Jumaat, Januari 13, 2012

LACURKAN NEGARA KEPADA PENCUCI KERETA PENDATANG HARAM

Barangkali ramai pernah melihat lelaki seperti lelaki di bawah. Mengayuh basikal sambil membawa baldi berisi air untuk mencuci kenderaan di pelbagai lokasi.


Majoriti pemilik kenderaan dicucui mungkin tidak mempunyai masa terluang untuk bertanya identiti sebenar mereka.

Mereka mencuci kereta 3 kali seminggu dengan bayaran di antara RM30 dan RM40 sebulan bergantung kepada saiz kenderaan.

"Kalau itu Kancil, RM30 sahaja satu bulan," ujar P. Kumar.

Kumar berasal dari Chennai, India, berusia 36 tahun.


Bapa kepada 3 anak berusia di antara 12 dan 15 tahun itu saya temui di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sebaik dipanggil untuk ditemubual, wajahnya kelihatan cuak.

"Dulu masa datang ke Malaysia awak guna permit apa?," soal saya.

Dia kedengaran fasih berbahasa Melayu.

"Permit ladang. Tujuh tahun lepas, saya datang Malaysia, kerja restoran, satu tahun setengah. Lepas itu terus mari sini kerja cuci kereta," jelasnya sambil menghirup teh tarik.

Dalam erti kata lain, dia telah menyalahgunakan permit kerja sejak lebih 5 tahun lalu. Untuk rekod, kegiatan itu melanggar Akta Imigresen 1959/63.

"Satu bulan boleh dapat berapa ringgit?," tanya saya.

"Lebih kurang RM1,500, RM600 saya hantar pergi India, sana 10,000 rupee, kasi anak, bini, papa dan mama belanja," katanya.


"Polis atau Imigresen pernah tangkap awak ke?," soal saya.

"Tidak. Di Puchong, dia orang dari India sudah cuci kereta 7 tahun pun ada, polis sama Imigresen pun tidak tangkap," balasnya.

"Saya ingat susah mahu tangkap sebab awak semua kerja pagi, kan?," soal saya lagi.

"Ya, jam 2.30 pagi, kita tunggu itu semua kereta balik, baru cuci sampai 5.30 pagi," ujarnya.


Menurutnya kini 7 orang pencuci kereta di dalam kumpulannya. Mereka mencuci kenderaan milik penduduk flat, pangsapuri dan pekerja kedai di Sunway Damansara.

"Selepas satu tahun, saya balik India 3 bulan. Masuk balik Malaysia, bayar sama itu ejen di Cheras, RM900, (sepatutnya bekerja di sektor perladangan) semua datang sini cuci kereta," terangnya.

"Awak sudah keluar masuk berapa kali dalam tempoh 7 tahun?," tanya saya.

"Tiga kali," jawabnya.


"Itu basikal, berapa harga sekarang?," soal saya.

"Tiga ratus lima puluh ringgit sahaja," katanya.

Fakta, berbekalkan basikal, baldi, air dan kain pegelap, mereka mampu meraih ribuan ringgit sebulan.


"Dulu kerja apa di India? Berapa gaji satu bulan?," tanya saya lagi.

"Saya umur 25 tahun sudah kerja itu dinding plaster, satu bulan boleh dapat serupa sekarang (RM1,500)," balasnya.

"Awak jangan tipu saya Kumar. Kalau dapat sama banyak, buat apa awak datang ke Malaysia?," saya menggertak Kumar.

Dia terdiam sebelum bersuara.

"Sana India, plaster punya kerja banyak susah, satu bulan baru dapat 10,000 Rupee, RM600 ringgit sahaja," katanya.

Saya hanya ingin mendapatkan maklumat tepat berhubung kegiatan mencuci kenderaan oleh warga asing itu, bukan untuk ditipu oleh mereka secara terang-terangan melacurkan undang-undang di Malaysia itu.


"Awak tidak takut kalau ditangkap oleh polis atau penguatkuasa Jabatan Imigresen?," tanya saya bernada serius.

"Takut juga," balas Kumar.

Kira-kira jam 4 petang semalam, saya bersama kru 666, Razali dan Adam terlihat kelibat wanita turun dari bukit di Seksyen 11, Kota Damansara.


Dia kemudian ke kedai runcit berhampiran lokasi kami duduk, pantas Adam menghampirinya.


"Dia orang Myanmar. Saya tanya, di atas bukit itu ada rumah ke? Dia nampak panik, meletakkan sayur dipegang dan beredar," jelas Adam.

Saya terus merakamkan gambar.


Ternyata dia melarikan diri secara tergesa-gesa dan kemudian lenyap dari pandangan.

Saya dan Adam kemudian bergerak ke Carrefour Damansara untuk melihat sendiri keadaan di puncak bukit. Tetapi sebelum itu saya memberhentikan kereta di premis mencuci kereta di ruang parkir pusat membeli-belah itu.

"Boleh cuci kereta?," soal saya kepada pekerja.

:"Wax? Polish?," tanya pekerja berasal dari Sandakan, Sabah itu.

"Saya mahu cuci kereta sahaja, tidak mahu wax atau polish, boleh ke tidak?," soal saya.

"Tidak boleh," balasnya.

Kami kemudian bergerak ke puncak bukit dan meninjau kawasan terbabit.

 

Tiada penempatan di atas bukit, hanya botol arak murah dan bekas tin minuman kelihatan bersepah di atas tanah kami rakamkan.


"Mungkin lokasi ini dijadikan tempat warga asing melepak pada waktu malam," kata saya keapda Adam sebelum kami turun.

Berikutan kereta kami naiki diparkir berhampiran premis mencuci kenderaan terbabit, kami berdua berjalan menuju kearah pekerja warga asing sedang berehat.


"Kerja di sini guna permit apa?," soal saya sekadar ingin tahu.

Kami sekadar ingin menyingkap fakta berhubung identiti dua pekerja warga Bangladesh terbabit.

"Permit kerja sinilah," balas seorang daripada mereka.

Namun wajahnya tidak mencerminkan keyakinan.

"Oh! Kalau itu Immigration datang memang semua ok? Awak berdua tidak lari?," tanya saya lagi.

Mereka terdiam dan kami kemudian beredar.

Pada jam 4.23 petang, saya dan Adam kembali semula meninjau premis sama.


"Laaa itu boleh pula membasuh kereta," ujar Adam spontan dan kehairanan.

Lalu kami mendekati pekerja berasal dari Sabah, berusia 28 tahun terbabit. Kami kemudian dimaklumkan, hanya members, ahli, sahaja berpeluang membasuh kenderaan di premis itu.


"Lain kali kalau ada pelanggan datang ke sini, awak kena terangkan, hanya members sahaja boleh mencuci kereta di sini. Tadi ingat sebab kereta saya murah sebab itu tidak boleh dibersihkan," kata saya.

Dia mengakui kesilapannya lalu berulang kali memohon maaf.

"Mana pergi dua pekerja Bangladesh tadi?," soal saya.

"Dia orang sudah lari balik rumah, takut," balasnya.

Takut? Kami bukan penguatkuasa undang-undang.

Kami hanya cuba menjadi pelanggan kepada premis itu, mengapa pekerja terbabit harus melarikan diri?

Barangkali semua pembaca mempunyai jawabannya.

Kepada warga asing ingin bekerja sebagai pencuci kenderaan secara haram, datang ke Malaysia. Banyak pihak berkuasa sekadar membutakan mata.

Samada mahu atau tidak, rela atau tidak, bersama kita melihat bagaimana undang-undang negara dilacurkan!

SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI DI FACEBOOK, TERIMA KASIH. SEMOGA BERSAMA KITA MAMPU MEMBUKA MATA PIHAK BERKUASA DAN TINDAKAN WAJAR DILAKSANAKAN.

NOTA

Klik Facebook saya DI SINI, Fan Page DI SINI.


14 ulasan:

  1. 'LACURKAN NEGARA KEPADA PENCUCI KERETA PENDATANG HARAM'

    tajuk ni ada sikit lebih la bro. apapun kita tumpu kpd tajuk ni..CUCI KERETA samada haram atau halal, that's not the issue. apa punca kpd masalah ini? mana pi budak2 tempatan? apa sebenarnya depa mau? cuci kereta adalah kegiatan harian sama juga dgn aktiviti2 lain yg menjana sumber pendapatan. tidak boleh dinafikan ini adalah satu keperluan masyarakat kini. mengapa budak2 tempatan tak berminat. pergilah kemana2 tempat cuci kereta, peratusan besar pekerjanya adalah warga asing. nak tulis banyak2 pun semua orang kampong dah tau. peluang dapat duit ada, tapi budak2 tempatan baik jantan baik pompuan tak minat, (apa yg depa minat entahlah), jadi inilah hakikat dan punca sebenar.

    BalasPadam
  2. kt condo sy pun de india buat keje ni, dia bg tahu dia cover seme kondo kosas n bkt indah ampang, yg pompuan indon pulak buat part time maid, mmg senang btol dia org buat duit kt negara kita tp x dinafikan mrk sangat rajin bekerja guna tulang 4 kerat ...

    BalasPadam
  3. respect lu bro. rajin mencari dan mengupas segala yang berlaku di sekeliling kita. tak ramai peka macam awak. tahniah!!! tabik springggggg!

    BalasPadam
  4. KJee, bukan rajin sangat tetapi kekadang secaa kebetulan kejadian berlaku di depan mata.

    Sebagai penulis, kita menulis secara telus untuk dikongsikan bersama semua.

    Hendak menulis fasal Fasha, tidak begitu pandai :)

    BalasPadam
  5. Kampong Lad, saya setuju.

    Kekadang hairan apabila melihat ramai rakyat negara kita mengganggur sedangkan warga asing berkunjung ribuan kilometer dari negara asal untuk memonopoli bidang mampu menghasilkan wang.

    BalasPadam
  6. SMTI.....

    rakyat Malaysia suka agaknya, basuh kereta murah²

    BalasPadam
  7. berhampiran balai polis klana jaya ada tempat cuci kereta yg mana pekerjanya semua dari myanmar.pemiliknya jika tak silap dari kelantan tapi tak pernah ada ditempat cucian.
    saya pun tak pasti tempat cucian tersebut ada lesen atau tidak.
    yang pasti pekerjanya memang tidak ada permit.
    bila ditanya mereka kata tauke dah bayar.
    bayar pada siapa?...benar atau tidak kita bolih fikir sendiri...
    jumlah warga asing di malaysia pati atau bukan pati sudah melebihi rakyat singapura.
    fikirkan lah subsidi barang keperluan yg ditanggung kerajaan untuk kita dinikmati juga olih mereka.

    BalasPadam
  8. tolak semua perkara mengenai permit dan sebagainya, saya tertarik dengan usaha mereka mencari rezeki halal di negara kita..RM1,500 sebulan..lumayan..anak-anak muda yang masih menganggur dan menyalahkan kerajaan kerana tiada pekerjaan tak berasa malu ke? jari asyik tunding ke sana sini menyalahkan pelbagai pihak sedangkan kaki masih sedap bergoyang di rumah menadah ihsan pekerjaan dari kerajaan..kerja halal..apa nak dimalukan? gadis-gadis remaja yang syok-syok kerja jual diri dan maruah..tak malu pulak dengan kerja tu..mulia lagi mat-mat bangla punya kerja cuci kereta ni..

    BalasPadam
  9. Jgn kan keje cuci kereta.kat hotel 5star pun bnyk org asing keje.hak org tmptn di ketepikan.ramai yg dianiaya olh majikan walau dah 10 tahun keje.ramai yg ditindas terutama ank melayu.panjang ceritanya semenjak org atasan dari india d beri post gm.bnyk helah n mkn rasuah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.