Khamis, Julai 08, 2010

Pembohongan Terbesar Media Barat (Eksklusif)

Saya dan krew TV3 selamat tiba dari Kaherah, Mesir jam 10 pagi tadi. 11 jam penerbangan dari Kaherah melalui Bahrain, memenatkan.

Sepanjang 13 hari di Mesir, banyak kejadian pahit manis dilalui bersama krew dan kakitangan pertubuhan bukan kerajaan, NGO, Aman Palestin Malaysia, AP. Ditahan polis bahagian risikan selama hampir 2 jam dan berdepan kerenah pihak berkuasa di setiap pos kawalan antara cabaran getir ditempuh.

Namun pada jam 3.54 petang, 3 Julai lalu, AP dan kami berjaya tiba di Rafah, 5 jam perjalanan dari Kaherah. Dari jauh tersergam satu daripada pintu masuk ke 'penjara terbesar di dunia', Gaza.


Pintu masuk ini dikawal ketat polis dan tentera Mesir di antara jam 9 pagi dan 6 petang. Untuk tiba ke sini, 4 pos kawalan polis dan tentera terpaksa dilalui.



Bantuan kemanusiaan berupa ubat dan susu tepung akhirnya berjaya dihantar kepada penduduk Gaza dengan pertolongan kakitangan Arab Medical Union setengah jam selepas kami tiba.


Media barat menghebahkan berita kepada dunia kononnya pintu masuk di Rafah dibuka namun  kami mendapati itu tidak lebih daripada satu pembohongan terbesar mereka. Lebih 1.5 juta penduduk Gaza masih terperangkap, hanya segelintir dibenarkan keluar dan masuk. 

"Ubat kita hantar terpaksa diistiharkan sebagai makanan dan barang keperluan seperti sabun tidak dibenarkan masuk, " ujar pengerusi AP Malaysia, Abdullah Zaik Abd Rahman, 44 tahun.

Kerajaan Israel dan Mesir amat gusar sekiranya terdapat barangan dihantar NGO dunia boleh digunakan untuk membuat senjata di Gaza.


Biarpun sebelum ini kapal membawa bantuan kemanusiaan melalui laut diserang komando Israel, saya melihat tekanan kuasa besar dunia masih belum mencukupi untuk memaksa kerajaan Mesir membuka sepenuhnya pintu di sempadan terbabit. Barangkali terselit agenda tidak kita ketahui.

Setiap percubaan masuk perlu mendapat kelulusan bertulis dari Majlis Keselamatan Mesir. Malangnya segelintir wartawan memiliki surat kebenaran memasuki Gaza juga dinafikan hak di pintu masuk Rafah.



“When I was in Germany, the embassy told me that I only need my international pasport in order to go to Gaza. But after nine times I went to the Rafar crossing, it’s about fifty kilometers from El Arish, I still fail to enter Gaza,” ujar wartawan berasal dari Munich, Jerman, Thomas Brodbeck.

Di samping Thomas, kami menerima nasib sama. 

“The world has to know the truth but as if now even press members from the United States and Jordan can’t cross the border. Rules change everyday then now no one knows how real is the reality,”  tambah Thomas lagi sebelum pulang ke Jerman.

Apapun terima kasih kepada semua kakitangan AP Malaysia banyak membantu kami menjalankan tugasan dan paparannya akan disiarkan Majalah 3 dalam jangka waktu terdekat.

10 ulasan:

  1. Eee.. teruknya...

    Kita ditipu hidup-hidup selama ini...

    BalasPadam
  2. Kerajaan Mesir dah makan rasuah dari Israel...sebahagian rakyatnya mengamalkan rasuah..tgk sdri akibatnya pada sebuah negara..

    BalasPadam
  3. Mesir pun takut dgn Israel Laknatullah.

    Ketakutan yg bknnya membawa kebaikan utk Mesir, tetapi pasti akan tiba saat & ketikanya Israel akan membalas jasa2 Mesir dgn hadiah2 yg lebih menakutkan & tdk dijangkakan oleh Mesir. Tunggu & lihat...

    BalasPadam
  4. dulu dorang dah pernah perang pn...Israil hampir kalah dulu n then US tolong israil...aku prnh trbaca tapi lupa tarikh yg tepat perang 2...tapi mesir yang xpernah ambik iktibar...berbaik jgk dengan dajjal Israil 2....klu terus sekongkol ngan israil tgklah pasni...semenanjung Sinai mesti jadi hak Israil...dia tunggu peluang nak ambik yang 2 je...bodoh Mesir ni....mmg bodoh...org Islam pn nak aniaya....sian org Gaza..

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam
  5. ramai pengkaji isu palestine ni tahu yg pintu masuk Gaza telah di buka adalah satu PEMBOHONGAN media antarabangsa. jika benar Mesir benarkan, tak timbul isu konvoi bantuan melalui jalan laut at the first place..

    Alangkah kelakarnya bila banyak barangan pengguna (contoh : sabun) di larang utk di bawa masuk kerana boleh di jadikan senjata. apa lah sangat "bom sabun" kalau nak di bandingkan dgn bom FOSFORUS dari terrorist state Israel.

    alangkah memalukan negara yg melahirkan banyak ulama2 (Al-Azhar) ini bersekongkol sgt yahudi zionis mengepung saudara sebangsanya di Palestine. Apakah jenis ulama yg di keluarkan dari negara Mesir ni agaknya? adakah ulamanya sejahat-jahat makhluk di bawah langit seperti hadis nabi?

    Penyelesaian bagi konflik Israel ini adalah PERANG. mungkin ramai yg tak setuju, konon perjanjian damai masih ada harapan, tapi sedarkan kah kita yang Bani Israel ini pernah mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah. Ini kan pula perjanjian dgn kita yg bertaraf GOYYIM di mata mereka..

    BalasPadam
  6. Org Arab memang sejak berzaman ada masalah; berakar umbi dalam diri & masyarakat mereka. Maka itu tak hairan boleh dikatakan majoriti Nabi turun kat sana; Adakah Nabi turun di negara lain. Emmm! dakwaan Nabi Melayu?!.

    Tahniah Bro Maz & rombongan; bukan kerja mudah & selamat sebenarnya mahu ke Gaza sana.

    Niat kita mahu membantu itu sudah dikira amal makruf, jihad & pahala; Kerajaan Mesir yg banyak sangat syarat penghalang sebaiknya jangan buat kita putus asa. Tanpa bantuan negara luar apa akan jadi penduduk Gaza sana!.

    BalasPadam
  7. Biasalah kerajaan kena buat pembohongan mungkin kerana ingin kekal memerintah,mungkin parti tu ingin kekal memrintah kerajaan terpaksalah kena sokong/minta bantuan jew, contoh kat malaysia ada apco(jew) untuk parti kekal memerintah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.