Entri pertama berhubung kes 5 premis mencuci kenderaan di Bandar Baru Sungai Buloh dan Paya Jaras, SELANGOR, menggunakan buruh Bangladesh menyalahgunakan permit kerja mula ditulis pada Khamis, 5 September 2013.
Klik di sini.
Sebagai tindakan susulan, pada Jumaat, 6 September, 4 penguatkuasa MBSA telah turun padang dan memaklukan saya, hanya 4 premis berlesen.
Klik di sini.
1 premis, beroperasi TANPA lesen tetapi tidak pula dijelaskan bila tindakan akan dilaksanakan terhadap premis itu.
Sabtu, 8 September, tinjauan sekali lagi dijalankan.
Premis masih beroperasi.
Klik di sini.
Kira-kira jam 7 malam tadi, sumber di Bandar Baru Sungai Buloh menyatakan, Jabatan Imigresen Selangor masih belum mengambil tindakan.
Mungkin mereka sibuk.
Warga Bangladesh kaya raya hasil meremehkan undang-undang. Justeru, saya memohon Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad agar kes ini juga ditangani dengan kadar segera.
Sahabat saya, wartawan akhbar Harian Metro, Hadzlan Hassan menulis artikel amat menarik. Dia merumuskan, di Selangor, kera di hutan terus disusukan.
Baca di sini.
Jika pembaca budiman mengetahui lokasi lain, kegiatan mencuci kenderaan dijalankan oleh warga Bangladesh atau warga asing, sila kongsikan maklumat di ruang komen.
Bersama kita menyalurkan informasi tepat kepada pihak berkuasa.
Negara ini, negara kita.
Jika pembaca budiman mengetahui lokasi lain, kegiatan mencuci kenderaan dijalankan oleh warga Bangladesh atau warga asing, sila kongsikan maklumat di ruang komen.
Bersama kita menyalurkan informasi tepat kepada pihak berkuasa.
Negara ini, negara kita.
Salam En.Mazidul..
BalasPadamDi kawasan tempat tinggal saya, Seksyen U5, Shah Alam (bersebelahan Paya Jaras), 90% tempat cuci kenderaan dikuasai oleh warga asing terutamanya Bangladesh & India.
Salam Encik Mazidul,
BalasPadamTempat tinggal saya di TTDI Jaya Shah Alam..di sebelah Masjid TTDI Jaya..tempat cuci kereta kepunyaan Bangladesh sudah hampir 8 tahun beroperasi di situ.. Imigresen tidur ke??
di perak bersepah... datuk..
BalasPadammungkin jab imigresen tiada maklumat..
atau tiada aduan.. atau salah maklumat..
atau xcukup kakitangan.. atau warga asing tu memangnya ada permit... xtau la pulak !!
xterkecuali restauran nasik2 kandar...
Di kg sg serai hulu langat pun bersepah
BalasPadam