kemafaan..Kalau pakcik tersebut memaafakan,sudah tentu Allah pun akan mengampunkan kesalahan kita..tak gitu..
BalasPadamemm...minta maaf kat rakyat malaysia buat apa, lebih baik minta maaf kat pakcik....
BalasPadamSelera Tajam nie nak jadi Batu Api ke... Nak pukul memukul...... Boleh Geng dgn Bini Mat Yoo nie....heheheh
BalasPadamMAT poYO di penghujung karier
BalasPadamselera tajam tersamseng
BalasPadamkesian mat yo,dapat bini tak ada kesedaran sivik langsung
BalasPadamtunggu dan lihat game live JDT vs kelantan mlm sbtu nihhh...kite tgk saper yg kena boooooooooooo......org ramai rata2 duk menunggu hari itu tiba...sah2 perlawanan tergendala sebentar...berani ker tak si bini matyo nk hadir kestadium mlm tu....
BalasPadambetul tu... Aisya tu mintak maaf dari Rakyat Malaysia, padahal yang sepatutnya menerima maaf tersebut adalah Pak Cik Guard Azman tu, ini tidak.
BalasPadamelok lah tu, PDRM pun tgh buat ops cantas. Declare lah diri Tailong, senang depa (PDRM) nk pi ambik, siap gambar dgn alamat sekali. Nak bela org pun, kena tahu org tu salah taw tidak. Spekulasi senang kaki ampu/termkn budi duk dpt season pas free.
BalasPadamTerlajak perahu boleh undur balik..terlajak kata2 terimalah padanya...suami idolah malaya...isteri mulut lebih teruk dari mulut pelacur..seorang suami harus berani dan WAJIB ajar isteri yang agak kurang ajar...syg isteri bkn cuma atas katil..sayang isteri bererti ajar isteri bgaimana menghormati hak org lain..kerja org lain...org lebih tua..bkn berlagak, mentang2lah suami org terkenal tapi bini lebih terkenal dari perempuan jalanan...PERMINTAAN MAAF mungkin jalan penyelesaian..tapi arang yg tercalit dimuka suami mencacatkan pemandangan yg sedia ada..isteri yg baik (xperlu soleha sgt) sentiasa menjaga maruah suami..bkn memalukan suami dgn kata2 celupar...Pak Gurd cuma menjalankan tugas..bkn suka hati dia nk tegur perbuatan isteri Mat yo...mmm...wajah tidak melambangkan attitute diri...Minta maaflah pada semua org..tp dptkah mengubat hati yg telah terluka..terutama keluarga pegawal keselamatan tersebut? dptkah mencuci bersih nama baik suami...? suami terkenal dgn bakti pada negara...isteri terkenal dgn sikap KURANG AJAR...rugi mak bapa besarkan..rugi suami yg menyayangi diri...
BalasPadamRajagopal patut ambil Bini Mat AYoYo utk digandingkan dengan MAt Ayoyo di posisi serangan skuad Tenuk Lembam.. Piala dunia pasti dalam tangan.. Hidup Tenuk Lembam! Hidup Tenuk Lembam!
BalasPadamMinta maaf habis cerita? Mungkin tidak, kerana majikan pak cik pengawal keselamatan telah mengambil tindakan saman terhadap isteri Mat Yo. Kita tunggu dan lihat apakah kesudahan cerita tentang bodoh ini. Salah siapa? kita pun dah boleh bagi jawapan
BalasPadamSemoga peristiwa ini menjadi pedoman kepada semua..ada masa kita diatas dan ada masa akan di bawah
BalasPadamsaya bukan bodoh...saya bukan bodoh...saya bukan bodoh... (tapi sebenarnya saya tengah membangangkan diri saya)
BalasPadamMat yo aiyoyo... kasihan pramugari terlampau..
BalasPadamkita tak tau situasi sebenar pada masa itu, jadi tak perlu kita komen banyak banyak......sendiri mau ingat....
BalasPadam