Rabu, Julai 21, 2010

Ambil Tindakan Kepada Syarikat Pembekal Pengawal Keselamatan Haram

Semalam 17 pengawal keselamatan warga asing diberkas dalam operasi bersepadu di antara penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, KDN dan Jabatan Imigresen Putrajaya.

Antara mereka ditahan melanggar Akta Imigresen 1959/63, warga India, Indonesia dan Bangladesh, rakyat asing tidak layak menjadi pengawal keselamatan kerana menyalahgunakan permit kerja dan sebilangan memiliki pasport tamat tempoh. Saya lihat pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen telah melaksanakan tugas mereka dengan baik begitu juga penguatkuasa KDN.

Namun itu tidak bermaksud syarikat pembekal pengawal keselamatan terbabit dilepaskan tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

Petang tadi saya dimaklumkan Timbalan SU Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman awam, KDN, pihaknya akan mengambil tindakan samada membatal, menarik atau menggantung lesen syarikat pembekal pengawal keselamatan haram diberkas.

Keputusan itu saya jangka akan diumumkan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam bakal diwawancara 999 pada jam 6.45 pagi esok.

Hemat saya, Datuk Seri Mahmood biarpun mesra namun tegas dalam membuat keputusan tambahan pula syarikat pembekal pengawal keselamatan terbabit terbukti melanggar syarat ditetapkan KDN.

3 ulasan:

  1. Bro...
    Sebenarnya syarikat pengawal keselamatan kecik2 ni mmg banyak dan rata2nya hak milik bumiputera. Ada juga bekas2 pesara tentera. Memandangkan syarikat mereka ni kecil dan yang bro sendiri sedia maklum org melayu mmg suka "paling murah" maka mereka terpaksa menggajikan pendatang untuk menjadi guard yang gaji jaaaauuuuhhh lebih murah daripada bekas tentera nepal dan rakyat Malaysia sendiri. Saya memang kenal amat beberapa syarikat pembekal pengawal keselamatan bumiputera yang menggajikan pendatang asing sebagai guard. Ini kerana saya pernah berurusan dengan mereka. Saya fikir satu je sebabnya... kerana mereka tak ada pilihan, pelanggan mahukan harga yang murah, dan yang murah itu adalah pendatang asing yg bukan dibenarkan menjadi guard. Itu sahaja.

    Mujur juga syarikat yang kini sy bekerja merupakan syarikat Jepun. Seperti yang bro maklum, orang Jepun memang cukup berbangga dengan org mereka. Jadi setiap supplier, tak kira supplier alatulis, insuran, guard, perlatan pejabat, repair komputer hatta kereta pun mereka mahukan Syarikat Jepun dan produk keluaran Jepun walaupun harga jauh lebih tinggi dari supplier negara lain.

    Jadi tak hairanlah kalau syarikat besar2 (bertaraf international) mampu menggajikan rakyat Malaysia ataupun bekas tentera Nepal. Bayangkanlah, syarikat saya membayar 3x ganda lebih mahal berbanding dulu sewaktu kami menggunakan syarikat kecil yang membekalkan pekerja yang sama banyak dan sama waktu kerja.

    Masalahnya bukan semua syarikat sanggup berhabis duit begitu banyak untuk perkara mcm ni kan? Kalau betul2 kerajaan hendak mengambil tindakan kepada mereka... saya yakin amat... rata2 mereka merupakan syarikat bumiputera dan akhirnya bungkus meninggalkan bidang pembekal pengawal keselamatan kepada syarikat antarabangsa....

    BalasPadam
  2. Satu cara lagi supaya tiada rakyat asing bekerja sebagai pengawal keselamatan ialah dengan cara mem'polis bantuan'kan semua pengawal keselamatan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.