Selasa, April 21, 2009

Perbandingan Biar Betul

Pagi tadi dalam program Malaysia Hari Ini, saya berpeluang menemubual Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Syed Mohamad Tahir di pekarangan Sri Pentas.

“Ada pandangan mengatakan enjin CamPro CPS Proton Exora 1.6 CC tidak cukup kuasa sebab body besar. Sebenarnya kita bina body Exora dengan bahan lebih ringan. Apapun saya menyarankan orang ramai ke 282 cawangan Proton Edar bagi memandu sendiri Exora. Pasti selepas itu pandangan berubah,” ujar beliau.

6 warna kesemuanya berharga RM69,988 dan RM76,988 mengikut model dan eksesori ditawarkan. Saya diberi peluang memandu Exora, luas, selesa dan berkuasa.

“Jangan banding Exora dengan MPV imported lain berharga RM300,000,” tambah Datuk Syed.

“Kena banding apple to apple,” celah saya.

Beliau bersetuju.

7 ulasan:

  1. ehem..ehemm...Datuk Syed tu enshem laaa...suara pun macho (^.^)

    BalasPadam
  2. berminat dengan Exora warna putih,
    nampak lebih smart n bergaya..

    BalasPadam
  3. MPV harga bawah RM100 ribu dengan RM300 ribu, sudah pasti jauh perbezaannya..

    tapi EXORA dilengkapi dengan GPS dan DVD, memang hebat MPV buatan Malaysia.. tahniah Proton

    BalasPadam
  4. diharap proton selepas ini mampu membuat kereta yang berkuasa besar atau pun super yg sporty dan mampu milik seperti honda nsx

    BalasPadam
  5. smlm astro down sbb sabah berangin..so combi tgk melalui radio widget kat blog jek.. :)

    comel exora sesuai dgn nama.. :)

    BalasPadam
  6. harga yg berbaloi2..syabas proton..Enjin Campro CPS tu boleh dipertingkatkan lagi kuasa kudanya kerana enjin CPS di thailand mencecah 140ps berbanding CPS malaysia sekitar 125ps..Cuma perlu tune up ECU dan Set semula Cut Off..settle..Tunggu 4-5tahun lagi dapatlah beli sebuah..

    BalasPadam
  7. aku skang pakai campro standart... auto... takde masalah beso... cuma bila nak memotong, bunyi macam enjin lori balak naik bukit je... tapi pergi tetap pergi no hal....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.