Sabtu, Oktober 25, 2008

Air Kanji Nasi

Jam 10 pagi tadi, Simpang Kecil, Kota Tinggi, Johor Bahru, Johor.

“Pak cik, tolong, tolong pak cik, lepaskan mak bapak saya”

Rayu kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sambil menitiskan air mata. Dia dan 5 adiknya terpaksa hidup terbiar akibat ibu dan ayah, warga Rohingya, Myanmar ditahan Jabatan Imigresen awal bulan ini. Mereka antara 40 ribu pelarian diberikan perlindungan United Nation High Commissioner for Refugees, UNHCR di Malaysia.

Sebagai pelarian mereka tidak dibenarkan bekerja. Azab kehidupan, sehinggakan anak kecil terpaksa minum air kanji nasi sebagai ‘susu’.

Warga Kemboja dan Aceh, Indonesia juga berstatus sama, dilindungi UNHCR di negara ini. Peliknya mereka dibenarkan bekerja, hidup mewah sebagai peniaga.

Mungkin itukah digelar 'double standard' perikemanusiaan?

20 ulasan:

  1. Ntah kenapa org myanmar disisihkan,aq ckp x faham kenapa golongan sprt mereka nih dibenarkan tgl di m,sia (bukan x kesian,tp ader yg buat kes, tuh yg x sdp dgr)

    Kenapa kerajaan x fikir?
    -mereka ni dibenarkan berkeluarga,mereka beranak.Apa nak jd pada anak mereka yg hidup tanpa pendidikan,mereka akan besar dgn tiada ilmu sosial,budaya,budi bahasa dan undang2 negara ini,bygkan mereka tgl utk 15 thn...(kalau dari umur baby smpi 15 thn...dah besar n mereka nih pasti akan mencari kehidupan)
    -Mereka perlu diberikan peluang pekerjaan yang dikawal bagi mengelakkan mereka menguasai pasaran kerja (nanti rakyat kita sendiri yang tiada kerja)
    jika tidak,mereka akan hidup mewah dinegara kita,org kita....msh di takuk lama.
    -Pada pendapat aq mereka perlu byr ckai,kerana dinegara kita hmpr semuanya bersubsidi dan mereka menikmatnya....(keluarga mereka di luar negara yg kaya coz drg hantar duit)

    Di sbh pendatang terlalu ramai, dimana tindakan kerajaan,kerajaan sgt baik,mereka hidup mewah dinegara ini,mereka buat rumah setingan (dkt dgn bandar) orang kita duduk la dlm pedalaman (smpi nak ada karan pun susah,nak keluar pg bandar mmg susah.
    Anak2 mereka berpeleseran,sungguh memalukan,mereka menganggu pelancong,orang awam.Menjejaskan imej negara,membuang sampah dan menjejas pemandangan.anak mereka hidup tanpa pendidikan,jika besar pasti akan melakukan kerja yg tidak baik,kerana asas yang lemah dari kecil.

    Tolonglah kerajaan,ubah semua ini.Jgn nasi menjadi bubur (jangan smpi pendtang ini memberontak mahukan kewarganegaraan dinegara ini.Peluang orang kita akan lebih kecil kerana dikuasai oleh mereka ni.

    Insan yg sudah bosan dgn keadaan pendtg disbh.

    BalasPadam
  2. Ya Allah.. sedih nya rasa hati.. betapa bersyukur nya kiter ngan setiap hidangan setiap hari??

    BalasPadam
  3. Deen, saya juga sedang mencari jawabannya.

    Pemerhati, setakat ini kanak2 Rohingya kerap dilihat meminta sedekah di merata pelusuk negara. Jarang mereka terbabit dalam kegiatan jenayah.

    Ida, itu realiti kehidupan mereka. Selain kekurangan makanan, mereka juga tidak mendapat peluang pendidikan.

    BalasPadam
  4. salam...
    sy msh belajar. di sini ramai sekali pelajar luar. bila raya hari tu, sy tnye mrk "raya nti kemana?". mrk ckp mungkin ke kl je. tbe2 sy t'ingat. bila cuti, d kl pnuh dgn pendatang. adakah mrk yg masuk m'sia sbg pelajar pn terhukum sama? kasihan...kerana mereka yg masuk secara haram, yg halal pn terpukul sama.

    sy pernah juga berjumpa dgn pendatang yg akn dhantar pulang. katanya "alah, nanti aku masuk la lg". mcm mana menunjukkan mrk x heran dgn tindakan kerajaan w/pn menghantar mrk pulang.

    lg menakutkan apabila mrk menceritakan bagaimana hebatnya si sindiket menciplak pasport. sekejapnya hanya seketika ke tandas. keluar shj, pasport yg spt original di tangan. teknologi mana yg mrk bawa agknya???

    jika nk hentikan semua ini, sindiket mesti dilenyapkan, rasuah pn mesti dipadamkan. xgne jika mata yg b'kuasa sndri bisa dikaburi dgn nilai ringgit..

    BalasPadam
  5. kesiannya...
    depa pun manusia juga...
    patut la dok jadi pengemis. "kerajaan"... tak kan tak boleh tolong sikit kot?... budak2 tu lapaq tu..

    BalasPadam
  6. abe MIE nak cakap

    angkut lah pendatang asing..kenapa nak bela tak kira siapa.

    nanti anak pendatang besar, dapat IC, dia jadi Menteri Besar pula lepas tu buat jahat guna atas nama melayu dan Islam.

    abe MIE ada kenalan dah 25 tahun warga myanmar. dah pergi haji dan ada bisnes sendiri. hairan, dalam surat beranak anak mereka digelar BANGSA MELAYU...ayah dan mak dua-dua myanmar muslim...

    Itu belum kira Indo dan Pakistan..

    Orang asing, kalau dah dapat i.ci mereka berlagak pula. kadang-kadang mereka lagi jahat dari HINDRAF!!!

    Abe MIE dah 8 tahun dalam hal ini.

    MALAYSIA NIE NEGARA BUANGAN BANGSA DUNIA KETIGA KE?

    BalasPadam
  7. Bukan tak kesian kat diaorang ni. Tapi kita fikirla, ramai lagi anak bangsa kita yang perlu kita jaga. Tu pun, entah berapa ribu kita sudah terlepas pandang. Kenapa kita nak bela pendatang ni sedangkan ada bangsa kita adakalanya lebih susah dari mereka. Jangan jadi seperti kera di hutan disusukan tapi anak dirumah mati kelaparan.

    Mungkin agak pelik bila kita baca yang mereka hanya minum air kanji. Tapi, tu mungkin senario biasa bagi kehidupan mereka. Seperti juga kita pernah menonton di kaca TV, terdapat satu keluarga di Malaysia ni yang menjadikan siput babi sebagai lauk. Pada mulanya kita pelik dan kasihan. Tetapi, ada seseorang telah mempertahankan tindakan tersebut dengan mengatakan siput babi adalah makanan biasa bagi sesetengah kaum di sana, sepertimana kita memakan siput sedut.

    Kita kena sedar, dah terlalu banyak wang kerajaan dibelanjakan untuk menampung pendatang ni. Kan lebih baik duit tu disalurkan untuk prasarana kat negara kita. Atau setidak-tidaknya kita masih ada bekalan untuk menampung masaalah ekonomi global.

    Saya harap pandangan saja tidak menimbulkan prejudice pada mana-mana pihak. Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Saya nak sambung sikit.

    Ada pendatang asing ni yang dah kaya kat negara kita. Lebih kaya dari kita semua. Tapi, dorang tak kisahkan pun bangsa-bangsa dorang ni yang hidup melarat dan merempat. Kita aje yang terlebih sudu dari kuah, bermati-matian cuba nak jadi penyelamat yang akhirnya, menyusahkan negara kita sendiri. Dorang senang, dah kaya tak payah bayar tax dan mcm-mcm sebagaimana yang dikenakan ke atas diri kita warganegara sendiri. Cubalah faham apa yang nak saya sampaikan ini. Saya nak huraikan secara detail, takut kena saman la pulok.

    BalasPadam
  9. biarpun mereka berbeza, mengapa perlu dilayan sebegitu?
    mereka tetap kanak2. itulah hakikatnya.

    BalasPadam
  10. Buatlah ambik mereka ni kalau nak di torture sebegini?.Pihak Immigresen tangkap mak bapak mereka tapi tidak terfikir kebajikan anak-anak ni?.Dimana Perikemanusian?.

    Saya sedih dan perihatin dengan nasib kaum pendatang di Malaysia bagi saya mereka di layan buruk.Janganlah nak kaitkan gejala-gejala tidak baik saja.Mereka hidup terdesak di negara sendiri..mencuba nasib hidup menumpang keamanan di negara orang lain.

    Bagi hidup ni adik dan saksama..saya percaya kalau dilayan baik mereka menjadi baik dan banyak membantu pembangunan negara ni.Kalau nak harapkan rakyat msia ni sendiri agak-agaknya boleh terbina ke bangunan-bangunan tinggi kat Msia tu?!.Keje sehari MC seminggu.Lepas tu bila bangsa pendatang maju dan hidup senang..marahlah pulak.Tak habis-habis bangga dengan diri sendiri.

    BalasPadam
  11. To mazidul akmal sidek,

    Ye lah,itu yg mazidul nampak sekarang.bagaimana jika nanti mereka besar?
    Mengemis di negara ini saja sudah memburukkan pemandangan,disini benda yg harus ditanya..Dimana tindakan kerajaan? mereka nih gologan elit yg x pandai berfikir sekarang dan hadapan ker?

    Kita boleh ckp mereka baik,tp bagi yg menjadi mangsa pecah rumah oleh warga asing? "mereka boleh ckp,pergi mampus itu dajal,tak mengenang budi".

    Mgkn kita kena tgu kejadian itu berlaku pd paklah baru ada tindakan?bila negara nih huru hara kerana berlaku jenayah dan keganasan,mereka ini bagai james bond,pegi memane je buat jahat pun ble,dorang xda dokumen.pg malaysia dan filipine mcm pegi blk rumah jer.Pastu siap seludup brg lgi tuh,jual rokok seludup n jd kaya raya di M'sia.Apa kes...

    BalasPadam
  12. June, kalau mengikut hak kanak kanak, kita sudah pasti melanggarnya. Itu saya boleh cakap.

    Pemerhati, kini baru saya faham mengapa ramai kanak2 Rohingya di jalanan memint sedekah. Mereka terpaksa mendirikan surau sendiri, begitu juga dengan sekolah tidak formal. Kata ketua kumpulan, Ali "kita kena ada surau, nanti takut Allah ingat kita lupa Dia". Cerita UNHCR akan disiarkan 2 minggu lagi dari sekarang.

    Arryani, ada pelarian sememangnya sudah kaya menikmati khazanah negara. Tetapi kanak2 Rohingya ini berbeza. Mereka saya fikir tidak bersalah dalam hal ini.

    BalasPadam
  13. majoriti kes jenayah di malaysia terutama selangor, kl melibatkan pendatang asing. Itu tak termasuk kes-kes lain seperti cetuskan kekecohan kecil atau jejaskan kebersihan. Memang ramai antara mereka yang buatkan bangunan, bantu malaysia jana ekonomi tapi kenapa mesti datang secara haram dan kemudian, lakukan jenayah di sini? Itulah tak sedar diri namanya. Beranikah kita ke tempat mereka dengan bebasnya mencari rezeki?


    Kita terlalu banyak kasihan kepada orang luar. Ada antara kita yang ambil kesempatan hingga mereka mampu dapatkan kad pengenalan dengan mudah, kira macam jual negaralah lagaknya cuma belum nampak lagi akibat secara jelas. Sampai bila malaysia ni nak dijadikan tempat untuk pelarian dan pendatang dengan sewenang-wenangnya?


    Dengan ramainya mereka peluang pekerjaan banyak terlepas kepada mereka atas beberapa sebab utama:-
    1) majikan ambil kesempatan, pekerja pendatang dipilih dan senang mereka bayar gaji murah

    2)mereka diambil secara kontrak, tiada cuti sakit, tiada bonus, tiada insurans
    3) mereka boleh kerja di kawasan yang Safety tak berapa dijaga, senanglah majikan, tak perlu berhabis duit untuk safety
    4) mereka boleh bekerja lebih 12 jam sehari, jadi pendatang yang dipilih.

    Kerana kehadiran mereka, bagaimana kebjikan rakyat malaysia boleh dipelihara, dengan kerja yang terhad, jika pendatang, dikawal, kurang, nak tak nak majikan kena sediakan suatu peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia dengan lebih teratur, benefit yang berpatutan. Kita perlu ingat, rakyat malaysia ada kehidupan harian selain di tempat kerja, perlu bersosial seperti hadiri kenduri kendara, bukannya memilih tak nak kerja shift hingga 12 jam sehari. Kaji secara menyeluruh, memang ada antara rakyat malaysia pemalas tapi yang ramai menganggur selepas tamat sekolah dll atas sebab apa? Bolehkah kita selesa hidup di negara orang? Berapa ramai? Banyak syaratnya kalau nak menumpang tempat orang. Malaysia ni jadi tempat pilihan untuk yang ingin bebas bekerja, buat jenayah atau sesuka hati?

    BalasPadam
  14. Part ni yg tak sanggup nak tgk nih, anak2 terbiar..Siannya dia.

    BalasPadam
  15. a'ah.. sadis nya.
    tak faham jugak, kenapa diorg xdapat keistimewaan mcm org indon, banga, vietnam suma tu??

    diorg lagi hidup mewahh..sampai buat rumah bertingkat2..sampai ada perkampungan sndiri..

    saya kesian kan yg anak kecil tu..walo apapon, mereka tetap manusia..

    BalasPadam
  16. ish..ish..kesiannya.. sedih betullah..!

    anak2 kecil yg tak tau ape2 jadi mangsa keadaan..

    *bayangkan kalau kita berada di tempat mereka?

    BalasPadam
  17. Bagi peluang kita ni duduk sama je di dunia allah undang-undang dunia boleh diubah,asalkan tak melanggar syarak.

    BalasPadam
  18. kalau mereka tak dibenarkan bekerja, bagaimana nak sara hidup?? daripada dok mengemis, biarkanlah mereka bekerja..

    BalasPadam
  19. dalam kehidupan macam2 boleh terjadi.

    kada' & kadar ketentuan illahi,

    mereka teraniaya disebabkan mangsa keadaan.
    (kekejaman tak terancang. seumpama pemburu)
    menembak ibu & bapa pelanduk, anak pelanduk dibiarkan menjadi mangsa.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.