Sabtu, November 20, 2010

Implementasikan KUASA Bloggers!!! (Kita Cuba)

"Saya 2 tahun kerja ladang sana Klang, lepas itu sini mari kerja," ujar lelaki berusia 25 tahun, berbaju oren.

3 rakannya, juga warga India berasal dari Chennai sibuk mencuci kereta.

Tapak premis mencuci kereta itu, kawasan parkir di Rumah Pangsa Jalan PJU 8/6, Desa Temuan, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.


Tidak! Tidak! Tidak! Mereka sama sekali bukan pelanggan khas kedai di Desa Temuan seperti tertera di papan tanda di atas. Warga India berusia di antara 24 dan 44 tahun terbabit, kesemuanya berstatus pendatang tanpa izin, PATI kerana menyalahgunakan permit kerja telah lama tamat tempoh..


"Saya sini Malaysia sudah duduk 5 tahun," kata pekerja.

Maksudnya, sejak 3 tahun lalu dia tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Apa fasal tak balik India?," soal saya.

"Rumah tarak bikin lagi," jawabnya.

Tambahnya, antara tujuan mereka berhijrah ke Malaysia, untuk mencari wang dibuat modal membina rumah batu di kampung halaman.

"Satu rumah RM60,000, sekarang itu pasir sama simen, harga sudah naik," tambahnya selamba.

Engkau datang ke negara aku, lari daripada majikan, sekarang bekerja secara haram pun ada niat membina rumah batu. Sedangkan warganegara aku, ramai tidak memiliki rumah sendiri dan segelintir tinggal di bawah jambatan.

Itu detak hati saya.


Tiada langsung riak keresahan mahupun kebimbangan tergambar di wajah mereka, selesa bekerja biarpun berstatus PATI.

Saya percaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, tidak mengeluarkan lesen untuk premis mencuci kereta di dirikan di tapak pakir kawasan perumahan. Maksudnya, selain bekerja secara haram, premis ini juga tidak berlesen.


"Siapa punya ini car wash?," tanya saya.

Dia menjawab.

"Haaaa? Awak memang berani! Kalau saya jadi awak, saya mesti tak kan bagi tahu siapa saya punya taukeh," kata saya.

Itu reaksi spontan saya sebaik mendengar identiti sebenar pemilik premis terbabit.

Jika dakwaan pekerja itu benar, saya terfikir ...

Malangnya Malaysia.

Mereka diperuntukkan kuasa menegakkan undang-undang negara kemudian secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa terbabit, rela melacurkan negara sendiri, menggajikan PATI di premis tanpa lesen hanya kerana wang.

Jika penghibur ulung negara, biduan Allahyarham Sudirman Hj Arshad pernah mendendangkan lagu 'Milik siapakah gadis ini', pembaca tekalah, milik siapalah premis ini?

Saya yakin pembaca setia blog ini tahu saya telah ribuan kali menyertai operasi bersama pelbagai pihak berkuasa, membanteras PATI di seluruh negara.

Kali ini saya ingin semua pembaca 'mengambil bahagian' dalam operasi di alam maya. 

MBPJ memiliki laman web menawarkan ruang aduan. Justeru, mari bersama kita adukan kepada pihak berkuasa tempatan terbabit berhubung kegiatan tidak sah berlaku di hadapan mata.

Hantarkan aduan ke aduan@mbpj.gov.my dan pada masa sama, ISNIN akan datang, 22 November 2010, bermula jam 10 pagi, kita bersama menghubungi MBPJ menggunakan talian 03 79546 3544 untuk melontarkan aduan serupa.

Kita lihat sejauhmanakah kepantasan MBPJ bertindak menangani kes ini berlandaskan aduan orang ramai.

Blog ini memiliki lebih 3,000 pengikut, jika kita bertindak membuat aduan secaera bersepadu, saya yakin operasi premis terbabit mampu dilumpuhkan pada hari Selasa atau Rabu. Jika pada hari Khamis tindakan tidak dilaksanakan, kita gagal.

Apa kata sekurang-kurangnya setiap pelawat menyalin tampalan ini dan seterusnya hantarkan kepada emel MBPJ jika berasa rugi menghubungi penguatkuasa mereka. Maklumlah setiap panggilan keluar mempunyai kos tersendiri.

Jika pembaca telah menghantar emel atau menghubungi MBPJ, maklumkan saya melalui ruangan komen blog ini.

Mari kita implementasikan kuasa bloggers!

20 ulasan:

  1. ayuh....kuasa bloggers jugak yang menyebabkan gelombang 2007 dalam arena politik... mujur sekarang ni dah semakin seimbang antara ke-2 jargon-jargon yg terlibat...:)

    Dato' Bendahara Buta Sejarah?

    BalasPadam
  2. Salam BRO,
    Saya telah tampalkan entri ini berserta gambarnya sekali ke email MBPJ. Saya harap usaha ini akan memberikan hasil yang kita harapkan, ke arah kebaikan bersama.

    Adakala, kesal sungguh bila warga luar begitu rajin dan gigih sehingga sanggup mengambil risiko berada di negara orang tanpa izin, sedangkan ramai warga tempatan kita masih lagi malas, memilih kerja dan tidak segigih mereka, sedangkan sendiri pun belum berumah batu juga.

    BalasPadam
  3. Salam TM...

    Ramadhan lalu saya singgah ke kedai pemborong tudung di...(taktau apa nama tempat tu,jarang merayap) yg berhampiran dgn balai polis campbell tu....
    sembang punya sembang saya diberitahu kawasan sekitar tu dah jadi macam milik Pakistan dan seangkatan dgnnya...peniaga bumi byk dah lari atau kena main atau..mcm2 istilah lagi lah.

    Kita tau chowkit dan pasar keramat dah jadi milik siapa...pekan2 kat Hulu Yam pun dah dikuasai siapa..B'fields pun dah dimonopoli siapa...mungkin tu yg terkeluar dari mulut tauke kedai tu (mungkin dia satu2nya melayu yg masih kuat gamnya di situ), katanya ~ Malaysia ni macam pelacur...tunggu hancur....semua bangsa boleh masuk...akhirnya peribumi lunyai dan busuk...apa daya saya TM....

    MBPJ dan seangkatan dgnnya tu, kalau depa sendiri 'betul' tau mengimplementasikan tugas, amanah dan t/jawab, harus peranan kita kecil jer. depa bukan taktau permainan PATI ni. bahkan rasanya dah masak empok pun tapi...sengaja ramai yg suka dikencingi....maaf cakap, besar mana pun organisasi, kedudukan atau apapun lah...ada dua benda jer yg punya kuasa luarbiasa utk melumpuhkan...saya terpaksa sebut walaupun pahit dan memalukan kerana itu satu kenyataan iaitu BURIT DAN DUIT. Dua benda ni lah yg menyebabkan apa yg kita alami sekarang...mana anak cucu kita nak pi masa depan?

    BalasPadam
  4. sambung lagi...
    dulu saya sakit hati bila peniaga kecil bumi kat tpi jalan bawah pokok tak habis2 dapat surat saman sdgkan dlm masa yg sama ditempat yg sama pendatang tak menang tgn menggulung rm...pihak berwajib sentiasa punya alasan kukuh, begitu juga para pendatang...bila saya tanya macamana boleh senang2 berniaga tanpa diganggu, mereka jawab, ala..selak kain jer...jgn lokek hulur... saling hulur menghulur...tanpa fikir masa depan anak cucu sendiri akhirnya kebulur di bumi leluhur....

    sedih! terjadi tapi tak dpt nak dibukti lagi...
    apapun teruskan usaha anda, moga di'lihat' pihak berkenaan...

    BalasPadam
  5. Salam Sdr MAS...

    kakcik dah salin tampal entri ini ke emel aduan itu. Tapi kakcik tak pasti sama ada berjaya dihantar atau tidak. Harap2nya sampailah maksud kita. Andainya (mungkin) tiada tangan2 ghaib yang berselindung dalam tubuh yang memakai uniform dan kuasa, telah lama rasanya masalah PATI ini dapat diatasi....

    BalasPadam
  6. salam..baru lepas email..menyahut seruan bro

    BalasPadam
  7. saya sudah emailkan aduan saya! anda sudah? ayuh mari lakukan....

    BalasPadam
  8. Saya akan call Isnin nanti, InsyaAllah - sebab nak dengar apa reaction Pegawai yg bertugas.

    Bukan tak belas bukan tak kesian kepada pendatang, kita sama2 manusia, bila bayangkan mereka tengah makan bekalan mangkuk tingkat hasil masakan sendiri yg penuh bawang,penuh kentang, penuh terung yg dibeli di Pasar malam blh menitik airmata ihsan kita, ya memang benar, mereka sama2 cari makan tetapi saya berpegang kepada matlamat tidak menghalalkan cara.

    Kes Pegawai tinggi Imigresen (saya tak ingat ketua pengarah atau ranking keberapa) yg sedang dlm kes & mempunyai akaun bank di atas nama isteri di luar negara berjumlah RM9 JUTA - Tidak cukup bukti ke betapa pincangnya akal apabila dikaburi Ringgit & Sen? Nak tau tak...? Suami saya yg tak suka menjatuhkan hukum dan mengata orang tetapi di dalam kes ini berkata "hukum buang daerah aje tu,lucutkan kewarganegaraan!" Terkedu saya... tetapi bersetuju 100%.

    BalasPadam
  9. tampal, salin dan email sudah dibuat, kita tunggu minggu depan..

    BalasPadam
  10. ok. saya copy paste dan emailkan sekarang juga!

    BalasPadam
  11. kalau takde pelanggan takde lah peniaga.so nak salahkan sapa dlm kes ni.. ^.^

    BalasPadam
  12. Dah siap menjalankan tugas.
    Biar penuh inbox aduan@mbpj.gov.my.

    BalasPadam
  13. Terima kasih kepada SEMUA pembaca sudi melaksanakan 'operasi maya' ini.

    Saya akan ke lokasi pada hari Selasa untuk melihat jika tindakan diambil MBPJ.

    Saya percaya desakan pembaca melalui email mahupun melalui panggilan telefon akan membawa perubahan kepada sebilangan pihak cuba menjual maruah negara kita secara terang-terangan terbabit.

    BalasPadam
  14. salam.

    dah email kepada MBPJ malam tadi.

    mari kita lihat siapa yang KENA!!!!

    BalasPadam
  15. Salam Mazudul...

    Dibawah saya lampirkan jawapan dari MBPJ...

    ****************************************

    Tuan
    Merujuk kepada perkara diatas
    2. Dimaklumkan bahawa aduan mengenai PATI adalah diluar bidang kuasa
    MBPJ.Aduan boleh terus disalurkan kepada Jabatan Imegresen.

    Sekian,Terima kasih

    PPT (ADUAN)

    -----Forwarded by ADUAN/MBPJ on 11/22/2010 12:04PM -

    BalasPadam
  16. jawapan dari..

    ADUAN@mbpj.gov.my
    to me

    show details Nov 22 (2 days ago)


    Tuan
    Merujuk kepada perkara diatas
    2. Dimaklumkan bahawa aduan mengenai PATI adalah diluar bidang kuasa
    MBPJ.Aduan boleh terus disalurkan kepada Jabatan Imegresen.

    Sekian,Terima kasih

    PPT (ADUAN)

    -----Forwarded by ADUAN/MBPJ on 11/22/2010 11:46AM -----

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.