Rabu, April 29, 2009

RM1

Banyak diperkatakan berhubung sikap tidak profesional sebilangan kakitangan hospital kerajaan. Mereka melontarkan perkataan ‘menyakitkan’ pesakit ketika mahu mendapatkan rawatan samada di wad bersalin atau di unit kecemasan.

Tetapi ada di kalangan kita berkata …

“Bayar RM1 masa nak mendaftar, don’t expect too much lah. Takkan nak dibelai kut. Kalau nak layanan mesra, pergilah ke hospital swasta”

Apa komen?

Ahad, April 26, 2009

Kejar 'Sami'

Jam 10 malam semalam saya meninjau Jalan Alor, Kuala Lumpur bersama jurukamera.

Di celah kesesakan pelanggan makan di gerai majoriti dimiliki peniaga Cina, kelihatan lelaki berpakaian oren ala sami berjalan dari meja ke meja, memungut wang daripada pelanggan. Peliknya, dia kelihatan lebih gemar mendekati pelancong asing berbanding warga tempatan.

Saya mendekati ‘sami’ terbabit.

“Where are you from?,” soal saya.

“Myanmar,” balasnya ringkas.

“Which temple are you from?,” soalan seterusnya.

Dia tidak menjawab soalan itu.

Perlahan dia beredar, mungkin berasa kurang selesa berikutan soalan saya ajukan. Bagaimanapun saya hairan, sebaik melihat kelibat jurukamera merakamkan visualnya, dia menghayun langkah seribu, berkaki ayam. Lariannya mengalahkan pecutan Watson Nyambek mengejutkan dua pondan berdiri di lorong gelap di belakang bangunan.

“Tengok lah nyah, kita berdua berdiri di sini belum tentu ada pelanggan. Itu orang, mengemis setiap malam dapat wang,” komen pondan kelahiran Sabah.

Melihat saya mereka cuba melarikan diri.

“Relaks lah nyah, malam ni saya kejar ‘sami’ bukan kamu,” ujar saya.

Persoalannya, adakah ‘sami’ warga asing itu dibenarkan mengutip derma di negara kita sesuka hati? Permit kerja jenis apa mereka gunakan?

Khamis, April 23, 2009

Usah Keliru

Kita biasa mendengar, perempuan baik hanya untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.

Betul?

Jika jawaban anda ‘Ya’, bagus!

Andaikata, contohnya suami ditangkap dek isteri sewaktu dia bercanda dengan wanita lain, suami itu BUKAN lelaki baik.

Betul?

Jika jawaban anda ‘Ya’, kesimpulannya isteri itu juga BUKAN perempuan baik.

Setuju?

Jadi, jangan mendakwa terlalu baik.

Macam Jalang

Zaman dahulu, ramai wanita merokok sehinggakan anak kecil bermain di halaman rumah tidak langsung berasa kekok memerhati kepulan asap dihembus nenek duduk berehat merokok di tangga kayu. Malah ada waktu nenek sukarela menggulung rokok daun tanpa tembakau untuk dihisap cucu. Maksudnya, merokok bukan dianggap ‘taboo’ di kalangan generasi tua waktu itu.

Bagaimanapun perbuatan merokok di kalangan wanita pekerja kelab malam berbaju kebaya ketat dan pulang ke rumah waktu dinihari dilihat dari perspektif berbeza.

“Dah lah perempuan cabaret, merokok pula tu. Tak ubah macam jalang!,” antara komen dilontarkan.

Sekarang, lebih ramai perempuan merokok tanpa mengira usia. Mereka suri rumah, eksekutif, pelajar, golongan profesioanal merokok di rumah, café dan di pusat hiburan. Itu hakikat tidak boleh disangkal.
Bagaimana pula tanggapan masyarakat terhadap mereka?

Rabu, April 22, 2009

Hebat Mamak

“Bos, mahu makan apa?,” tanya pelayan berketurunan mamak di restoran kepada pelanggan lelaki juga suami kepada wanita.

Ketika itu pelbagai lauk terhidang dan sedia diceduk sekiranya pelanggan ingin makan.

“Bang, nak makan ke malam ni? Kalau nak makan, saya masak. Bukan apa, saya dah lah penat balik kerja, nanti bila masak tak makan, buat penat saja masak,” kata isteri kepada suami, lelaki pelanggan restoran mamak tadi.

Suami berkata …

“Hebat mamak. Tak perlu suruh masak, dia masak. Bukan tanya nak makan atau tidak, dia tanya nak makan apa?”

Panel Exora


Selasa, April 21, 2009

Exora Close Up


Exora Special Edition

Estranged

Perbandingan Biar Betul

Pagi tadi dalam program Malaysia Hari Ini, saya berpeluang menemubual Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Syed Mohamad Tahir di pekarangan Sri Pentas.

“Ada pandangan mengatakan enjin CamPro CPS Proton Exora 1.6 CC tidak cukup kuasa sebab body besar. Sebenarnya kita bina body Exora dengan bahan lebih ringan. Apapun saya menyarankan orang ramai ke 282 cawangan Proton Edar bagi memandu sendiri Exora. Pasti selepas itu pandangan berubah,” ujar beliau.

6 warna kesemuanya berharga RM69,988 dan RM76,988 mengikut model dan eksesori ditawarkan. Saya diberi peluang memandu Exora, luas, selesa dan berkuasa.

“Jangan banding Exora dengan MPV imported lain berharga RM300,000,” tambah Datuk Syed.

“Kena banding apple to apple,” celah saya.

Beliau bersetuju.

Bersemuka Exora

Ahad, April 19, 2009

Pondan Cemburu

Pondan berbuah dada besar dilapor berkeliaran di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur sejak setahun lalu. Bagaimanapun bermula Januari lalu dia dikatakan mengganas memukul perempuan secara rambang. Jatuh, mangsa pelbagai bangsa dipijak tanpa belas kasihan.

Minggu lalu pondan itu ditahan polis lalu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan mental. Bagaimanapun, dia kemudian dibenarkan keluar. Kini dia dikatakan mengubah cara berpakaian bertujuan mengelak daripada diberkas pihak berkuasa.

Saya difahamkan pondan terbabit cemburukan perempuan sejati. Tingginya darjat perempuan sehingga menyakitkan hati lelaki berkeinginan berkongsi jantina dengan mereka.

Sabtu, April 18, 2009

Apa Motif?

Cif Inspektor Azilah Hadri, 33 tahun dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37 tahun dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Melalui pengalaman, setiap kes bunuh, motif, contohnya dendam dan cemburu diperkatakan. Motif dilihat penting dan pegawai penyiasat, IO cuba sedaya upaya mengenal pasti mengapa suspek melakukan jenayah terbabit.

“Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pada masa sama pihak polis sedang melihat motif pembunuhan terbabit,” kenyataan polis biasa diperdengarkan kepada media dan orang ramai.

Justeru, terfikir, apa motif pesalah terbabit membunuh Altantuya?

Jumaat, April 17, 2009

Teka Siapa? (Percubaan Ke-2)


Teka Siapa?


Selasa, April 14, 2009

Bila Perempuan Berkecil Hati

Bukan semua perempuan pandai memasak. Sebilangan mereka pula langsung tidak berminat menyediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, khususnya perempuan bujang.

“Kedai mamak banyak, apa susah-susah masak?,” soal mereka angkuh.

Bagaimanapun, hairan, mereka sering memuji dan menyanjung masakan wanita generasi lebih tua apabila bersembang dengan teman lelaki.

“You tak cuba masakan mak I lagi. Masak apa pun semua sedap. Kira air tangan dia memang perfect. Jauh sangat berbanding dengan I ni, masak tak berapa nak menjadi,” ujar mereka.

Persoalannya, bagaimana ‘nak menjadi’ jika jarang ke dapur?

Bagaimanapun, hemat saya, majoriti wanita berkahwin sedaya upaya cuba memahirkan diri memasak. Mereka masak untuk anak-anak, suami dan saudara mara datang berkunjung ke rumah. Malangnya akibat sebilangan isteri jarang ke dapur, bukan semua masakan mereka sedap, biarpun ‘sedap’ itu agak subjektif.

Justeru, segelintir suami cuma menjamah sedikit lauk-pauk dimasak, isteri berkecil hati.

“Kita ni penat, balik kerja, masak untuk awak tapi makan sejemput,” keluh isteri.

“Saya nak makan banyak macam mana? Awak masak tak sedap!”

Jika kenyataan berterus-terang itu diungkap suami, tersilap langkah, pinggan, piring dan cawan melayang di udara. Justeru, jarang suami berkata begitu, majoriti masih beradab.

Soalan saya, bagaimana cara menegur isteri jika majoriti hidangan disediakan tidak sedap pada masa sama menjaga hati mereka?

Janda Berhias Jadi Buruan

Hakikatnya wanita menjadi janda kerana diceraikan atau kerana kematian suami. Sejak dahulu status janda dianggap ‘hangat’. ‘Janda berhias’, janda muda tanpa anak contohnya menjadi buruan ramai lelaki. Manakala di kalangan wanita, janda berhias satu gugatan.

“Elok-elok sikit jaga suami awak tu, kebelakangan ni nampak rapat semacam dengan Tijah tu. Dia tu janda berhias, tersilap langkah, takut suami awak dirampasnya,” pesan wanita kepada wanita.

Baru-baru ini Harian Metro memaparkan kisah janda selebriti dikatakan menjadi kegilaan ramai lelaki termasuk golongan VIP. Walhal sebilangan mereka sudah beranak pinak.

Tidak disangka, sejak dahulu hingga sekarang wanita berstatus janda masih terus menjadi buruan sedangkan mereka bekas isteri kepada lelaki.

Mengapa?

Isnin, April 13, 2009

Jagoan Ranjang

Semasa menjalankan tinjauan di Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur saya melihat ramai peniaga jalanan menjual pelbagai bahan dikatakan mampu meransang tenaga seks lelaki, ‘ubat kuat’. Majoriti ubat kuat dijual diseludup masuk dari negara China dan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Antaranya ‘Viagra China’, pil berbentuk tiga segi berwarna biru muda. Harga viagra itu, RM5 sebiji.

Jika ada lelaki benar-benar lemah tenaga batin, mereka seharusnya mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan bertauliah. Jika tidak bimbang mereka bakal berhadapan dengan bahana tidak dijangka.

Pernah sebelum ini, pengguna Viagra China dilapor meninggal dunia akibat pengambilan pil terbabit secara berlebihan. Sebilangan lelaki dilihat sanggup berbuat apa sahaja demi menunjukkan kejagoan di ranjang biarpun tindakan mereka mampu mengorbankan nyawa.

Mengapa begitu?

Ahad, April 12, 2009

Nospan

Nospan, pil penahan sakit banyak disalahgunakan remaja. Saya pernah membuat liputan kesan pil terbabit di kalangan sebilangan pengguna remaja di Kuching, Sarawak pada awal tahun 2007. Pengambilan Nospan mampu membuatkan pengguna berada dalam keadaan khayal berpanjangan. 22 biji Nospan boleh dibeli dengan harga RM6.50 pada ketika itu.

Khamis lalu, 16 pelajar sekolah berusia antara 13 dan 14 tahun di Penanti, Georgetown, Pulau Pinang dilapor ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah kerana berkelakuan tidak normal di sekolah. Mereka, termasuk 2 pelajar perempuan dikatakan ‘lalok’ atau khayal pada jam 5 petang. Sebiji pil dibeli dengan harga RM1.

Macam-macam.

Jumaat, April 10, 2009

Lelaki Takut Bini

Ramai lelaki takut bini tetapi majoriti enggan mengakuinya secara jelas. Alasan berikut sering mereka ungkapkan.

“Aku tak takut bini, cuma bini tak takut aku”

Ada lelaki goyah dimarah bini, menikus sehingga menepati maksud pepatah Melayu, pijak semut tidak mati sewaktu berdepan isteri garang. Sebilangan lelaki muak mendengar leteran dan melihat wajah bini masam bak cuka lalu mereka akur tindakan bini biarpun bukan semua betul.

Paling menyedihkan, apabila ada lelaki mengikut telunjuk bini seratus peratus sedangkan dia ketua keluarga dan mungkin pada masa sama memegang jawatan besar dalam syarikat mahupun negara. Mungkin kelompok ini tidak sedar hakikat, bini, perempuan, diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki sahaja.

Khamis, April 09, 2009

Bola Atau Bala?

Penyokong pasukan bola sepak di negara kita kini ‘setaraf’ penyokong luar negara. Mereka berani membakar kereta polis, mencederakan dua anggota pasukan keselamatan terbabit dan orang awam.

10.30 malam, 31 Mac lalu, pasukan Kelantan tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan dalam pertandingan Liga Super. Tidak berpuas hati, penyokong negeri Cik Siti Wan Kembang itu merusuh di luar Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu. Tiga ditahan polis, guru dan dua pelajar.

Polis terpaksa melepaskan 20 das gas pemedih mata bertujuan menyuraikan penyokong merusuh.

22 pemain terpilih mewakili negeri berebut sebiji bola di padang akhirnya mengakibatkan rusuhan membawa kemusnahan. Sedangkan sukan dikata pemangkin mengeratkan perhubungan sesama manusia.

Hairan.

Rabu, April 08, 2009

Longkai

Setiap pemandu kereta berkebarangkalian terbabit dalam kemalangan jalanraya samada terbabas, dilanggar atau melanggar kenderaan lain.

Sebaik kemalangan berlaku, perhatikan, kumpulan penarik kereta, tow truckers atau ‘longkai’ pasti berlumba-lumba menghampiri mangsa jika dia masih hidup. Tujuan mereka sama, memastikan kenderaan mangsa ditarik ke bengkel mereka bertujuan mengaut komisyen maksimum.

Ramai mangsa kurang senang berdepan sikap menjengkelkan penarik kereta. Majoriti mereka mengambil peluang sewaktu mangsa panik ditimpa kemalangan tidak diduga.

Ada pengalaman ingin dikongsikan berhubung sikap longkai?

Selasa, April 07, 2009

Pertemuan Pelayar Terkini

1 Mei tidak bersesuaian kerana hari Jumaat. Saya cadangkan 2 Mei, Sabtu. Boleh?

Makanan dan minuman masih secara pot luck dibawa bersama keperluan lain, pinggan, sudu plastik dan tisu. Bawa makanan mudah dihidangkan, contohnya bihun, mee, nasi goreng.

Jangan lupa membawa tikar, tuala dan keperluan mandi.

Bar-b-que memerlukan tempat pembakar dan peralatan lain, agak leceh dilaksanakan, maaf.

Pertemuan ini terbuka kepada semua pelayar, keluarga dan rakan.

Ingat, kita bertemu untuk lebih mempereratkan silaturrahim, makan dan minum bukan agenda utama tetapi keperluan.

Saya percaya aktiviti mandi-manda sudah mencukupi bagi semua samada dewasa mahupun kanak-kanak. Percayalah.

Pengangkutan paling mudah menggunakan kereta, kemudahan bas terbatas ke kampung saya samada dari Tg. Malim atau Slim River. Exit Tg. Malim, ikut jalan arah ke Proton City, highway dan kemudian ikut papan tanda ke Kg. Sg. Bill. Jika tersesat, bertanyalah.

Kg. Sg. Bill


Kg. Sg. Bill


Ahad, April 05, 2009

Pertemuan Pelayar Mazidulakmal.blogspot.com

Sebelum ini saya pernah mencadangkan untuk membuat gathering khusus bagi pelayar blog ini. Tetapi tidak dapat dilaksanakan atas pelbagai sebab.

Kini saya cadangkan …

1. Buat di kampung saya, hanya setengah jam dari Kuala Lumpur.
2. Mula jam 10 pagi, habis jam 6 petang.
3. Makanan, pot luck. Bawa makanan dan minuman masing-masing dan makan sama-sama.
4. Boleh mandi manda sebab ada sungai, air jernih dan sejuk.

Macam mana? Cadangan lain?

Kampung Saya

Ikan Apa?

Sewaktu saya berusia 5 tahun, ikan ini tidak bernilai. Maksudnya jika dijala, tertangkap, ikan akan dibuang semula ke sungai.

Pagi tadi sewaktu ke pasar lambak di Slim River, Perak, saya terlihat ikan ini dijual peniaga Melayu. Lalu saya menggamit abah, dia banyak pengalaman memancing dan menjala ikan sewaktu kami tinggal di Kundang, Rawang, Selangor.

“Berapa sekilo ikan ni?,” tanya abah.

“RM35,” balas peniaga terbabit.

“Sebab apa ikan tu mahal sangat?,” tanya saya kepada abah.

“Cina suka,” balasnya ringkas.

Siapa tahu, ikan apa?

Sabtu, April 04, 2009

2 Tahun 360

Program 360 disiarkan setiap Rabu jam 9 malam memulakan siaran pada 4 April 2007. Episod pertama, ‘Anak Jalanan’ berjaya meraih lebih 2.7 juta penonton. Kini program sama di saksikan purata 2.2 juta penonton setiap minggu.

Hari ini 360 berusia 2 tahun. Terima kasih kepada semua penonton menghargai penat lelah krew terbabit menjayakan program terbitan Primeworks Studios ini.

Jumaat, April 03, 2009

Kredibiliti Wan Zaleha

"Hai!,” katanya.

Saya tersentak buat seketika sebelum duduk di sebelah beliau di bilik menunggu tetamu MHI pagi tadi.

Wajahnya manis biarpun tubuhnya kelihatan agak kurus. Dia bekas personaliti TV3, Wan Zaleha Radzi. Datang ke Sri Pentas memberikan sokongan kepada penyanyi baru, Amanda Imani, 17 tahun.

“Bagus awak, boleh buat program serius (360) dan santai (MHI) sekaligus,” puji beliau.

“Saya belajar daripada orang terdahulu, you,” balas saya terharu sambil merenung tepat wajahnya.

Sebelum ini saya pernah bertemu beliau tetapi tidak berkesempatan bersembang panjang. Semasa saya mula bekerja pada 18 Julai 1997, Wan sudah meninggalkan TV3. Kredibilitinya sebagai pengacara Majalah 3, suatu ketika dulu tidak boleh dipertikaikan. Beliau insan berbakat dan personaliti berkredibiliti.

Biarpun banyak kali saya dicerca pelbagai pihak sepanjang kerjaya, pujian dilontar beliau menghapuskan segala kemelut di minda.

Khamis, April 02, 2009

Di 'Rogol' Dua Kali

Hari ini saya menghubungi wanita berusia 40 tahun melalui telefon berikutan sistem pesanan ringkas dihantar ke talian hotline 360.

Menurutnya dia dirogol pemandu teksi dua tahun lalu semasa dalam perjalanan dari Ampang Point ke Keramat, Kuala Lumpur.

“Saya memang duduk KL tapi tak familiar sangat dengan tempat. Masa tu siang, dia rogol saya kat dalam teksi,” ujarnya.

“Repot polis?,” tanya saya.

“Tak. Saya tak berani. Dia bomoh, dia tahu kat mana rumah saya. Bahaya,” jelasnya.

Pemandu teksi terbabit didakwa berbangsa Melayu.

“Kali kedua tu, saya ada emergency, call dia. Dia rogol saya di rumah tumpangan,” katanya.

“Huis! Awak kata dah dirogol kali pertama. Macamana awak boleh call pemandu teksi sama? Lepas tu dirogol di rumah tumpangan pulak,” saya hairan.

Dia kemudian memutuskan panggilan.

Bukan April Fool

Jam 1 tengah hari, 1 April 2009, Nurul Nazeha Mohd Zahir, 10 tahun dilaporkan diculik sekumpulan 3 lelaki menaiki van putih di Subang, Selangor.

Van terbabit dikatakan persis kenderaan digunakan semasa kejadian culik Nurin Jazlin Jazimin pada 20 Ogos 2007.

Nurul dalam perjalanan ke sekolah dikatakan ditarik seorang daripada lelaki di dalam van dan kemudian dilarikan ke lokasi tidak dikenal pasti.

Bagaimanapun penjenayah mengugut bunuh Nurul tiba-tiba hilang minat dan mencampakkannya ke dalam longkang kira-kira jam 11 malam berhampiran Plaza Tol Subang. Mangsa bengkak di kepala dan mengalami trauma akibat kejadian itu.

Kepada ibu bapa, usah cuai memantau keselamatan anak. Air mata darah sekalipun tidak mampu mengembalikan mereka jika anak tersayang jatuh ke tangan penjenayah tidak berperikemanusiaan.