Isnin, Julai 12, 2010

Perbalahan Tentera dan Badwi

Penderitaan lebih 1.5 juta penduduk Gaza tidak pernah dilupakan. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, NGO terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka.

Terbaharu, sepasukan kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berlepas ke Mesir pada jam 1.30 pagi ahad lalu. Mereka berhasrat memasuki Gaza melalui Rafah. Saya doakan rombongan turut disertai Pengarah Eksekutif Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3, Datuk Ahmad A. Talib itu berjaya mencapai misi dirancang.

Apapun biar saya kongsikan sedikit maklumat berhubung perjalanan saya ke Rafah pada 3 Julai lalu secara lebih spesifik.

Jarak dari Kaherah ke Rafah, 384 kilometer melintasi bandar di tepi Laut Mediterranean, El Arish dan sebelum tiba ke pintu masuk ke Gaza terbabit kami terpaksa melepasi 10 pos kawalan keselamatan, check point,  polis dan tentera. 

Sehari sebelum itu, perjalanan kami ke El Arish bersama sukarelawan NGO, Aman Palestin diiringi di antara empat dan lima pegawai dan anggota polis secara bergilir-gilir dari pos kawalan pertama sehingga ke lokasi penginapan. Jurukamera, Mohamed Ali Othman merakamkan gambar kenderaan polis di bawah melalui celah tirai di belakang van kami naiki.


Saya pasti kejadian itu tidak pernah berlaku kepada pelancong Mesir berkunjung ke Malaysia sebelum ini. Mereka bebas bergerak ke mana sahaja sambil merakamkan gambar di pelbagai lokasi.

Namun di Mesir pergerakan kami terbatas dan penggunaan kamera pegun atau video dianggap terlalu sensitif bagi pasukan polis. 

Kami kemudian difahamkan berhubung isu perbalahan berlaku di antara kaum Badwi dan tentera Mesir. Untuk rekod, kaum Badwi lengkap bersenjata mendiami kawasan gurun di sepanjang lebuh raya di antara Kaherah dan El Arish.

Sewaktu tiba di El Arish saya rakamkan papan tanda dipacakkkan di tepi lebuh raya 'Foreigners are forbidden to leave the main road' ini.


Tidak hairan, mengapa pemandu teksi enggan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan biarpun dipinta berberapa kali. Namun saya tetap mencari peluang merakamkan gambar penempatan kaum Badwi berselerak berhampiran lebuh raya.


Saya percaya jika dakwaan berhubung krisis berlaku di antara tentera dan kaum Badwi benar berlaku,  kerajaan Mesir barangkali gusar isu itu tersebar ke seluruh dunia. Maka mereka melaksanakan langkah berjaga-jaga.

4 ulasan:

  1. en.mazidul,

    saya xsempat nak baca halaman (Di antara Mesir dan Israel)..

    BalasPadam
  2. Mesir ni sekutu kuat Israel.. Sangat kecewa kerana Mesir negara Islam tapi tak membantu untuk Islam pun..

    BalasPadam
  3. Saya kagum dengmn cara penulisan anda bersama-sama fakta yang diberi. Saudara juga mungkin lebih tahu benar rombongan saya bagaru berlepas Ahad lalu. Antara yang dinytakan di tV adalah mereka membawa alat bantuan kaki palsu. Saudara lebih arif keadaan di negara kita. Saya dengar ramai orang rakyat 1Malaysia yang menunggu bantuan kakipalsu. Sesetenganhnya dah bertahun menunggu.. Tidakkah kumpulan yang yang membawa kakipalu sepatutnya lebih prihatin kepada rakyat sendiri. jangan negara lain kata kepada kita, seumpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan. Betul ke

    BalasPadam
  4. Ada ketikanya bantuan kaki palsu ini saya yakin amat mencukupi di Malaysia; isunya mungkin yang berhak itu tidak dapat di kesan oleh pihak kerajaan atau Agensi Kebajikan mahu pun NGO.

    Ada juga bantuan yang tidak sampai lantaran sangkut di sana sini. Biasanya begitu.

    Setahu saya kerajaan kita sentiasa sedia membantu kepada rakyat marhaen sebab itu terkadang sampai lebih peka sampai ke luar negara.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.